Pages

Sunday 21 June 2015

Ilmu Bisnes Siri 5




 
Pertama: Jangan buka projek bisnes atas dorongan 'nak cari duit sebab sekarang tak cukup duit'.

Banyak orang yang sangka, apabila mereka tidak cukup duit, dengan membuka bisnes mereka akan dapat banyak duit.

Sangkaan macam itu sangat bahaya!

Membuka bisnes ada peluangnya dan ada risikonya. Kita mungkin dapat banyak duit. Kita mungkin hilang lebih banyak duit!

Banyak orang menjadi lebih miskin selepas mereka membuka bisnes. Duit yang hendak dicari, tetapi hutang berkepuk-kepuk yang didapat.

KEDUA: Hutang dan Harta

Berapakah 'harta' atau aset yang dimiliki oleh syarikat kita? Berapakah hutang syarikat kita?

Nilai harta syarikat mestilah lebih tinggi daripada nilai hutang syarikat. Jika hutang syarikat adalah RM100k, nilai aset hendaklah lebih daripada itu.

Seandainya sesuatu berlaku, syarikat boleh menjual asetnya bagi melangsaikan hutang-hutangnya.

Jika syarikat tidak mempunyai aset, maka ALP syarikat yang akan dikejar oleh bank

KETIGA: GAME BISNES

Bagi 'orang bisnes', walaupun dia sudah mempunyai banyak duit, dia tetap membuka projek bisnes baru.

Didorong oleh DNA-bisnesnya kuat, mereka membuka bisnes bukan kerana mereka tidak cukup duit.

Mereka menggunakan duit yang ada bagi memulakan bisnes baru kerana bagi mereka 'bisnes adalah game' yang sangat memuaskan jiwa mereka.

Bagi golongan berDNA-bisnes, duit adalah sejenis 'outcome' game yang mereka mainkan. Tidak lebih daripada itu.

Kalau mereka pandai main game itu, duit akan datang. Kalau mereka bodoh, duit akan hilang.

Apabila mereka bermain game itu dengan betul, maka bisnesnya dapat survive, lalu bisnesnya perlahan-lahan dapat dikembangkan. Hasilnya, duit pun datang sendiri.

Bagi orang DNA-bisnes, mereka tidak boleh berhenti main game. Jiwa mereka tersiksa!

Kepuasan mereka bukan datang dari duit. Game itu sendiri adalah kepuasan mereka.

KEEMPAT: Ada 3 modal utama memulakan bisnes:

1. Modal sosial <--- personaliti, akhlak, networking, reputasi, latar belakang keluarga, pasangan hidup, bekas majikan, mentor, sahabat, bekas sekolah, persatuan, kelab.

2. Modal intelektual <--- bakat, kepintaran, aptitud, ijazah, pengalaman, ilmu, latihan, ilham, idea, karya, harta intelek.

3. Modal material <--- wang, hartanah, alat kerja, jentera, mesin, kenderaan.

Seandainya kita tidak memiliki banyak modal, jalankan bisnes dengan mengambil business partners yang memiliki banyak modal-modal itu.

KELIMA: Jangan ambil sebarang peluang bisnes yang kerugiannya tidak mampu diserap.

Contoh: Membuka kedai francais dengan menggunakan duit pinjaman bank.

Apakah maksud ‘mampu diserap’?

Maksudnya, jika bisnes itu lingkup, dan modal kita hangus, kita masih dapat bangun semula dengan mudah.

Kita masih mempunyai baki duit dalam simpanan bagi memulakan bisnes baru yang lain.

KEENAM: + Jangan sekali-kali memilih bisnes yang modalnya besar, sampai terpaksa meminjam duit kaum keluarga ataupun bank. Nanti hubungan keluarga rosak. Bank pula akan lelong hartanah yang dicagarkan.

+ Pilih bisnes yang memerlukan modal kecil sahaja bagi memulakannya. Berapa duit yang ada, itu sahaja yang digunakan sebagai modal.

+ Pilih bisnes yang duit masuk cepat. Modal yang kecil dapat dipusing-pusingkan dengan laju. Bisnes pasar malam adalah contoh bisnes yang modalnya kecil.

