Pages

Wednesday, 14 August 2013

Pulau Perjudi Tarikan Terbaru Port Dickson


 
TELUK KEMANG 5 April - Dalam usaha menggilap sifat kepimpinan dan semangat berdikari, seramai 34 penuntut Kolej Uniti menyertai program Kem Kelangsungan Hidup, di sini baru-baru ini.
Program anjuran Kolej Uniti itu dijalankan pada 18 hingga 20 Mac lalu di hutan rekreasi Kolej Uniti dan Pulau Judi, Port Dickson.
Program itu disertai oleh wakil-wakil kelab dan persatuan penuntut Kolej Uniti dengan dikendalikan oleh Brindley Training Center (BTC).
Pada hari pertama, para peserta mempelajari teknik-teknik ikhtiar hidup dalam hutan, memasak dan seterusnya bermalam di hutan rimba.
Hari kedua pula, para peserta diajar mengenai ikhtiar hidup di laut dan berkayak sejauh lima kilometer dari Kompleks Uniti ke Pulau Judi.
Di pulau itu, peserta membina pondok ikhtiar hidup mengikut kumpulan untuk bermalam dan memancing untuk makan malam mereka.
Mereka berkayak pulang keesokkan harinya untuk ke Pasir Panjang.
Menerusi aktiviti yang dilalui semasa program itu, para peserta dapat mempelajari teknik-teknik menguruskan sesuatu organisasi, membahagikan tugas sesama ahli dan seterusnya menyelesaikan masalah atau tugasan yang diberi.
Mereka juga turut diajar mengenai nilai-nilai kepimpinan dan sikap yang perlu ada untuk memimpin sesuatu organisasi.
Objektif program kem survival atau ikhtiar hidup itu ialah untuk menggilap sifat kepimpinan dan semangat berdikari telah tercapai.
Apa yang pasti, para peserta melahirkan rasa puas hati dan berasa lebih yakin dengan potensi diri sendiri setelah menamatkan program tersebut.
 


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0406&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm#ixzz2c0kIrurr
© Utusan Melayu (M) Bhd