PERTAMA: Jaga cash-flow dan SOP kewangan
Banyak peniaga amatur menyangka PROFIT
adalah nyawa bisnes kita. Mereka percaya, kalau syarikat buat profit, syarikat
akan terus hidup. Ini sangkaan yang tidak betul.
+ Banyak syarikat yang sebenarnya membuat
profit, tetapi hidupnya terkial-kial hendak membayar gaji, sewa, hutang
pembekal dll.
+ Banyak peniaga yang berasa bisnesnya
macam buat untung, tetapi dia hairan sebab duitnya tidak pernah cukup.
Nyawa bisnes adalah pada cash-flow atau
aliran-tunai.
Banyak peniaga pandai membuat sale.
Barangnya laku. Duit pun masuk, bukan tak masuk.
Tetapi asal hujung bulan dia stress sebab
duit tak cukup hendak membayar gaji, sewa, hutang pembekal dll.
Salah satu punca cash-flow asyik tercekik
adalah disebabkan si peniaga berniaga dengan tidak ada SOP kewangan yang betul
Pencuri No. 1 duit syarikat kita adalah
diri kita sendiri!
SOP kewangan mesti dipelajari sebelum
bisnes dimulakan. Ia umpamanya belajar memandu sebelum membeli kereta.
+ Rekod kewangan syarikat wajib diaudit.
+ Selepas diaudit, laporan penyata
kewangan itu wajib di hantar ke LHDN dan ke SSM. Kalau tidak dihantar, ALP
syarikat akan didenda.
+ Auditor mahu pastikan semua rekod
kewangan dalam keadaan yang betul.
+ Apabila SOP kewangan sudah digunakan
sejak hari pertama bises dijalankan, banyak urusan dengan auditor, LHDN dan SSM
berjalan lancar.
"Bukan berapa banyak duit yang
masuk, tetapi berapa banyak duit yang keluar."
Banyak peniaga amatur fokus memikirkan
dan menjalankan kerja-kerja yang dapat membawa lebih banyak duit masuk.
Mereka lebih-lebih lagi fokus pada
kerja-kerja bagi menaikkan angka jualan, kerana jualan yang membawa duit masuk.
Yang mereka fokuskan adalah sale, sale,
sale.
Dalam pengurusan kewangan syarikat,
jangan hanya tengok duit yang masuk. Tengok juga duit yang keluar.
Duit masuk mungkin banyak, tetapi jika
duit yang keluar lebih banyak daripada duit yang masuk, bisnes kita takkan
survive.
Banyak peniaga kecil mengalami cash-flow
tercekik sehingga hendak membayar gaji pun tersangkut-sangkut, apatah lagi
hendak membayar hutang-hutang pembekal.
Apabila hutang pembekal lambat dibayar,
mereka tidak akan menghantar bekalan baru selagi hutang lama masih belum
dibayar.
KEDUA: Siapakah dalam syarikat kita yang mempunyai ilmu pengetahuan dalam perkara-perkara di bawah ini?
1. Tahu pelbagai strategi bagi
mendapatkan sumber-sumber modal bagi membiayai perkembangan bisnes syarikat
kita. Yang biasa kita tahu, modal datang dari pinjaman bank sahaja, yang lain
kita tidak tahu.
2. Tahu pelbagai strategi
memberanak-pinakkan duit modal. Duit adalah suatu benda yang mempunyai daya
menambahkan jumlahnya sendiri. Jika kita tahu apa yang dapat dilakukan kepada
duit yang ada, duit itu dapat menghasilkan lebih banyak duit.
4. Tahu bagaimana merancang perkembangan
masa depan kewangan syarikat.
5. Tahu pelbagai strategi menguruskan
wang tunai milik syarikat.
Lima perkara di atas adalah tugas dan
tanggungjawab seorang Pengurus Finance.
Perkara-perkara yang sentiasa bermain
dalam kepala seseorang Pengurus Finance adalah:
+ Matlamat jangka panjang syarikat.
+ Likuiditi kewangan syarikat.
+ Fleksibiliti kewangan syarikat.
+ Pematuhan kepada undang-undang, baik
undang-undang negara, antarabangsa, mahupun syariah
KETIGA: Syarikat kita memerlukan 2
bakat-duit ini:
+ Bakat menjaga duit syarikat. <---
Ilmu ini diajarkan kepada pelajar jurusan perakaunan.