+ Jangan pilih bisnes yang terpaksa menunggu lama sebelum duit yang dikeluarkan boleh masuk balik. Bisnes pasar malam adalah contoh bisnes yang duit sangat cepat keluar-masuknya.

+ Pilih bisnes servis yang kita pandai jalankan sendiri.

KETUJUH: Emosi kita adalah salah satu faktor yang boleh menjadi punca kita mensabotaj diri sendiri daripada maju ke hadapan.

Emosi benci boleh menyebabkan otak kita terfokus kepada melayan kebencian-kebencian kita. Kebencian tidak menghasilkan angka-angka positif dalam akaun bank syarikat.

Orang bisnes jangan membenci muka sesiapa.

Duit tidak kenal muka orang! Jalan terus....

KELAPAN: Imej apa?

Dalam bisnes, sangat mustahak kita memilih imej apa yang mahu digunakan bagi mendapatkan keyakinan pelabur, pembekal, pengedar, pekedai, pembeli dan pelanggan.

Apabila tersalah memilih imej, duit terbakar sia-sia, bisnes pun tidak menjadi.

KESEMBILAN: Risiko kejayaan yang datang mendadak....

Ada kejayaan bisnes yang datangnya merangkak-rangkak perlahan macam siput baru terkena hujan. Bertahun-tahun kita mengusahakan bisnes itu, barulah mula nampak hasilnya.

 Ada kejayaan bisnes yang datang mendadak. Sekali cuba, terus jualan naik melambung-lambung dan duit masuk mencurah-curah.

Kejayaan mendadak tidak menyediakan kita dengan skill-skill bisnes yang sangat penting dalam pengurusan kewangan syarikat.

Inilah faktor yang menyebabkan businessman yang mengalami kejayaan mendadak sukar dapat survive apabila trend bisnes jatuh dan syarikat mengalami pelbagai kesukaran.

KESEPULUH:  Apa itu holding company?

Holding company disebut juga 'parent company' atau 'syarikat induk'.

Holding company memiliki saham majoriti dalam syarikat lain. Saham majoriti adalah 51% ataupun lebih banyak. Kurang daripada 51%, ia adalah saham minoriti.
Contoh holding company:

1. Hj. Bakhil memiliki 99% saham syarikat "HB Ventures Sdn. Bhd." (holding company)

2. "HB Ventures Sdn. Bhd." memiliki 51% saham syarikat "Sudin Burger Sdn. Bhd." (anak syarikat)

3. "HB Ventures Sdn. Bhd." memiliki 60% saham syarikat "Ramlee Records Sdn. Bhd." (anak syarikat)

4. "HB Ventures Sdn. Bhd." memiliki 54% saham syarikat "Ajis Satay Sdn. Bhd." (anak syarikat)

Catatan:
Memiliki saham. <--- Ini lain.
Memiliki syarikat. <--- Ini lain.

Contoh:

Haji bakhil memiliki 99% saham dalam syarikat "HB Ventures Sdn. Bhd."

"HB Ventures Sdn. Bhd." memiliki 10% saham dalam "Sudin Burger Sdn. Bhd."

Dalam kes ini, Hj. Bakhil tidak boleh mengatakan dia memiliki syarikat "Sudin Burger Sdn. Bhd." Saham 10% adalah saham minoriti.

Bagi memiliki sesebuah syarikat, Hj. Bakhil wajib memiliki minimum 51% saham syarikat itu.

KESEBELAS: Mulakan bisnes dengan syarikat PLT (Perkongsian Liabiliti Terhad) dan Sendirian Berhad.

Bisnes dan syarikat boleh diwariskan.

Bisnes dan syarikat boleh dijual sahamnya.

Bisnes dan syarikat boleh kaya dan mengKAYAkan

 
KEDUA BELAS: Tanya: Kami telah jual syarikat sdn bhd kami. Bagaimana dengan hutang-hutang yang sedia ada. Hutang setiausaha syarikat, gaji staff, bengkel, kedai tayar dan kedai alat ganti? Siapakah yang harus menanggung? Pembeli sudah beroperasi menggunakan nama syarikat yang sama.

Jawab: Jual beli syarikat bukan macam jual-beli gula dan tepung.

+ Prosedur jual-beli syarikat sdn bhd hendaklah dilaksanakan oleh setiausaha syarikat.

