Pages

Friday 27 March 2015

Lihat matahari lebih dekat..Hanya di Port Dickson

Penginapan serendah RM130...
hubungi Puan Marina 014-6683848 / 019-3233848

You can have everything.....

23 tahun dahulu pertama kali saya tahu ayat ni, saya pun tak faham bagaimana membantu orang lain mencapai apa yang mereka mahukan akan memudahkan kita mencapai apa yang kita impikan.
Bila anda faham ini, hidup anda akan menjadi #HidupLuarBiasa
Rujukan: Azizan Osman

Skrip pitching yang syariah-compliant...

Pada masa ini banyak pihak menjalankan aktiviti pitching untuk menjual idea-idea bisnes mereka kepada target pembeli, pelabur, pemodal, agent, partners, dan juga calon pembeli lesen dan calon francaisee. Dari segi muamalat, ada skrip pitching yang syariah-compliant, dan ada yang tidak syariah-compliant.

Banyak peniaga yang tidak tahu bahawa dalam mualamat, seseorang pitcher tidak boleh menggunakan skrip yang menjual HASIL yang belum wujud.
Contohnya, skrip pitching yang menjual angka-angka HASIL yang belum wujud adalah tidak syariah-compliant. Wakil-wakil syarikat francais adalah contoh golongan pitchers yang banyak menggunakan angka-angka HASIL yang belum wujud bagi memujuk target supaya mengambil francais mereka.
.
Contoh HASIL yang belum wujud:
+ "KALAU awak boleh jual 1000 unit seminggu, awak boleh buat RM30k profit seminggu."
Angka '1000' dan '30k' itu adalah HASIL yang belum wujud.
.
Contoh HASIL yang belum wujud:
+ "Kalau awak sapu krim ini, kulit muka awak akan jadi putih dalam masa 3 hari."
Kata-kata "...jadi putih dalam masa 3 hari" adalah HASIL.
.
Contoh HASIL yang belum wujud:
Judul program kem motivasi: "Kem Anak Soleh", "Kem Pelajar Cemerlang Akademik", "Kem Isteri Solehah"
'Anak Soleh' adalah HASIL.
'Cemerlang Akademik' adalah HASIL
'Isteri Solehah' adalah HASIL
Promote kem motivasi dengan menerangkan isi kandungan kem itu. Terangkan satu persatu apa yang akan diajarkan kepada peserta.
.
Tajuk buku, tajuk artikel, tajuk kursus, tajuk program juga termasuk dalam perkara-perkara yang perlu syariah-compliant.
Contoh judul buku: "Rahsia Menjadi Kaya dalam Masa 10 Hari". Menjadi 'kaya' adalah HASIL.
Malah nama-nama produk pun tidak boleh menjual HASIL. Contoh: "Kurma Soleh" ataupun "Pil Genius".

Skim-skim cepat kaya dan skim sontot menggunakan angka-angka yang belum wujud.
Angka-angka yang menunjukkan pendapatan dan keuntungan pada masa depan adalah HASIL yang belum wujud.
.
Skrip pitching yang menunjukkan angka-angka jualan dan keuntungan yang belum berlaku, yang diada-adakan, yang direka-reka, adalah skrip menjual HASIL yang belum wujud.
Ciri-ciri ayat skrip pitching yang menggunakan perkataan-perkataan 'kalau', 'jika', 'jikalau', 'seandainya', 'katakanlah' adalah ciri-ciri utama skrip menjual HASIL.
Skrip pitching mesti menerangkan dengan tepat risiko-risiko kerugian ataupun risiko kesihatan, yang mungkin berlaku.

Rujukan: Puan Ainon Mohd, PTS Group


Saturday 21 March 2015

Asal tidak ada apa-apa...


Dua tema utama bisnes...

1. Tip-tip company-building - Kita sudah mendaftarkan syarikat PLT ataupun sdn bhd. Bagaimana cara kita membangunkan syarikat itu. Daripada sebuah syarikat kecil menjadi syarikat besar.
2. Tip-tip business-development - Bagaimana kita mengembangkan bisnes yang dijalankan oleh syarikat kita. Daripada 1 cawangan kepada 2 cawangan, 3 cawangan.... Daripada 1 bisnes kepada 2 bisnes, kepada 3 bisnes....


Rujukan: Puan Ainon Mohd, PTS Group

Program Ramah Mesra Likers FB MPPort Dickson 28 Mac 2015




Memiliki 'simbolnya'. Tiada memiliki 'bendanya'

Fenomena yang sangat berbahaya kepada nyawa bisnes. Ferrari adalah 'simbol orang yang berduit'. Kita memandu Ferrari. Orang tengok Ferrari kita, mereka sangka kita seorang yang banyak duit.

Ada simbol-duit yang genuin. Menjalankan bisnes di dalam premis yang dibeli sendiri adalah simbol-duit yang genuine.  Ada simbol-duit yang palsu. Memiliki Ferrari yang dibeli dengan menggunakan duit pinjaman bisnes menjadikan Ferrari itu simbol-duit yang palsu.

