Pages

Friday 27 February 2015

Panduan membakar duit modal

Oleh Puan Ainon Mohd
Mulakan bisnes pertama dengan modal yang ada dalam tangan kita.
Jangan kita membakar duit pinjaman, baik pinjaman bank, keluarga, ataupun kawan baik
Seandainya kita menggunakan duit sendiri sebagai modal, bagaimana?
Kita boleh bakar duit kita sendiri.
Ini panduannya:
+ Bakar sebanyak mana yang kita mampu bakar.
+ Jangan bakar jumlah yang menyebabkan kesan buruk ke atas ekonomi masa depan kita dan masa depan famili kita.
+ Maksimum, bakar sepertiga daripada duit kita yang ada. Jangan lebih!

Bengkel Inovasi SMKA &SABK Tahun 2015

Bengkel Pendedahan Inovasi SABK & SMKA Tahun 2015 telah diadakan pada 25-27 Februari 2015 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Genting Highland. Perasmian penutupan oleh YBhg Hajah Norhayati binti L. Isa, Timbalan Pengarah, Pengurusan Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Islam.

Jangan Cari Duit!

Jangan kita bersusah-susah mencari duit sampaikan kita bekerja lebih teruk daripada kerbau di sawah.
Duit adalah benda yang datang sendiri apabila kita melakukan perkara-perkara seperti di bawah ini:
+ Apabila kita suka memberikan perkhidmatan yang baik kepada orang-orang lain.
+ Apabila kita mencipta pelbagai nilai bagus untuk orang-orang lain, sehingga mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih mudah dan lebih selesa.
+ Apabila kita dapat menyelesaikan real-problems yang menyusahkan kehidupan orang-orang lain.
+ Apabila kita banyak menjalin persahabatan yang berharga dengan orang-orang lain.
Duit datang sendiri…..

Rujukan: Puan Ainon Mohd, PTS Group

Kejohanan Petanque Port Dickson 28 Feb - 1 Mac 2015


Hari Tentera Darat 26 Feb - 7 Mac 2015 @ Port Dickson


Monday 23 February 2015

Ciri-ciri bisnes barang kehendak....

Oleh Puan Ainon Mohd, PTS Group
+ Barang kehendak boleh dijual dengan margin yang lebar. Kos yang rendah dapat menghasilkan keuntungan berganda-ganda.
+ Lazimnya barang kehendak dibeli sesekali, tidak dibeli berkali-kali. Tanpa jualan berulang-ulang, kita sukar meramalkan peningkatan jualan.
+ Barang kehendak dibeli bagi memenuhi citarasa dan keinginan pengguna.
+ Citarasa dan keinginan adalah sesuatu yang tidak logikal, oleh itu sukar diteka. Ini menjadikan kerja-kerja product-planning sukar dibuat dengan efektif.
+ Citarasa juga cepat berubah-ubah. Ia menyebabkan kita sukar meramalkan GROWTH.
+ Pasaran barang kehendak sangat trending sifatnya. Oleh itu hayat pasarannya singkat.
+ Barang kehendak yang meletup jualannya mengundang copy-cats masuk pasaran yang merosakkan pasaran.

Sunday 22 February 2015

Pertandingan Fotografi Apreasi Ekohidrologi Tasik & Wetland Putrajaya 28 Februari - 1 Mac 2015



Belajar memulakan bisnes pertama....

Belajar memulakan bisnes pertama....Oleh Puan Ainon Mohd, PTS Media Group
+ Jangan mulakan bisnes dengan duit hutang! Jangan! Jangan! Jangan!
+ Mulakan bisnes dengan apa yang ada dalam tangan.
+ Gunakan duit simpanan.
+ Modal bisnes pertama jangan sekali-kali lebih daripada RM2k.
+ Banyak bisnes dapat dimulakan dengan modal kurang daripada RM500.
+ Ikat perut.
+ Tangguhkan kepuasan.
+ Belajar pusing-pusingkan duit.