+ Ada prosedur SSM dan Akta Syarikat 1965 yang mesti dipatuhi kerana ia melibatkan perubahan nama ALP dan nama pemilik-pemilik saham.

+ Jual beli syarikat hendaklah dijalankan dengan mempunyai perjanjian jual-beli. Tidak cukup dengan main cakap-cakap sahaja.

+ Dalam perjanjian itu disebutkan perkara-perkara yang setuju dijual dan dibeli. Sebagai contoh:

 > Apakah pembeli setuju mengambil alih semua hutang piutang syarikat?

 > Apakah pembeli setuju menyimpan semua staff syarikat yang ada dan tidak memecat mereka?

 > Apakah penjualan itu termasuk (a) syarikat (b) semua aset milik syarikat dan (c) perniagaan milik syarikat?

 > Bagaimana dengan kedudukan duit dalam akaun-akaun bank atas nama syarikat itu?

Dan hal-hal lain....

KETIGA BELAS: Hayat 'syarikat enterprise'...

Sebenarnya, apa yang disebut 'syarikat enterprise' itu bukan syarikat.

Ia cuma sejenis sijil pendaftaran atau lesen menjalankan bisnes sahaja.

+ Tiap-tiap tahun lesen pendaftaran 'syarikat enterprise' wajib diperbaharui, atau disambung.

+ Kalau tidak disambung, lesen itu akan mati ikut tarikh tempoh yang ditulis pada sijil itu.

+ Kalau kita terlupa menyambung lesen itu, tidak apa, kita masih boleh sambung lagi. Kita tidak didenda.

+ Tetapi kalau lesen itu sudah mati lebih 1 tahun, lesen itu dengan sendirinya terbatal. Maknanya lesen itu mati.

+ Apabila lesen itu mati, segala lesen, sijil, permit, yang diberikan atas nama 'syarikat enterprise' itu pun ikut terbatal secara automatik.

+ Apabila lesen sudah mati lebih 1 tahun, kalau kita mahu sambung lagi, kita akan dikenakan penalti oleh SSM.

KEEMPAT BELAS: Pengetahuan membuka syarikat serta menyediakan SOP kewangan adalah penting untuk dimiliki oleh usahawan.

Ini bagi memastikan tindakan yang betul telah diambil ketika menubuhkan sesebuah syarikat.

Setiap keputusan syarikat, mestilah dibuat setelah melihat angka-angka yang ada di dalam rekod kewangan.

Ini penting agar syarikat kita dapat memiliki keuntungan dan tidak terjerat dengan hutang.

Cash Flow atau Aliran Tunai, adalah rekod penting untuk dilihat pada setiap bulan.

Bak kata guru, pastikan cash flow kita tidak tercekik!

Rujukan Puan Ainon Mohd & Mentee

15-20 Jun 2015

Sunday 14 June 2015

Ilmu Bisnes Siri 4...


Pertama: Mencari partner bunyinya mudah.
Mencari partner hanya mudah bagi syarikat yang sudah kukuh dan kuat dalam pasaran.
Ia amat sukar bagi peniaga yang masih baru dan masih belajar berpartner.
Syarikat yang sudah kukuh dan kuat mampu menawarkan banyak manfaat kepada partnernya. Syarikat seperti itu memiliki banyak kelebihan yang sangat diperlukan oleh partner barunya:

+ Reputasi dan brand.
+ Ekosistem dalam kumpulan syarikat-syarikatnya.
+ Sumber modal internal.
+ Kepimpinan yang baik.

KEDUA: Siapakah yang dipanggil ENTREpreneur?

Entreprenuer adalah seorang yang tahu memulakan syarikat dan membuka bisnesnya sendiri. Dia pandai mencari duit modal bagi memulakan dan menjalankan perniagaannya.

Siapakah yang dipanggil INTRApreneur?
Intrapreneur adalah seorang yang bekerja dalam syarikat. Dia tidak pandai mencari sendiri duit modal, tetapi dia pandai menjalankan, menguruskan, dan mengembangkan bisnes yang duit modalnya disediakan oleh orang lain.

Banyak entrepreneur terkial-kial hendak mengembangkan bisnesnya kerana dia tidak mempunyai seorang intraprenuer sebagai rakan-kongsinya

 
KETIGA: Tiap-tiap hari, banyak gangguan dan godaan yang melintas di depan kita. Lalu kita terhilang fokus.