+ Bakat meningkatkan nilai duit syarikat
<--- Ilmu ini diajarkan kepada pelajar jurusan finance
KEEMPAT: Tanya: Mengapa puan memilih
keuntungan bersih 3% sahaja?
Jawab: Formula keuntungan 3% nett adalah
bagus.
+ Banyak syarikat korporat antarabangsa
yang sudah wujud puluhan tahun menggunakan target 3% keuntungan bersih.
+ Keuntungan 3% itu memudahkan bisnes
kita terus survive dalam pasaran. Ia membolehkan produk kita dijual pada harga
amat berpatutan.
+ Akal orang biasa memang menganggap 3%
itu sangat nipis. Jangan tengok pada angka %. Tengok pada duit sebenar yang
masuk bank kita. Cuba kira berapa jumlah 3% daripada jualan RM40j setahun
Berapa banyak keuntungan?
Lazimnya, buku-buku pengurusan bisnes
mengajar supaya kita mentargetkan keuntungan syarikat pada kadar 10%.
KELIMA: Fenomena untung tinggi, tetapi
syarikat tiada duit.
Salah satu bahaya yang banyak berlaku
adalah di mana akaun syarikat menunjukkan angka keuntungan yang tinggi.
Tetapi, mengapakah duit tidak ada dalam
akaun bank? Mahu bayar gaji staff pun sakit. Padahal tidak ada penyalahgunaan
duit syarikat?
Fenomena di mana penyata kewangan
syarikat menunjukkan angka keuntungan yang tinggi tetapi syarikat tiada duit
dalam bank, kes begini banyak berlaku dalam syarikat yang menjalankan trading
secara kredit.
+ Barang laku. Stok keluar laju. Angka
jualan tinggi. <--- Angka ini yang menjadi angka keuntungan dalam penyata
akaun syarikat.
+ Angka jualan tinggi. Tetapi duit tunai
tidak masuk bank! Ini berlaku apabila 'hutang' jualan secara kredit tidak
dikutip. <--- Ini kes di mana angka jualan yang tinggi itu tidak menjadi
duit tunai dalam bank
Dari ABS: Barang Laku tetapi Bisnes Rugi
Peniaga amatur kerap mengalami fenomena
barangnya laku, stoknya habis, tetapi apabila dikira-kira, bisnesnya sebenarnya
rugi.
Salah satu faktor yang menyebabkan
fenomena barang laku tetapi bisnes rugi adalah isu titik-pulang-modal.
Apakah itu titik pulang modal?
Katakanlah.....
+ Margin 1 paket mihun = 10 sen.
+ Kita menggunakan van dan pemandu ke
Shah Alam menghantar mihun ke 1 buah kedai runcit.
+ Kos van, minyak, tol, gaji pemandu =
RM80
Berapa paket mihun kita kena hantar
supaya dapat cover RM80 itu?
Jumlah mihun yang kena dihantar itulah
titik pulang modal bagi 1 penghantaran itu.
Banyak peniaga amatur sangat seronok
apabila ada orang order barangnya. Dia pun cepat-cepat menghantar barangnya.
Banyak yang menggunakan kereta peribadi
bagi menghantar barang kepada pembeli, ataupun ke pejabat Poslaju.
Mereka tidak mengawal kos penghantaran!
Akibatnya margin habis dimakan oleh kos penghantaran....
KEENAM: Fasa pertama bisnes adalah fasa
survival.
Dalam fasa ini kita cuma hendak hidupkan
bisnes. Kalau tak bungkus pun, sudah cukup beruntung!
Fasa ini lazimnya selama 3 tahun. 93%
bisnes bungkus dalam fasa ini!
Dalam fasa survival, jangan gopoh hendak
membesarkan bisnes.
Fokus dalam fasa awal ini adalah
cash-flow, cash-flow, cash-flow….
KETUJUH: Dari ABS: Hutang kawan dan
keluarga.
Asingkan duit syarikat dan duit peribadi:
+ Semua urusan peribadi hendaklah
menggunakan duit peribadi.
+ Semua urusan bisnes hendaklah
menggunakan duit bisnes.
Apabila kawan dan keluarga minta hendak
meminjam duit, berikan duit peribadi.
Jangan usik duit bisnes.
Jika tidak ada duit peribadi yang hendak
diberikan, habis di situ.
