Pages

Thursday 23 December 2021

Kafeteria Redd Place, Telok Pelandok, Port Dickson






Bersebelahan PD Tiara Bay Apartment atau Ehsan Water Park dan berdekatan dengan Cocobay Resort & Ocean View Resort. Beroperasi mula jam 5.00 petang.

 

Monday 20 December 2021

Aktiviti 3 hari 2 malam di Port Dickson

Pusat Pemeliharaan Penyu di Pusat Ikan Hiasan Telok Kemang


Cadangan aktiviti semasa menginap di PD Tiara Bay Apart. (Waterpark) / Cocobay Resort Batu 9 ( 2 kolam renang dewasa dan kanak-kanak ) / Ocean View Resort Batu 9 (kolam renang dewasa dan kanak-kanak yang besar dan luas) mengadap Pantai Purnama - Pantai Kent, kawasan hiking hutan simpan dan bersiar melalui lereng bukit, jejantas dan pantai, berhadapan Rumah Terbalik, PD Ostrich Farm Show, bersebelahan Kompleks Cerapan Baitul Hilal.

Hari Pertama 
Melawat Taman Tema Wild West Cowboy / Muzium Lukut / PD Waterfront (bersiar-siar sepanjang pantai dan kawasan-kawasan perniagaan) / Muzium Tentera Darat (percuma) / Pulau Burung (berada di Pantai Cahaya Negeri: bawa makanan berbungkus tempat sesuai untuk makan tengahari atau sarapan pagi) / Pusat Ikan Hiasan Telok Kemang (percuma) / mandi manda dan aktiviti-aktiviti permainan air di pantai telok kemang / pantai purnama / (Ocean View Resort : mandi kolam renang dewasa yang besar dan panjang & kanak-kanak dan Cocobay Resort: mandi 2 kolam renang dewasa & kanak-kanak / bersiar-siar sepanjang pantai, bukit dan hutan simpan) / pantai blue lagoon. 
Makan malam sambil menikmati pemandangan sunset dan memancing di jeti sekitar; 
- Restoran Redd Place, Kg Telok Pelandok (berhampiran PD Tiara Bay Apart. / Ehsan Water Park) 
- Medan Ikan Bakar Pasir Panjang, PD atau Restoran Hidayah Ikan Bakar dll disekitar Batu 9. 
- Sementara menunggu lena tidur, malamnya melayan berbelas-belas siaran tv dan radio siaran NJOI. 

Hari kedua 
Sarapan pagi dan makan tengahari di Ehsan Bistro dengan berbagai menu disediakan dan harga yang berpatutan serta mesra rakyat.
- mandi manda tanpa ada kerisauan keselamatan di Ehsan Water Park dibuka setiap hari, dan pada setiap hari Sabtu dan Ahad jam 12.30 tgh dan 2.30 ptg ada persembahan badut di didepan kawasan kolam air terjun...dah puas di kolam, sambung lagi mandi air hujan dalam bilik pula. Tekanan kelajuan air adalah kuat dan baik. 
Jika nak merasa kemeriahan membeli belah pasar malam (sabtu) bolehlah ke pantai saujana atau sekitar pusat perniagaan di Batu 6 (terdapat fun fair)

Hari ketiga 
Pagi-pagi hari boleh fun walk atau berjoging sekitar resort / mendaki (jalan tar) dalam 30 minit ke (Menara Rumah Api / Bukit Batu Putih / Monkey Bay), Tanjung Tuan sambil menikmati kehijauan alam, mendengar nyanyian burung-burung yang berterbangan dan menghayati keindahan laut dari aras bukit batu putih atau menara rumah api.

Selamat bercuti...

Thursday 16 December 2021

SUMBANGAN DERMA SURAU ANNUR PRESINT 11 PUTRAJAYA

*Cara Menyumbang* : user open apps --> tekan button scan --> select button *scan from gallery* --> pilih gambar qr --> key in amount --> masuk kan pin number --> payment successful 

Ya Allah jadikan sumbanganku ini sebagai wasilah mendapat keampunanMu dan tunaikanlah segala hajatku..... Boleh juga salurkan terus ke Akaun Bank Surau Annur P11K; Bank Rakyat: 1101 1413 98 Bank Islam: 1601 8010 0090 16

Hari Peringatan 10 Skuadron Semboyan @ Port Dickson 24-26 DISEMBER 2021

JOM datang beramai-ramai ke Muzium Tentera Darat bagi memeriahkan lagi pameran Hari Peringatan 10 Skuadron Semboyan Para mulai 24 Disember 2021 sehingga 26 Disember 2021 (3 Hari). Pelbagai aktiviti serta gerai jualan menarik menanti anda. Anda juga berpeluang untuk menyertai Cabutan Bertuah dan Kuiz bagi memenangi hadiah-hadiah menarik! Selain daripada itu, pelbagai Pameran Promosi Ketenteraan daripada Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia, dan Tentera Udara Diraja Malaysia akan turut serta dalam acara ini bagi maklumat orang ramai. Jangan lupa janjitemu kita mulai 24 hingga 26 Disember 2021 ini! Semua dijemput hadir!!!!!

