Jawab: Buku-buku PTS (termasuk karya saya
sendiri) pernah dicetak-rompak. PTS hanya hantar surat peguam sahaja
dengan amaran supaya berhenti dan jangan buat lagi.
+ Kos guaman dalam kes saman adalah
sangat mahal. Tidak berbaloi mengeluarkan yuran peguam sehingga lebih RM100k.
+ Kos guaman lebih tinggi daripada
kerugian akibat cetak-rompak.
+ Kalau menang saman sekalipun, si
pencetak-rompak itu belum tentu mampu membayar saman kita.
+ Duit yang dibakar sia-sia bagi membayar
yuran guaman itu lebih baik digunakan untuk menerbitkan buku-buku baru. Jualan
buku-buku baru itu boleh dapat banyak untung!
Rujukan; Puan Ainon Mohd, PTS Group