Nampak peluang itu, kita nak buat bisnes itu. Nampak peluang bisnes ini, kita nak buat bisnes ini.
Salah satu alat yang dapat membantu kita kekal pada fokus adalah roadmap. Semua syarikat perlu mempunyai roadmap.

Ini peta jalan bisnes kita. Tanpa mempunyai roadmap, kita mudah hilang fokus.

+ 5 tahun dari sekarang, apa yang mahu dicapai? Tuliskan.
+ 3 tahun dari sekarang, apa yang mahu dicapai? Tuliskan.
+ 12 bulan dari sekarang, apa yang mahu dicapai? Tuliskan.
+ 6 bulan dari sekarang, apa yang mahu dicapai? Tuliskan.
+ 1 bulan dari sekarang, apa yang mahu dicapai? Tuliskan.

Tampal roadmap di dinding di mana semua staff boleh nampak!

KEEMPAT: Sebagai pemilik syarikat, lakukan perkara ini:

+ Apabila staff mengemukakan cadangan tentang bagaimana dia mahu menjalankan kerjanya, terima sahaja cadangannya itu.
+ Jika kita tidak berapa faham perkara yang dicadangkannya itu, minta dia terangkan sampai kita faham.
+ Apabila kita sudah faham, terus angguk dan katakan: “Saya setuju. Buatlah!” ….

KELIMA: Apakah itu 'associated perception'?

Associated perception adalah salah satu modal sosial dalam bisnes. Sebagai businessman, kita perlu meningkatkan nilai modal ini pada diri kita.

Langkah meningkatkan modal sosial:

+ Pilih golongan yang mempunyai imej positif.
+ Biar kita selalu dilihat berada dalam kumpulan itu.
+ Kita akan menikmati associated perception yang positif.

 Bagaimanakah diri kita dipersepsi oleh orang-orang lain?
+ Apakah kita berkawan dengan tukang besi?
+ Apakah kita berkawan dengan penjual minyak wangi?

Dengan siapakah diri kita di-associate-kan?
Apakah kita di-associate-kan dengan golongan peniaga Melayu ali baba?

Apakah kita di-associate-kan dengan golongan peniaga yang terlibat dengan rasuah?

Kita mungkin tidak melakukan rasuah, tetapi kita disangka melakukan rasuah apabila kita selalu dilihat duduk semeja minum kopi dengan businessman yang diketahui mengamalkan rasuah.

KEENAM: Dalam bisnes, apabila cuba mengatasi isu-isu tingkah laku staff, skip fasa cuba memahami punca-punca yang menghasilkan isu-isu itu, terus melompat ke fasa mendesain penyelesaiannya.

KETUJUH: Tanya: Apa rasanya kena membayar banyak hutang bisnes setiap bulan?

Jawab: Bagi orang bisnes, membayar hutang bisnes adalah suatu ‘tugas’.

Orang lain tengok pisau tajam, tengok darah, mereka takut. Doktor bedah rasa biasa sahaja.

Orang lain tengok orang bisnes sain berkeping-keping cek ratus-ratus ribu ringgit membayar hutang sana sini. Tidakkah terasa sayang betul nak serahkan duit kepada orang lain? Orang bisnes rasa biasa sahaja.

KELAPAN: Tugas berat seseorang CEO adalah (a) Menggembirakan staff, dan (b) Memenuhi harapan pemegang saham.

KESEMBILAN:  TANYA: Yang manakah yang perlu didaftarkan lebih awal? Syarikat holding-kah? Syarikat subsidiari-kah?

JAWAB: Mana-mana pun boleh.

Lazimnya businessman mendaftarkan beberapa syarikat dan menjalankan bisnes yang berlainan.

Kemudian baru mereka susun pelaburan mereka dalam syarikat-syarikat itu.

Barulah ditentukan syarikat mana yang akan menjadi syarikat holding, yang mana menjadi syarikat subsidiari.

Bagi tujuan menyusun pelaburan dalam beberapa syarikat, Company Secretary yang berpengalaman dapat memberi khidmat nasihat profesionalnya.

KESEPULUH: "Dalam tempoh 3 tahun kita membuka bisnes, fokus pada memastikan bisnes kita survive. Fikirkan macam mana supaya bisnes tak lingkup."