Ingat! 90% peratus kawan dan keluarga
yang meminjam tidak membayar balik duit kita.
KELAPAN: Dari ABS: Merompak Syarikat Sendiri
Barangkali kita perasan fenomena begini:
Kedai makan Melayu yang sudah dibuka 2 ataupun 3 tahun, tidak menukar
peralatannya yang sudah lusuh dan buruk.
Pinggan mangkuknya sudah calar-calar.
Sudu dan garpunya sudah bengkok. Kaca gelas dan cawannya sudah kusam.
Tetapi towkay kedai makan itu menukar
keretanya dengan kereta baru!
Salah satu punca bisnes kita terkial-kial
hendak berkembang adalah disebabkan kita merompak duit syarikat kita sendiri.
Akibat rompakan itu, syarikat tidak dapat
menyimpan wang yang diperlukan bagi mengembangkan bisnesnya.
Meskipun kita sudah lama berniaga,
syarikat kita sentiasa dalam keadaan tidak ada duit. Apabila hendak
mengembangkan bisnes, kita asyik tidak cukup modal.
Syarikat kita perlu menyimpan wang tunai
dalam bank.
Wang tunai itu digunakan sebagai cagaran
apabila kita memohon kemudahan bank bagi mendapatkan modal tambahan.
Sebagai contoh, apabila kita mempunyai
wang tunai RM200k, bank boleh meluluskan permohonan fasiliti sebanyak RM300k.
Sentiasa tokok wang simpanan kita.
Semakin banyak wang tunai kita dalam bank, semakin bank berani menaikkan jumlah
fasiliti untuk kita.
Begitulah caranya kita menggunakan wang
bagi membuat lebih banyak wang!
Barulah duit kita mula bekerja untuk
kita.
KESEMBILAN: DIBELIT HUTANG....
Hutang wajib dibayar. Biar
perlahan-lahan, sedikit demi sedikit, asalkan dibayar.
Hutang peribadi, lain. Hutang bisnes,
lain.
Hutang peribadi dibayar menggunakan duit
peribadi.
Hutang bisnes mesti dibayar secara
bisnes!
Ini sangat penting diingat. Hutang bisnes
jangan dijadikan hutang peribadi.
Hutang bisnes jangan dibayar menggunakan
duit peribadi kita. Ini cara yang salah bagi membayar hutang bisnes. Tidak
betul.
Kita mesti mempunyai syarikat yang
aktiviti bisnesnya yang dapat membayar hutang-hutang bisnes kita.
Dengan cara itu staff syarikat kita yang
bekerja kuat bagi membayar hutang bisnes kita!
Ia serupa macam kita membeli bangunan
yang dimiliki oleh syarikat kita. Staff syarikat yang bekerja kuat membayarkan
SEPULUH:APA ITU 'BAYARAN TERTANGGUH'?
Apabila kita membuka bisnes, banyak
bayaran terpaksa ditangguhkan bayarannya.
Sebagai contoh:
Gaji kita sendiri sebagai COO syarikat
adalah RM5k sebulan. Tetapi tiap-tiap bulan syarikat tidak mampu membayar gaji
kita. Jadi, syarikat kita 'berhutang' kepada kita RM5k sebulan.
Bagaimanakah syarikat akan membayar gaji
kita itu?
Kita sendiri mesti bekerja keras membawa
duit masuk. Apabila syarikat ada duit, barulah syarikat dapat membayar sedikit
demi sedikit hutangnya kepada kita.
Saya kongsikan pengalaman saya sendiri
semasa membuka syarikat penerbit buku PTS.
Selama 3 tahun PTS tidak mampu membayat
gaji saya. Saya ditanggung oleh suami yang makan gaji. Masuk tahun keempat,
barulah hutang-hutang gaji saya itu dibayar.... Banyak duit saya!
Banyak orang muda silap di sini. Mereka
tidak ambil gaji disebabkan syarikat tidak mampu membayat gaji.
Mesti ambil gaji. Cuma gaji itu diambil
secara tertangguh!
Rekodkan berapa jumlah hutang yang
syarikat perlu bayar kepada kita. Nanti semangat kita untuk terus bekerja kuat
akan sentiasa tinggi.
Apabila kita tidak ambil gaji, lama-lama
kita patah semangat, maklumlah kita berasa sia-sia bekerja sedangkan gaji tak dapat....
Rujukan: Puan Ainon Mohd, PTS Group