Tempahan penginapan, Puan Marina 019-323 3848
Friday, 28 June 2013
Thursday, 27 June 2013
Monday, 24 June 2013
14 bot Magic of the Night terangi Putrajaya
PUTRAJAYA 23 Jun - Pesisiran Tasik Putrajaya di Presint 2, Putrajaya malam tadi bermandikan limpahan cahaya daripada sebanyak 14 buah bot berhias yang menyertai acara Magic of the Night anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
Penganjuran kali ketiga dengan tema Colours of Harmony itu berjaya menarik perhatian pengunjung ke bandar pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan ini untuk menyaksikan perarakan sejauh tiga kilometer bot berhias berkenaan.
Majlis perasmian acara yang mendapat kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj) sempena penganjuran Floria Putrajaya 2013 itu dirasmikan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Beliau berkata, acara itu bukan sahaja dapat mempromosi Putrajaya malah menjadikan Malaysia sebagai destinasi unik di peringkat global.
"Kami sasarkan lebih sejuta pengunjung termasuk dari luar negara dan tempatan memeriahkan festival yang berlangsung selama sembilan hari ini," katanya.
Yang hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Dr. Ong Hong Peng dan Presiden PPj, Tan Sri Dr. Aseh Che Mat.
Penganjuran acara yang bermula malam tadi hingga Ahad depan itu turut dimeriahkan dengan pertunjukan bunga api.
Penyertaan bot terdiri daripada wakil China (Suzhou), Perak, Negeri Sembilan, Perlis, Terengganu Pahang, Sarawak, Melaka, Johor, dan Sabah.
Antara agensi yang turut terlibat adalah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Tourism Malaysia, Perbadanan Putrajaya, dan Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada).
Mohamed Nazri berkata, penganjuran acara itu selari dengan usaha mempromosi negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.
Dalam masa sama, tambah beliau, melalui acara itu para peserta dapat mempamerkan kreativiti dengan menghias bot-bot berkenaan.
"Antaranya dengan tema flora dan fauna, ikon serta produk-produk pelancongan dan kebudayaan yang menjadi tarikan mengikut negara, negeri atau organisasi masing-masing," katanya.
Penginapan, hubungi 019-323 3848
Saturday, 22 June 2013
Friday, 21 June 2013
Floria Putrajaya 2013 sasar sejuta pengunjung
TENGKU Adnan Tengku Mansor (kanan) dan Aseh Che Mat (tiga dari kanan) menunjukkan bunga orkid kepada Puteri Swaziland, Sikhanyaish Diamindamini pada majlis Prapelancaran Floria Putrajaya 2013 di Putrajaya semalam.
PUTRAJAYA 30 Mei - Pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini, sekali lagi bakal menjadi tumpuan pengunjung sempena penganjuran acara tahunan Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria Putrajaya) 2013 bertemakan bunga orkid.
Bertempat di Pesisiran Tasik Putrajaya, Presint 2, pengunjung pasti terpukau dengan kreativiti dan keunikan hiasan seni reka taman yang mengandungi lebih 400,000 bunga terdiri daripada pelbagai spesies.
Floria Putrajaya 2013 itu akan berlangsung pada 22 Jun hingga 30 Jun ini dengan slogan Bunga Orkid-Khazanah Tropika.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tema orkid bertepatan kerana merupakan tanaman hiasan yang amat popular di Malaysia ekoran kesesuaian iklimnya yang panas dan lembap sepanjang tahun.
Beliau berkata, selain mudah ditanam dan dibiakkan orkid menjadi pilihan utama penggemar flora di negara ini kerana saiz, struktur dan bunganya yang pelbagai.
Katanya, orkid juga digunakan secara meluas dalam industri landskap di negara ini.
"Selain orkid, Floria Putrajaya 2013 turut mempamerkan beberapa jenis bunga lain seperti bonsai, heliconia dan bunga kertas untuk tatapan pengunjung.
"Sehubungan itu, saya menyeru orang ramai terutama penggemar landskap taman dan bunga-bungaan datang beramai-ramai ke Floria Putrajaya 2013 bagi menyaksikan sendiri keindahan yang bakal dipamerkan," katanya ketika berucap dalam majlis Prapelancaran Floria Putrajaya 2013 di sini hari ini.
Yang hadir sama, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan, Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Adnan Md. Ikhsan dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Aseh Che Mat.
Menurut Tengku Adnan, Floria Putrajaya 2013 yang dianjurkan PPj dijangka menarik lebih sejuta pengunjung sekali gus mengatasi rekod sebelumnya iaitu sekitar 800,000 pengunjung.
Selain itu, katanya, Floria Putrajaya 2013 turut menampilkan sebanyak 23 peserta antarabangsa dari 18 buah negara terdiri daripada pereka taman dan penggubah bunga yang akan mempamerkan taman dalaman, taman luaran dan taman orkid.
"Floria Putrajaya 2013 bukan sahaja mempamerkan keindahan dan keceriaan warna bunga dan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di negara ini, malah menambah keindahan Putrajaya yang telah dirancang dan dibina dengan reka bentuk yang begitu unik dan rapi.