Banyak peniaga Melayu berbelanja sampai lingkup bisnesnya demi membeli simbol-duit yang palsu. Mereka memiliki simbol-simbolnya sahaja. Mereka tidak memiliki bendanya.


Rujukan: Puan Ainon Mohd, PTS Group

PRCC Port Dickson: resort pertama utamakan percutian keluarga

Tempahan, hubungi Puan Marina ditalian 014-6683848 / 019-3233848

Kawal Kos

Kawal kos. Inilah kata kunci dalam bisnes trading.
Menjual apa pun, asasnya adalah mengawal kos.
Apabila kita tidak mengawal kos, bisnes trading tidak dapat survive.
"Gagal mengawal kos akan menghakis keuntungan. Selepas menghakis keuntungan, ia menghakis modal pula."

Rujukan: Puan Ainon Mohd, PTS Group

Traditional Archery @ Taman Ekuestrian Putrajaya


Thursday 19 March 2015

Tip Bekerja dengan Gen-Y


+ Kita mesti support apa yang diusahakan oleh Gen-Y dalam menjalankan kerjanya.
Kalau dia buat silap sekalipun, kita tutup mata, pura-pura macam tak nampak. Terus support apa yang diusahakannya.
.
+ Sentiasa berikan kerjasama kepada kumpulan Gen-Y.
Asal sahaja mereka perlukan bantuan, terus kita bantu. Nanti mereka akan terikut-ikut sikap kita itu. Mereka pun akan suka bekerjasama dalam saling bantu-membantu sesama mereka.
.
+ Dorong Gen-Y supaya jangan takut mecuba projek baru, cara kerja baru.
Jika apa yang mereka usahakan itu tidak berapa menjadi, malah mungkin langsung tak jadi, sampai menghasilkan kerugian, kita tutup mata. Jalan terus.
.
+ Galakkan Gen-Y supaya jangan berat hati hendak berkongsi dengan orang-orang lain apa-apa isu teknikal yang menyukarkan kerja mereka.
Hasilnya, nanti proses menyelesaikan masalah secara berkumpulan menjadi budaya mereka.


Rujukan; Puan Ainon Mohd, PTS Group



Soft Opening April 2015.....PORT DICKSON


Tuesday 17 March 2015

Bisnes yang PROFIT-nya tinggi hari ini, belum tentu survive tahun hadapan

Bisnes yang PROFIT-nya tinggi hari ini, belum tentu survive tahun hadapan.
Contoh:
+ Kedai cuci gambar yang dulu untung, sekarang semua sudah bungkus.
+ Bisnes kad-kad ucapan yang untung pada suatu masa dahulu, sekarang sudah lenyap dari pasaran.
+ Jualan 'inner' tudung yang sebelum ini laku keras, sekarang merudum apabila jualan shawl naik.
.
Memikirkan PROFIT adalah sangat mudah. Orang biasa-biasa pun boleh memikirkan profit.
+ Turunkan kos —> profit naik
Berapa banyak kos dapat diturunkan? Ia sangat terhad.
Belum apa-apa, kos sudah mustahil diturunkan lagi!
Kalau diturunkan juga, kualiti jatuh, barang tak laku, pelanggan tak datang lagi.
.
+ Jual lebih banyak —> profit naik
Jual lebih banyak tidak bermakna profit boleh naik sama banyak.
Ada masanya, kita jual lebih banyak, tetapi kos naik lebih banyak! Bukannya kita semakin untung, malah semakin rugi!
.
Dalam menjalankan bisnes, jangan fikir PROFIT.
Apabila kita cuma fikirkan PROFIT, nanti kita terlupa kos operasi semakin tahun semakin naik.
Gaji naik. Sewa naik. Bil api naik. Alat kerja rosak, kena repair, kena beli baru.
Kos makin naik, ia memakan profit. Makin tahun profit makin jatuh!
.
Fikirkan GROWTH!
+ Tidak semua orang dapat mencari jalan memikirkan growth.
+ Memikirkan GROWTH bermakna memikirkan idea-idea baru.
+ Dalam syarikat kita, siapakah yang dipertanggungjawabkan bagi memikirkan strategi GROWTH bisnes kita?


Rujukan: Puan Ainon Mohd, PTS Group

Kenali CEO ONEXOX


One XOX Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat Bumiputera dan anak syarikat kepada XOX Berhad yang telah beroperasi sebagai Pengendali Rangkaian Mudah Alih Maya (MVNO) sejak tahun 2005. One XOX Sdn Bhd yang telah ditubuhkan pada 2014, secara eksklusifnya membawa jenama ONEXOX bagi memasarkan produk XOX dengan pelan perkhidmatan mudah alih yang unik dan tersendiri.
One XOX percaya akan model perniagaan yang cekap, telus dan sedaya upaya mematuhi tuntutan syariah untuk mempastikan kadar perkhidmatan adalah sangat berpatutan, tiada iklan-iklan yang mengelirukan serta tiada unsur-unsur caj tersembunyi dapat menarik minat dikalangan pelanggan-pelanggan perkhidmatan mudah alih yang sentiasa mencari alternatif penjimatan.
Disamping penawaran perkhidmatan yang sangat kompetitif, One XOX yang tidak mengamalkan pengiklanan secara terbuka telah membuka peluang perniagaan telekomunikasi 'sebenar' mampu milik kepada semua individu yang berminat dengan menawarkan insentif lumayan dan berpanjangan berkonsepkan perkongsian keuntungan syarikat.
One XOX mengalu-alukan semua pelanggan yang dahagakan penjimatan serta usahawan-usahawan yang sedang giat mencari peluang perniagaan untuk mencuba perkhidmatan telus tanpa caj tersembunyi dan memanfaatkan platform perniagaan yang ditawarkan.