KESEBELAS: Tip memulakan bisnes....

Jangan, jangan, jangan mula berfikir begini: "Aku ada duit simpanan RM5k. Apa bisnes aku nak buat?"

Cara berfikir macam itu adalah silap besar!

Apabila 'duit' menjadi titik permulaan otak berfikir, maka otak kita cenderung melanjutkan fikiran itu kepada 2 persoalan:

+ Duit yang ada tidak cukup untuk bisnes yang mahu dibuka, jadi kenalah cari duit lagi.

+ Bagaimana mahu pinjam duit bank.

KEDUA BELAS:  Risiko <--- Ini perkara lain. Istilahnya 'risks'.
Pertaruhan <--- Ini perkara lain. Istilahnya 'bets'.
Banyak orang muda tidak membezakan antara 'risiko' dan 'pertaruhan'.
Mereka anggap 'risks' dan 'bets' itu adalah 2 perkara yang sama dan serupa.
Akibatnya, apabila mereka mengambil 'risiko' besar, mereka juga membuat 'pertaruhan' yang besar!
Malah, banyak berlaku di mana 'risiko' yang mereka ambil adalah kecil. Tetapi mereka membuat 'pertaruhan' yang besar.
Contoh:
Menjual nasi dan lauk-pauk kepada orang yang lapar adalah bisnes keperluan.
Risiko bisnes itu gagal adalah sangat 'kecil'. Bisnes macam itu memang tak patut lingkup!
Tetapi banyak anak muda yang membuat 'pertaruhan' besar!
Mereka membuka restoran cantik dengan meminjam duit bank sampai puluhan ribu, malah ratusan ribu. Mereka berani-berani mencagarkan hartanah orang tua.
Ini banyak berlaku dalam kes restoran francais.
Ingat pesan ini!

Kita mesti berani mengambil risiko besar.
Tetapi jangan sekali-kali membuat pertaruhan besar.

KETIGA BELAS:  Risiko Bisnes Pertama
Bisnes pertama boleh menyebabkan leher kita dibelit oleh hutang bank yang berat.
Kita bekerja lebih teruk daripada kerbau di sawah kerana terpaksa mencari duit demi membayar ansuran bulanan hutang bank.
Usia belum 30 tahun, nama sudah masuk dalam senarai hitam CTOS.
Malah bisnes pertama kita boleh menyebabkan kita jatuh muflis pada usia yang masih muda.

+ Jangan berhutang dengan bank demi membuka bisnes pertama.
+ Jangan pilih bisnes francais. Jangan!
+ Jangan pilih bisnes yang lambat hendak dapat pulangan modal.

KEEMPAT BELAS:  Memilih Produk
Apabila memilih produk yang macam apa yang mahu dikeluarkan, ambil kira persoalan ini: Apakah suatu hari nanti anak kita mahu meneruskan bisnes kita itu nanti?

Sebagai contoh, kita mahu mengeluarkan dan menjual acar ikan kering talang. Resipinya adalah resipi yang diwarisi dari nenek kita.

Cuba bayangkan, apakah anak kita suatu hari nanti mahu meneruskan bisnes kita yang membuat dan menjual acar ikan kering?

KELIMA BELAS: TANYA: Bagaimana caranya kita mahu kenal syarikat penipu dan penyontot.

JAWAB: Skrip mereka serupa sahaja. Tema skrip mereka adalah: "Kami mahu tolong orang."

KEENAM BELAS: Tip memilih aktiviti bisnes...
Pilih aktiviti yang membolehkan kita memiliki 4 buah anak syarikat dalam tempoh 7 tahun kita menjalankan aktiviti itu. Tiap-tiap anak syarikat itu mampu berdiri sendiri.

KETUJUH BELAS: Tip bisnes....
+ Jual barang yang laku sahaja.
+ Jual barang hasil keluaran orang lain.
+ Jual pelbagai jenis barang keluaran orang-orang lain.
+ Beli di sini, jual di sana. Beli di sana, jual di sini.

KELAPAN BELAS: Dalam satu kajian (di US) didapati salesman kereta yang mengamalkan sikap bekerjasama dengan salesman-salesman lain purata menerima komisen 300% lebih tinggi daripada salesman yang mengamalkan sikap bersaing.

