Pages

Saturday, 1 October 2016

PENGUTIP SAMPAH YANG KAYA RAYA

Semasa masih bersekolah, Rich Dad bertanya kepada rakan sekelasnya apa pekerjaan ayahnya. Rakannya menjawab, "Bapa saya pengutip sampah". Beliau tidak berfikir panjang tentang perkara itu. sehinggalah Rich Dad dijemput ke rumah rakannya itu tadi untuk undangan majlis makan malam hari kesyukuran.

+ Rich Dad tidak dijemput dengan kereta, sebaliknya ayah rakannya itu menerbangkan mereka dengan jet peribadi ke rumahnya, yang terletak dua jam perjalanan dari New York, sebuah rumah agam yang besar dan tersergam.

+ Apabila beliau bertanya tentang profesion ayah rakannya sebagai pengutip sampah itu, rakannya berkata, "Ayah saya memiliki syarikat mengutip sampah terbesar di negeri ini. Dia memiliki lebih 200 buah lori dan lebih 1,000 orang pekerja. Dia juga memiliki tanah tempat pelupusan sampah. Pelanggan terbesarnya adalah kerajaan negeri dan bandar".

Kredit: Wan Rafiudin