OUT THERE WE ARE ONE

VISI
Menjadi perintis yang berjaya ke tahap global di dalam industri telekomunikasi dengan strategi pemasaran unik yang menawarkan perkongsian keuntungan syarikat kepada pengedar.

MISI
Menyediakan perkhidmatan berkualiti pada kadar yang sangat berpatutan serta sedaya upaya mematuhi tuntutan syariat di dalam perniagaan.

OBJEKTIF
• Memberi kesedaran kepada pengguna telefon mudah alih tentang kadar panggilan yang dikenakan melalui demonstrasi produk.
• Memberi pilihan baru kepada pengguna telefon mudah alih untuk berjimat.





Port Dickson: Still the best beach town south of KL

Friday 13 March 2015

Apakah perbezaan antara 'ilmu persyarikatan' dengan 'ilmu mengurus syarikat"?

Tanya: Apakah perbezaan antara 'ilmu persyarikatan' dengan 'ilmu mengurus syarikat"?
Jawab: Sangat besar bezanya....
+ Ilmu persyarikatan adalah ilmu tentang hal-ehwal daripada prosedur mendaftarkan syarikat sampailah prosedur membubarkan syarikat.
Ilmu ini ada dalam kepala individu-individu yang bertugas dalam syarikat company secretary.
.
+ Ilmu mengurus syarikat adalah ilmu bagaimana menggunakan syarikat sebagai alat kerja membangunkan kekayaan.
Ilmu ini ada dalam kepala-kepala para entrepreneur dan businessman yang berjaya.

Jadi, company secretary yang terbaik sekalipun, dia belum tentu tahu macam mana hendak menjalankan bisnes sesebuah syarikat.

Begitu juga, entrepreneur yang sangat berjaya tetap memerlukan khidmat nasihat company secretary yang baik, supaya dia tidak ditarik ke mahkamah kerana melanggar Akta Syarikat.

Rujukan: Puan Ainon Mohd, PTS Group.

Another Side Of Port Dickson


Wednesday 11 March 2015

Jangan gunakan formula 50-50 apabila berkongsi keuntungan

Jangan gunakan formula 50-50 apabila berkongsi keuntungan
+ Lazimnya formuIa 50-50 adalah tidak adil.
+ Ia mencipta perasaan sangat tidak puas hati.
+ Pihak yang menanggung perasaan tidak puas hati akan memutuskan kerjasama dan dia keluar daripada persepakatan. Dia berasa sia-sia sahaja jika dia tidak keluar dari persepakatan itu.

Pembahagian keuntungan hendaklah berdasarkan modal yang disumbangkan.
Modal bukan sahaja dalam bentuk duit.
Ada banyak jenis-jenis modal. Setiap jenis modal layak menerima imbuhan yang berbeza.
Contoh jenis-jenis modal bukan-duit yang menyumbang kepada keuntungan projek:
+ Kerja kuat, titik peluh, daya usaha, pengorbanan
+ Bakat
+ Kelulusan profesional
+ Pengalaman kerja
+ Nama baik
+ Networking
+ Usia
+ Rupa paras dan personaliti
+ Status sosial
+ Track record

 Rujukan: Puan Ainon Mohd, PTS Group.

Raptor Watch Port Dickson 14 Mac 2015


Saturday 7 March 2015

Sopan santun sesama orang bisnes....

Apakah yang dikatakan 'sopan-santun sesama orang bisnes'?
Sopan-santun adalah peraturan pergaulan. Sendainya kita langgar peraturan sopan-santun, ia bukanlah benda 'haram'. Ia sekadar 'tidak manis'.
Kata orang Perancis, kita tidak mempunyai ciri 'finesse'.
Contoh perbuatan yang melanggar sopan-santun dalam berbisnes:
+ Puan Eton menjual tudung labuh di kedai online. Kita pun hendak menjual tudung labuh juga.
Lalu kita menulis surat PM kepada Puan Eton yang berbunyi: "Bolehkah puan tolong beritahu saya di mana puan dapatkan stok tudung labuh puan itu? Saya pun hendak mencari pembekal tudung labuh yang harganya berpatutan."
Penyelesaian:
+ Carilah sendiri sampai jumpa pembekal tudung labuh itu.
+ Tanyalah sesiapa sahaja yang mungkin mempunyai maklumat itu.
+ Janganlah bertanya kepada peniaga lain yang mempunyai kepentingan menjaga rahsia bisnesnya.

Rujukan; Puan Ainon Mohd, Group PTS.

Kg Orang Asli Bukit Kepong, Port Dickson