Pages

Saturday, 10 September 2016

AZIZAN OSMAN: ANDA BUKAN GAJAH SARKIS



Azizan Osman

Jangan rantai hidup anda seperti gajah sarkis. Jangan biarkan anda pernah rasa puas hati dengan hidup anda sekarang. Ramai antara kita mudah rasa 'selesalah sangat' dengan apa yang kita ada sehingga kita menoktahkan segala usaha untuk mencapai impian.

Bunyiknya macam serius! YA, kami memang serius!
Anda lihat, jika anda pernah tengok pertunjukkan sarkis secara 'real' atau anda mungkin pernah menonton pertunjukkan sarkis yang dulu-dulu selalu ditayangkan di TV, pernah tak anda tertanya kenapa gajah yang besar itu dirantai dengan rantai besi dan gajah itu tak berusaha untuk lepaskan diri? Sedangkan, ikut logik akal, apalah sangat rantai yang digunakan untuk mengikat gajah berbanding dengan berat dan kemampuan gajah itu sendiri. Betul?
Salah! Sebenarnya, gajah tersebut yang sudah dilatih dari kecil mungkin pernah cuba untuk meloloskan kakinya dari rantai yang diikat. Tapi, mungkin gajah yang kecil itu tidak berjaya untuk melepaskan diri, atau mungkin gajah kecil itu tercedera ketika berusaha nak lepaskan diri dan akibat kegagalan dan kesakitan pada percubaan itu, gajah tersebut pun ambil keputusan, tak payah lah nak lepaskan diri. Macam ni pun ok je. Selesa jugak. Ada je orang bagi makan. Glamour apa jadi gajah sarkis.

Agaknya lah!
Anda pun pasti pernah hadapi keadaan macam 'ni. Anda pernah berusaha untuk capai sesuatu impian, tetapi anda dapati ianya sukar dicapai, banyak halangan dan mungkin anda akan rasa sakit serta tak selesa, lalu anda ambil keputusan mudah. "Biarkan saja aku macam 'ni. Ok apa hidup macam ni. Orang lain ada yang lagi teruk dari aku. Buat apa susah-susah, macam ni pun dah best!"
Anda sebenarnya menidakkan kemampuan anda sendiri. Tanpa anda sedar, anda sebenarnya boleh capai apa yang anda impikan dan bila anda berjaya mencapainya, hidup anda akan lagi best dari apa yang anda ada dan rasa sekarang.

Sebenarnya, anda bukan tak nak capai apa yang anda mahu, tapi anda sebenarnya tak tahu dan tak ada ilmu untuk bimbing dan bantu anda capai apa yang anda nak, sebab itu lah anda gagal pada percubaan pertama. Untuk berjaya, anda hanya perlu tahu apa nak buat, di mana nak bermula, apa prosesnya yang perlu anda lalui, komited berusaha berdasarkan ilmu yang anda ada dan InsyaAllah, kejayaan itu milik anda