Pages

Monday 30 September 2013

Gangguan Talian Telefon Bimbit

Kami memohon maaf kerana terdapat gangguan talian telefon bimbit 019-323 3848. Pihak Maxis masih melakukan siasatan.

Sebagai alternatif anda masih lagi boleh berhubung melalui cara sms / watsap di nombor berkenaan. Jika ingin bercakap sila dail 03-8213 0282.

A Famosa Resort, Melaka

















Friday 27 September 2013

Johan Pertandingan Bijak Pra Sekolah Putrajaya 2013


Tahniah kepada guru-guru dan pihak Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(1) kerana berjaya mendapat Johan dalam Pertandingan Bijak Pra Sekolah Peringkat Putrajaya Tahun 2013.

Thursday 26 September 2013

Resort rumah air terbesar Malaysia dijangka siap pada November 2014

Pelaburan resort alternatif http://nasabibnuhazim.blogspot.com/2013/09/menginap-miliki-sendiri-prima-inland.html

PORT DICKSON 26 Sept. - Pembangunan resort rumah air terbesar di Malaysia, The Hibiscus, dekat sini, dijangka siap pada November 2014.
Projek itu yang merangkumi kawasan seluas 17.40 hektar di tepi pantai kini sudah 60 peratus siap.
Projek resort ikonik ini yang terdiri daripada 642 rumah air dibina atas kaki bajang (tiang) di permukaan laut, merupakan usaha sama antara Kuala Lumpur Metro Group (KL Metro) dan cabang pelaburan kerajaan Negeri Sembilan, Menteri Besar Negeri Sembilan (Incorporation).
Pengarah Urusan KL Metro, Datuk Low Tak Fatt berkata, The Hibiscus direka bentuk oleh arkitek terkenal dunia, Broadway Malyan of London, yang telah mereka bentuk pelbagai projek ikonik di seluruh dunia.

"Keseluruhan reka bentuk projek itu menyerupai bunga kebangsaan kita, Bunga Raya. Tema The Hibiscus berdasarkan kepada konsep moden. Setiap unit mempunyai reka bentuk luas dan bergaya yang menyediakan suasana tenang dan damai.

"Setiap unit memiliki kolam renang persendirian sendiri, bilik sauna dan mempunyai pemandangan laut yang menarik menghadap Selat Melaka. Selain itu, terdapat panel kaca telus di ruang bilik tidur bagi melihat pemandangan di bawah air laut," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, projek itu juga banyak menggabungkan konsep hijau seperti tingkap kaca ketinggian lantai ke siling dalam bilik tidur, bilik mandi dan kawasan dek kolam renang yang membolehkan penembusan cahaya matahari semula jadi yang sekali gus menjimatkan elektrik.

"Di samping itu, struktur bumbung bulat akan mengalihkan banyak haba matahari," katanya. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20130927/ko_01/Resort-rumah-air-terbesar-Malaysia-dijangka-siap-pada-November-2014#ixzz2g3eU7ZJV
© Utusan Melayu (M) Bhd

Sirkit Pacing Putrajaya 29 September 2013

Klik disini http://nasabibnuhazim.blogspot.com/p/promosi_19.html

Tuesday 24 September 2013

Profesion guru perlu dimartabat

 

 
Beliau berkata, antara langkah ialah menawarkan gaji lebih tinggi setimpal beban tugas, selain menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran mencukupi serta berkesan dengan suasana kerjaya terbaik.     

“Pengiktirafan ini penting kerana tugas mendidik anak bangsa berat, selain menggalakkan individu cemerlang menjadi guru dan melahirkan lebih banyak idea hebat dalam membantu meningkatkan sistem pendidikan negara.

Pembelajaran interaktif

“Ini juga akan membantu usaha kerajaan yang meletakkan pencapaian 7A sebagai syarat kelayakan untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan,” katanya selepas Forum Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025: Bagaimana Merealisasikannya?’ di Fakulti Pendidikan UM, di sini semalam.

Forum turut disertai dua panel lain, iaitu Felo Penyelidik Kanan, Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Prof Emeritus Datuk Dr Isahak Haron; serta Profesor (Kurikulum) Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Dr Nagendralingan Ratnavadivel.
Ia dipengerusikan Felo Penyelidik Kanan, Jabatan Kurikulum dan Teknologi Pengajaran UM, Prof Emeritus Datuk Dr Abu Bakar Nordin.

Nagendralingan berkata, setiap guru sekolah rendah dan menengah perlu lebih bijak mewujudkan suasana pembelajaran interaktif serta aktif dan bukan pasif ketika mengajar.

“Guru harus berfikir dan mengeluarkan pendapat secara terbuka dalam mencari teknik pengajaran lebih menyeronokkan serta menarik minat dan keyakinan pelajar, selagi ia tidak menimbulkan masalah,” katanya
 
2013/09/25 - Berita Harian

Sunday 22 September 2013

Bayview Apartment Resort Port Dickson - Apartment 3 Bilik














Di Bayview Block, PD World Marina Resort terdapat 1 unit apartment 3 bilik yang boleh memuatkan 5 orang (min) dan 8 orang (max).
 