KESEMBILAN BELAS: Tip bisnes....
Apakah tuan menjalankan bisnes secara self-employed?
Jika ya, sebaiknya jangan buat bisnes self-employed lebih daripada 4 tahun.
Selama 4 tahun itu, kumpulkan duit untuk dijadikan modal membuka bisnes baru.

KEDUA PULUH:  Bisnes pertama yang tidak ideal....

+ Memerlukan kedai.
+ Memerlukan pinjaman wang tunai sebagai modal.
+ Memerlukan penggunaan alat kerja yang mahal.
+ Memerlukan pengambilan banyak pekerja.
+ Memerlukan tempoh yang panjang sebelum membuat keuntungan.

KEDUA PULUH SATU:  Memilih bisnes pertama....

+ Bisnes itu jenis self-employed.
+ Bisnes itu modalnya sangat kecil.
+ Bisnes itu dapat dimulakan dengan apa yang dalam tangan.
+ Bisnes itu diperlukan oleh banyak orang.
+ Pilih bisnes servis yang kita sendiri dapat melakukan servis itu.
+ Servis itu tidak menggunakan peralatan mahal.
+ Skill servis itu mudah dipelajari.
+ Servis itu mudah dijual kepada klien berduit.

KEDUA PULUH DUA:  Apa itu bercakap dalam trek sendiri?
+ Kita mempunyai produk kita. Orang lain mempunyai produk mereka.
+ Kita mahu supaya orang lain memilih produk kita. Kita terangkan sahaja kebagusan-kebagusan produk kita. Lama-lama mereka akan nampak kelebihan produk kita itu.
+ Tidak membanding-bandingkan produk kita dengan produk orang lain.
+ Tidak memburuk-burukkan produk orang lain.

KEDUA PULUH TIGA:  Tip bercakap dengan businessman yang berminda pejaya... (2)

Perkara-perkara yang menyebabkan mereka suka dan mahu menyambung percakapan dengan kita:

+ Beri informasi bisnes yang mereka tidak tahu.
+ Kemukakan cadangan yang berguna kepada bisnes mereka.
+ Maklumkan peluang-peluang bisnes yang kita tahu.
+ Tawarkan kerjasama dan pertolongan

KEDUA PULUH EMPAT: Tip bercakap dengan businessman yang berminda pejaya... (1)

Perkara-perkara yang menyebabkan mereka cepat bosan dengan kita:
+ Kita merengek-rengek tentang nasib malang peniaga Melayu.
+ Kita bercakap tentang masalah-masalah bisnes.
+ Kita bercakap dengan menggunakan pendapat peribadi.
+ Kita menyalahkan pihak itu dan pihak ini.

KEDUA PULUH LIMA: Konten Percakapan
Kajian (di US) mendapati konten percakapan golongan yang gagal berbeza daripada konten percakapan golongan yang berjaya.

Golongan yang gagal:
+ Mereka cenderung bercakap tentang masa dan peristiwa-peristiwa malang yang telah berlaku. Mereka banyak menggunakan perkataan 'dulu', 'kerana' dan 'sebab'.
+ Mereka bercakap tentang pelbagai kesukaran dan kegagalan yang pernah mereka alami.
+ Apabila bercakap tentang masa depan, mereka membuat ramalan-ramalan negatif.
+ Mereka menganalisa kesalahan dan kesilapan pihak-pihak lain.
+ Mereka melihat diri mereka sebagai mangsa kejahatan orang lain. Mereka mempersalahkan orang-orang lain atas musibah yang menimpa diri mereka.

Golongan yang berjaya:

+ Mereka banyak bercakap tentang masa hadapan dan perkara-perkara baik yang dapat dilakukan.
+ Apabila bercakap tentang masa lalu, mereka banyak bercakap tentang kejayaan dan peristiwa yang baik yang dialami.
+ Apabila bercakap tentang masalah, mereka fokus pada cara-cara bagaimana sesuatu itu dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Mereka banyak menggunakan perkataan 'akan' dan 'supaya'.
+ Mereka membuat ramalan-ramalan positif.
+ Apabila mengalami mengalami musibah, mereka bercakap tentang bagaimana mahu memperbaiki cara kerja mereka. Mereka tidak menyalahkan pihak lain.

