Apabila kita berniaga dengan
cara mendaftarkan syarikat sendirian berhad, inilah perkara-perkara yang akan
berlaku:
1. Kita akan mengeluarkan
duit modal. Duit itu dibayarkan kepada syarikat sebagai saham. Syarikat akan
menggunakan duit itu untuk membuat pembayaran operasi syarikat.
2. Kita akan menjadi ahli
lembaga pengarah. Sebagai ALP, syarikat akan membayar elaun-elaun yang layak
dibayar kepada ALP. Kita ada income pertama di sini.
3. Kita akan berkerja
sebagai staff syarikat. Sebagai contoh, kita menjadi CEO syarikat. Syarikat
akan membayar gaji bulanan kepada kita. Kita akan ada income kedua di sini.
4. Apabila syarikat
mengeluarkan bayaran ghanimah, sebagai CEO kita juga menerima ghanimah. Ini
income ketiga kita.
5. Apabila syarikat membayar
bonus tahunan, sebagai CEO kita juga menerima bonus tahunan. Ini income keempat
kita.
6. Apabila syarikat membayar
dividen kepada pemegang saham, kita juga menerima dividen dari saham kita. Ini
income kelima kita.
7. Syarikat yang besar mampu
memberi kepada ALPnya pelbagai perks, seperti kereta rasmi, insurans hospital,
percutian berbayar dan lain-lain.
8. Apabila syarikat itu membuka
anak syarikat, kita menjadi Chairman pula kepada syarikat induk.
NOTA: Sebagai usahawan, kita
mesti membangunkan syarikat yang besar. Syarikat yang besar adalah umpama pokok
durian Musang King yang besar, barulah dahannya banyak dan buahnya banyak,
barulah penghasilan ladang kita besar.
Peniaga Melayu mesti belajar
ilmu-ilmu persyarikatan.
Rujukan; Puan Ainon Mohd, PTS Group