Pages

DERMA

TABUNG MURID MISKIN ASRAMA MAAHAD RAHMANIAH KUALA KRAI KELANTAN (SEMUARA)

SMU (A) Rahmaniah mula didirikan oleh Allahyarham Tuan Hj Qasim dengan bantuan masyarakat setempat pada tahun 1958, bertempat di Guchil 3, Kuala Krai. Nama asalnya ialah Madrasah Rahmaniah sempena mengambil nama Allahyarham Yang Teramat Mulia Tengku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Pada masa itu sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Ugama Rakyat. Pada peringkat awal sekolah ini mempunyai lebih kurang 100 orang dengan 5 orang tenaga pengajar iaitu Ustaz Syafie Bin Yaacob (Guru Besar), Haji Qasim Bin Haji Ahmad, Adam Bin Abdullah, Muhammad Bin Abdul Kadir dan Saidah Binti Abdullah. Pada tahun 1974, sekolah ini dijadikan sekolah bantuan kerajaan di bawah pentadbiran Sekolah-sekolah Ugama Kelantan. Pada ketika itu sekolah ini mempunyai lebih kurang 70 orang pelajar dengan guru besarnya ialah Ustaz Adam Bin Abdullah. Pada tahun 1978, guru besarnya ialah Allahyarham Mohd Din Bin Haji Endok merangkap Imam di Masjid Bandar Kuala Krai. Pada bulan Januari 1989, Kerajaan Negeri Kelantan telah mengambil alih sekolah ini dan diletakkan di bawah pentadbiran Yayasan Islam Kelantan (YIK). Telah dipindahkan ke tapak baru dengan bangunan baru yang terletak di Kilometer 5, Lebuhraya Kuala Krai – Gua Musang sebagaimana lokasinya sekarang. Pada tahun 2005, sekolah ini dikenali dengan Maahad Rahmaniah sempena penjenamaan Sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan.

Sebagai usaha untuk membantu murid miskin asrama SEMUARA sumbangan 6% insentif user get user akan disalurkan setiap kali user topup dimana dan bila-bila masa sahaja ke akaun asrama SEMUARA. Sumbangan ini akan dibuat secara bulanan setelah menerima insentif daripada ONEXOX. 
Anda juga boleh menyumbang secara terus atas nama Maahad Rahmaniah melalui akaun Bank Islam 0307 2010 0032 38. Setiap sumbangan hendaklah dimaklumkan tajuk: sumbangan bayaran yuran asrama untuk pelajar miskin Maahad Rahmaniah melalui emel: maahad_rahmaniah@yahoo.com @ Ustazah Sulina ditalian 014-8346189.


Selain sumbangan diatas, anda juga dipelawa untuk memberi sumbangan kepada;

Aqsa Syarif memerlukan sumbangan ikhlas anda bagi membantu saudara kita di Palestin. Untuk keterangan lanjut sila layari; www.aqsasyarif.org.my.