Tuesday 14 December 2021

COCOBAY RESORT PORT DICKSON - 3 BILIK, LUAS DAN SELASA, HANYA BERJALAN KAKI KE PANTAI PURNAMA








Cocobay 3 bilik, 2 bilik utama beraircond berhadapan laluan pintu masuk mengadap pos pengawal, balkoni mengadap kolam, 2 bilik air mempunyai pemanas, boleh memasak, hanya berjalan kaki ke Pantai Purnama di belakang resort ini. Tempahan bilik sila hubungi Pn. Marina 014-6683848

 

Friday 10 December 2021

OCEAN VIEW RESORT - STUDIO ...LUASNYA




Terkini dan ringkas cerita studio ini sama luas dengan dengan rumah pangsa kos rendah 3 bilik. Besar tu..bilik mengadap kolam renang, keluar lif terus masuk bilik terus, nak mandi pantai jalan kaki sahaja, minat memancing malam boleh try kat pantai situ, Agak-agak kalau keluasan dan fasiliti macam ni berapa kadar sewa di booking.com dan agoda...boleh try cari. Nak masak boleh, nak bagi harga rendah kaw-kaw punya hanya $150 semalam, ambil 2 malam pandai bercakap kita nak bagi hanya $250 sahaja.......nak menginap hubungi Puan Marina 014-6683848.

 

PD TIARA BAY APARTMENT - STUDIO PROMOSI HANYA $200 3 HARI 2 MALAM






Harga biasa $150/2 hari 1 malam. Untuk lebih jimat dan puas hati ambil pakej 3 hari 2 malam hanya $200 sahaja. Sekali sekala kenalah bagi penghargaan untuk badan sendiri yang telah penat bekerja. Unit ini terhad ditepi lif, nak jaga kesihatan, boleh naik tangga hanya aras satu mengadap kolam kanak-kanak. Apabila sebut studio, maka kita kana faham ianya pasti lebih luas daripada kebiasaan bilik hotel biasa.
Untuk lebih jimat kami sediakan dapur elektrik untuk memasak sendiri. Pinggan mangkuk bawa lah sendiri.
Hari pertama sampai boleh melawat Muzium Lukut / Muzium Tentera Darat / PD Waterfront / mandi manda di pantai telok kemang atau blue lagoon, dah lapar, makan malam dekat Medan Ikan Bakar Pasir Panjang, PD atau Restoran Hidayah Ikan Bakar dll disekitar Batu 9 dekat sahaja dengan PD Tiara Bay. Apabila balik bilik, malamnya melayan berbelas-belas siaran tv dan radio siaran NJOI.
Hari kedua, sarapan pagi dulu Ehsan Bistro, berbagai menu disediakan dgn dgn harga yang berpatutan dan mesra rakyat, dah kenyang, mandi pula di Water Park, sambung lagi mandi air hujan dalam bilik pula. Tekanan kelajuan air kuat memang terbaik. Jika nak merasa kemeriahan membeli belah pasar malam (sabtu) bolehlah ke pantai saujana atau sekitar pusat perniagaan di Batu 6.
Hari ketiga, pagi-pagi hari boleh fun walk atau berjoging sekitar resort sambil menikmati kehijauan alam dan mendengar nyanyian burung-burung merpati yang berterbangan.
Jangan segan jangan malu, hubungi Pn. Marina ditalian 014-6683848 untuk tempahan penginapan. InsyaAllah akan akan dilayan dengan baik. Kita jumpa disana.

Sunday 14 November 2021

TEROWONG PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM) PORT DICKSON

Tahukah anda di Muzium Tentera Darat terdapat satu terowong bawah tanah yang terletak di Blok B Muzium Tentera Darat?

Terowong sepanjang 142 meter ini bermula dari bangunan Blok B dan berakhir di pesawat Caribou. Suasana di dalam terowong ini akan memberi kenangan dan kesan yang mendalam kepada setiap pengunjung kerana susunaturnya yang menggunakan artifak-artifak asal kepunyaan PKM.
Terowong ini juga dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) bagi tujuan pemantauan dan keselamatan terowong serta pengunjung yang datang.

Saturday 13 November 2021

PD TIARA BAY APARTMENT (2 ROOM) - VIEW WATERPARK @ EHSAN WATERPARK

$200/night : 2Day 1Night (2D1N)
$350 (3D2N)

2 bilik tidur dan 2 bilik air.

Hubungi Puan Marina 014-6683848