"Ini dapat menonjolkan identiti Putrajaya sebagai sebuah bandar dalam taman dan bandar bunga-bungaan, selain komitmen kementerian dan PPj membangun dan memajukan pusat pentadbiran ini sebagai bandar raya contoh yang ceria dan bertenaga dalam semua aspek," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kota/20130531/wk_04/Floria-Putrajaya-2013-sasar-sejuta-pengunjung#ixzz2WqHL4oRf

Penginapan, hubungi Puan Marina ditalian 019-323 3848
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kota/20130531/wk_04/Floria-Putrajaya-2013-sasar-sejuta-pengunjung#ixzz2WqHL4oRf
Thursday, 20 June 2013
Wednesday, 19 June 2013
Sunday, 16 June 2013
PROMOSI MAKAN KUPANG 28-30 JUN 2013
Jabatan Perikanan Malaysia akan mengadakan Promosi Makan Kupang pada 28- 30 Jun 2013 di Dataran Seri Kemang, Pantai Telok Kemang. (Bersebelahan Ocean View Resort)
Tempahan penginapan, hanya RM130.00, hubungi Puan Marina ditalian 019-323 3848.
Thursday, 13 June 2013
Top 10 Holiday Destinations
Tempahan penginapan, klik disini http://nasabibnuhazim.blogspot.com/p/homestay.html
Wednesday, 12 June 2013
PPj Perlu "Hidupkan" Putrajaya
Dr. Mahathir Mohamad diberi penerangan sekitar keindahan malam Putrajaya oleh Azlan Karim sambil diperhatikan Aseh Che Mat sewaktu hadir sempena pelayaran penuh pertama Cruise Tasik mengelilingi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya, kelmarin. - UTUSAN/Zaki Amiruddin
PUTRAJAYA 11 Jun - Perbadanan Putrajaya (PPj) perlu mempergiatkan usaha untuk memperkenalkan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di pelbagai peringkat bagi memastikan ia terus menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, perkara itu perlu kerana ketika ini Putrajaya dilihat agak sunyi dan kurang meriah selepas habis waktu bekerja.
Beliau berkata, Presiden PPj, Tan Sri Aseh Che Mat mempunyai banyak idea mengindahkan Putrajaya dengan pelbagai inisiatif telah dilakukan untuk menarik lebih ramai pengunjung ke sini.
"Kerajaan telah banyak memperuntukkan perbelanjaan untuk mengindahkan Putrajaya, namun ia bagaikan beautiful lady covers up her face apabila ia menjadi sunyi khususnya selepas waktu kerja.
"Kita mahu menjadikan Persiaran Perdana seperti Champs-Élysées di Perancis tetapi tiada kedai-kedai di sepanjang jalan tersebut dan ia menjadi sunyi khususnya selepas waktu kerja apabila semua pejabat tutup," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis makan malam bersama Aseh bersempena pelayaran penuh pertama Cruise Tasik mengelilingi Tasik Putrajaya di sini malam tadi.
Yang turut hadir, isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Adnan Md. Ikshan dan Pegawai Eksekutif Putrajaya Holdings Berhad (PjH), Datuk Azlan Abdul Karim.
Sebelum ini, Cruise Tasik tidak dapat mengelilingi penuh Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan kerana masalah Tasik Putrajaya yang cetek sepanjang satu kilometer di Presint 18.
Menurut Dr. Mahathir, Putrajaya memerlukan kedai-kedai seperti kafeteria, kedai cenderamata serta hiburan untuk menghidupkan suasana di sepanjang Persiaran Perdana.
"Aseh adalah seorang yang penuh dengan idea bernas, saya yakin beliau dapat melakukan pembaharuan di Putrajaya, dengan idea yang ada saya yakin Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ini akan terus mendapat tarikan pelancong," katanya.
Tempahan penginapan : http://nasabibnuhazim.blogspot.com/p/homestay.html
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130612/dn_11/PPj-perlu-'hidupkan'-Putrajaya#ixzz2VzxPyHSz
© Utusan Melayu (M) Bhd

Sunday, 9 June 2013
Apartment 2 Bilik, Prima Inland Sea Resort Bersebelahan Pentas Persembahan, Port Dickson
Terkini.... Apartment 2 Bilik di Blok E, dapat menyaksikan persembahan pentas melalui bilik. Alami keriangan bersama keluarga di Taman Tema Air di Port Dickson. HANYA RM200.00 UNTUK 2 HARI 1 MALAM. Hubungi Pn. Marina ditalian 019-323 3848 untuk keterangan lanjut.
Friday, 7 June 2013
Extreme Park Palm Spring Resort Port Dickson
Lokasi di Palm Spring Resort berhadapan dengan Homestay Tiara Beach Water Theme Park (Prima Inland Sea Resort). Tempahan penginapan serendah RM130.00, hubungi Pn. Marina ditalian 019-323 3848.
Tuesday, 4 June 2013
Monday, 3 June 2013
Giants In Port Dickson
Tempahan penginapan di Ocean View Resort Port Dickson berhadapan dengan "giants in Port Dickson" serendah RM130.00, hubungi Puan marina ditalian 019-323 3848.
Subscribe to:
Posts (Atom)