Pages

Thursday, 2 July 2015

Cashbook: Buku tunai wajib ada.


Ada 2 jenis duit yang masuk ke dalam bisnes kita:

+ Duit dalam bentuk bukan tunai, macam cek, macam duit transfer, duit bank-in kepada akaun syarikat. Duit ini selamat.

+ Duit tunai apabila pelanggan membayar tunai. Duit tunai mudah lesap!
Kita wajib mempunyai 2 perkara ini bagi mengurangkan risiko duit tunai lesap:

+ SOP mengendalikan duit tunai. SOP ini mesti sangat ketat.
Staff yang mempunyai masalah kewangan peribadi cenderung gelap mata apabila mereka memegang duit tunai milik syarikat.

+ CASHBOOK. Buku tunai wajib ada.
Kalau tidak ada buku tunai, memang kita sengaja cari nahas!

Jangan berniaga dengan tidak mempunyai buku tunai. Ini sangat berbahaya!

+ Berapa banyak duit tunai yang masuk semalam?
+ Berapa bayaran tunai yang kita buat semalam?
+ Duit tunai masuk, ditolak duit tunai keluar. Berapa baki tunai yang 'sepatutnya' ada dalam tangan semalam?
+ Berapa duit tunai yang 'lesap' semalam? <--- Ini soalan maut!

Duit lesap diam-diam....

Perkara staff yang 'sangat rajin dan baik' diam-diam mencuri duit tunai tiap-tiap hari bukanlah kejadian luar biasa.

Ini biasa berlaku. Staff pencuri menutup perbuatannya dengan berpura-pura sangat baik dan rajin bekerja.

Jumlah yang dicuri itu 'kecil', tetapi ia dilakukan tiap-tiap hari. Itu yang menyebabkan towkay tidak mengesyaki berlakunya kecuarian.

Seandainya dia mencuri RM10 sehari, hal itu memang sukar dikesan. Malah jika dia mencuri RM50 sehari pun, hal itu sukar dikesan.

CASHBOOK atau buku tunai adalah alat bagi mengawal berlakunya staff mencuri duit tunai.

SOP Kawalan Kewangan

Cik puan Nurulhidayu Jamarudi menulis...

Saya pernah bekerja di kiosk mencetak stiker. Bos saya amat mementingkan SOP. Setiap stiker yang diprint perlu ditampal pada buku daily-cash-bill beserta jumlahnya. Duit terus bank-in ke dalam akaun perniagaan dan resitnya ditampal pada buku. Waste atau stiker yang rosak/lebihan stiker perlu disimpan dalam plastik khas. Karbon sticker perlu disimpan setelah habis (bos boleh cek jumlah stiker print dengan daily cash jika pekerja menipu).

Setiap awal bulan, ada staf yang akan ambil cpu yang diguna dan tukar pada cpu yang baru. Pekerja yang menyeleweng duit akan dibuat report polis dan ditampal pada buku staf sebagai AMARAN jangan berani-berani buat.

KIOS kecil tetapi SOP mantap. Boss saya dahulu ada 5 kiosk sticker
 
Rujukan: Puan Ainon Mohd