KEDUA PULUH ENAM: Mengurus risiko apabila memberi kuasa kepada staff Gen-Y....

Staff Gen-Y masih muda. Mereka belum banyak melakukan kesilapan yang menyebabkan syarikat rugi.
Namun mereka perlu diberi kuasa membuat keputusan yang berkaitan dengan tugas-tugas mereka sendiri.
Gunakan tip ini:
+ Berikan job scope yang specific.
+ Kuasa yang diberikan hendaklah yang berkaitan job scope itu sahaja.
+ Terangkan dengan specific jumlah kerugian yang mereka diizinkan melakukannya.

Contohnya, katakan begini kepada Gen-Y itu:
"Setiap bulan, tuan boleh melakukan kesilapan yang kerugiannya tidak boleh lebih daripada RM300."

KEDUA PULUH TUJUH:  Ketua external locus....

KETUA: Saya sudah terangkan satu persatu prosedur itu kepada staff. Tapi mereka tidak lakukan. Prosedur mudah pun mereka macam tidak faham.

MENTOR: Puan bersikap menyalahkan staff. Itu perbuatan orang yang external locus.

KETUA: Tapi memang perkara itu betul. Kalau mereka faham, apa sebab mereka tidak buat?

MENTOR: Puan menyalahkan orang lain. Puan menyalahkan staff puan. Itu menyebabkan produktiviti puan rendah. Sampai sekarang problem itu belum dapat puan selesaikan.

KEDUA PULUH LAPAN:  Strategi mengurus kekalahan....
Rujuk sirah Perang Uhud.
+ Tiada post-mortem.
+ Tiada siasatan.
+ Tiada analisis.
+ Tiada diskusi.
+ Tiada pertuduhan.
+ Tiada pembelaan.
+ Tiada kesalan.
+ Tutup mulut.
+ JALAN TERUS!

KEDUA PULUH SEMBILAN: Tip memerah otak orang muda....

 + Apabila mereka bercakap dan mengemukakan pandangan dan idea, kita angguk-angguk sahaja, tandanya kita berminat mendengar apa yang mereka perkatakan.
+ Apabila setuju, diam. Angguk-angguk sahaja.
+ Apabila tidak setuju, diam. Angguk-angguk sahaja.

KETIGA PULUH:  Bagaimana peluang bisnes dapat dicipta? (1)
Tengok siapa di sekeliling kita yang mempunyai masalah yang memerlukan penyelesaian. Selesaikan masalah mereka. Itulah peluang bisnes.
Contoh: MASALAH: Banyak perempuan mahu memakai tudung shawl, tetapi mereka tidak pandai membelit-belitkan shawl itu di kepala mereka.
PELUANG: Cipta shawl gaya serkup. Shawl jenis ini sedang laku keras sekarang.

KETIGA PULUH SATU: Mempergunakan kelebihan lelaki....
Apabila syarikat kita perlu mendapatkan kerjasama daripada mana-mana pihak:
+ Kita tidak perlu pergi berunding sendiri.
+ Hantar kuda-kuda perang lelaki yang pergi berunding bagi pihak kita.
+ Beri kuasa membuat keputusan kepada kuda-kuda perang itu.

Tip ini adalah berdasarkan hasil banyak kajian dan eksperimen yang mendapati:

+ Kata-kata lelaki lebih berdaya-pengaruh dibandingkan dengan kata-kata perempuan.
+ Lelaki lebih terpengaruh kepada kata-kata lelaki.
+ Perempuan lebih terpengaruh kepada kata-kata lelaki.

 KETIGA PULUH DUA: Apa itu gearing ratio?

Salah satu ilmu yang sangat penting dipelajari oleh usahawan yang mahu membangunkan syarikatnya adalah ilmu gearing-ratio atau nisbah gearing.

Nisbah gearing menunjukkan keteguhan kewangan syarikat.

Nisbah gearing dikatakan ‘tinggi’ apabila jumlah hutang syarikat lebih besar daripada jumlah modal berbayar syarikat, dan lebih besar daripada jumlah nilai aset syarikat.

Bank tidak akan meluluskan permohonan syarikat bagi mendapatkan lebih banyak fasiliti apabila gearing syarikat tinggi.

Rujukan: Puan Ainon Mohd

3 -14 Jun 2015