Kemudahan disediakan bagi 3 bilik :
1. Bilik tidur utama dan no. 2 : 1 katil (Queen) + air-cond
2. Bilik tidur no. 3 : 1 katil (Single) + kipas angin dinding
3. Bilik mandi : dilengkapi dengan pemanas air (water heater)
4. Ruang Tamu/Makan : set sofa + TV + astro + meja makan (4)
5. Dapur : Peti sejuk + Kitchen cabinet + dapur 2 tungku + pembakar roti (toaster) + kuali + periuk + cerek elektrik + pinggan/mangkuk + cawan + sudu/garfu (sedia untuk digunakan)
6. Lain-lain : seterika
7. Dilengkapi dengan kawalan keselamatan + swimming pool
 
Alamat Apartment 3 bilik: B-2-6, Bayview Apartment, PD World Marina Resort, Jalan Pantai, 71050,Port Dickson.
 
Hubungi Puan Marina ditalian 019-323 3848. Harga sewa  RM300.00.

Saturday 21 September 2013

Thursday 19 September 2013

Sikap guru punca ponteng

 

Kuala Lumpur: Bosan dengan sikap dan personaliti guru yang terlalu mementingkan pencapaian akademik dikenal pasti antara sebab utama sebahagian besar pelajar sekolah menengah, ponteng.

Ketika di dalam kelas, pelajar yang dikategorikan sebagai lemah merasakan diri mereka dipinggir oleh guru yang lebih cenderung memberi tumpuan kepada pelajar bijak atau mudah memahami pelajaran dalam kelas.     
Ketua Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya, Dr Zahari Ishak, berkata personaliti guru dan keadaan persekitaran dalam sekolah adalah faktor utama punca pelajar tidak ke sekolah kerana mereka tertekan apabila kerap dimarahi di depan rakan sekelas menyebabkan mereka malu dan akhirnya mengambil jalan mudah untuk ponteng.     

Cara pengajaran guru

“Kajian dilakukan juga mendapati antara sebab pelajar hilang minat belajar dan seterusnya bertindak ponteng ialah cara pengajaran guru yang terlalu laju dan sukar difahami terutama bagi subjek kritikal seperti Matematik.

“Punca lain adalah personaliti guru yang bersikap negatif seperti terlalu garang, suka marah atau suka membebel serta meminggirkan pelajar yang kurang pandai ketika dalam kelas,” katanya pada pelancaran monograf bertajuk ‘Senario Ponteng Pelajar Sekolah Menengah: Suatu Analisis Statistikal’ di sini, semalam.

Monograf dilancarkan Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye itu adalah hasil kajian 10 bulan sejak April tahun lalu oleh sepasukan penyelidik diketuai Dr Zahari dan Dr Low Suet Fin, pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, serta beberapa pelajar ijazah sarjana.
Penyelidikan yang dibukukan dan sudah dicetak 1,000 naskhah sebagai rujukan itu diterbitkan MCPF dengan kerjasama Universiti Malaya dan Kementerian Pendidikan.

Dr Zahari berkata, hasil temubual yang dijalankan terhadap 472 pelajar ‘kaki ponteng’ sebagai sampel kajian dari 15 sekolah Semenanjung Malaysia di kawasan bandar, luar bandar, pulau dan FELDA, mendapati hampir 80 peratus menyatakan mereka suka ke sekolah tetapi sebaliknya tertekan dengan cara guru kelas.

Tidak kreatif

“Mereka tidak berasa seronok dengan cara penyampaian guru yang sukar difahami, tidak kreatif selain kerap dimarahi apabila sering mengajukan soalan sehingga menimbulkan rasa resah setiap kali berdepan guru yang mempunyai tabiat yang sama.

“Ada juga yang sanggup ponteng kerana tidak suka belajar subjek tertentu terutama Sejarah selain tidak suka dengan polisi pentadbiran sekolah yang mengutamakan pencapaian akademik hingga mengabaikan pelajar yang ketinggalan,” katanya.

Beliau berkata, kajian turut menunjukkan tidak semua kaki ponteng itu pelajar yang kurang bijak namun pihak sekolah dilihat gagal untuk memupuk rasa suka untuk pelajar datang ke sekolah atau memberi tumpuan khas untuk pelajar yang tidak cemerlang dalam akademik.

Sementara itu, Lam Thye berkata, berdasarkan rekod kementerian pada 2010 menunjukkan 111,484 pelajar terbabit dalam pelbagai masalah disiplin dan untuk kes ponteng sekolah, mencecah 19,545 kes.

Cuti-cuti Malaysia...2013 hingga kini 12.5 juta telah merasainya...

Klik disini untuk penjimatan percutian terhebat...... http://nasabibnuhazim.blogspot.com/p/promosi_19.html