Pages

Monday 18 March 2013

Port Dickson Gateway


PD Gateway menyediakan pelbagai tempat membeli belah dan restoran untuk bersantai.




Thursday 14 March 2013

Pusat Penetasan Penyu Port Dickson

TELOK KEMANG 13 Mac 2012 - Pantai Port Dickson dari Glory Beach Resort (GBR) dekat sini hingga ke sempadan Melaka dikenal pasti sebagai pusat mendarat penyu spesies karah untuk menetaskan telurnya.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Muhammad Razi Kail berkata, berikutan itu, pengunjung boleh menjadi ejen untuk memaklumkan perkara berkenaan di Pusat Penetasan Penyu GBR untuk pengasingan dan pengeraman.
''Ini bagi memastikan spesies penyu karah tidak pupus dan pada masa yang sama menggalakkan kawasan pantai berkenaan sebagai pilihan penyu untuk penetasan telur," katanya kepada pemberita selepas melepaskan penyu di GBR, dekat sini semalam.
Katanya, usaha akan dirancang kerajaan negeri untuk mewujudkan sebuah pusat penerangan eko pelancongan berkaitan penyu dan lainnya di Port Dickson ini sebagai medan maklumat kewujudan reptilia berkenaan.

Wednesday 13 March 2013

Jom bersiar-siar di Pantai Purnama, Port Dickson

Pantai Purnama, Batu 9 Port Dickson amat sesuai untuk mandi manda kerana airnya yang jernih dan bersih. Bagi pengunjung yang ingin bermalam di Ocean View Resort (berjalan kaki 3-5 minit ke pantai), bolehlah menghubungi talian 014-668 3848 / 019-323 3848. Hanya RM130.00.

Lokasi di aras 3 mengadap kolam. Kedudukan strategik kerana studio dan parkir kenderaan didepan lif berCCTV serta boleh muat sehingga 8 dewasa.

 

 

Kem Tahfiz al-Quran Putrajaya 25-29 Mac 2013


Thursday 7 March 2013

Potensi Chuah, Port Dickson dalam pelancongan

Tempat istirahat dan bersantai yang disediakan untuk penduduk dan pelancong yang mengunjungi Sungai Nipah di Port Dickson, Telok Kemang.
 
TELOK KEMANG 18 Feb 2013. - Chuah yang terletak di Mukim Jimah, Port Dickson dekat sini mempunyai potensi yang sangat besar dalam bidang pelancongan terutamanya yang berkaitan dengan alam sekitar.
Tumbuhan semula jadi seperti pokok bakau dan aktiviti penternakan ikan sangkar oleh para nelayan di kawasan berkenaan memberikan daya tarikan yang tersendiri.
Kerajaan negeri juga mempunyai rancangan untuk membangunkan muara Sungai Bawah, Bukit Pelandok sebagai kawasan pelancongan pada masa hadapan.
Kerajaan juga tidak mengamalkan pilih kasih dalam melaksanakan projek pembangunan di kawasan yang dikuasai parti pembangkang.