Jangan lakukan 3 perkara di bawah ini.
Ketiga-tiganya bukan berlandaskan analisis data-data dari bisnes kita.
Ketiga-tiganya datang dari ego kita:
+ Jangan jadikan diri kita orang yang
paling genius dalam syarikat. Hanya idea-idea kita sahaja yang digunapakai
dalam syarikat kita.
+ Jangan jadikan diri kita orang yang
paling tahu semua perkara tentang bisnes kita. Kita sahaja yang memberikan
penyelesaian kepada semua masalah dalam syarikat kita. Kita sahaja yang tahu
apa yang bagus untuk syarikat kita.
+ Jangan jadikan diri kita orang yang
paling berkuasa dalam syarikat. Kita sahaja yang boleh memberi kata putus.
Peniaga yang menguruskan bisnesnya dengan
menggunakan gaya towkay tidak percaya kepada peri pentingnya peranan data.
Towkay juga tidak mementingkan sistem
yang dituliskan dalam bentuk SOP-SOP.
Semua sistem dan SOP disimpan dalam peti
memorinya seorang. Dia membuat semua keputusan dengan menggunakan memorinya
sahaja.
Tanpa sistem dan SOP, semua staff perlu
bertanya kepada sang towkay dahulu sebelum membuat keputusan yang remeh-temeh
sekalipun.
Bagaimana cara kita tentukan jumlah gaji
yang layak diterima oleh CEO, COO, CFO dan staff-staff syarikat yang lain?
Adakah Chairman syarikat menerima gaji? Ataupun sekadar elaun sahaja? Jawapan:
Ditentukan oleh Ahli Lembaga Pengarah
Keempat: Bersedia Dipantau
Apabila kita tidak mahu meminjam duit
bank, kita boleh memulakan ataupun mengembangkan bisnes dengan menggunakan duit
pelabur.
Apabila kita mengambil duit pelabur profesional, kita terpaksa menghantar 2 laporan kepada pelabur kita:
1. Laporan bulanan kemajuan bisnes.
Menyediakan laporan ini sangat leceh. Ia
memerlukan sistem simpanan rekod bisnes yang teliti.
2. Laporan bulanan kedudukan kewangan
syarikat.
Laporan ini disediakan dengan mematuhi
format laporan kewangan profesional. Ini bermakna semua dokumen kewangan mesti
lengkap.
Kita juga mesti sanggup ditanya oleh
pelabur berkenaan maklumat yang terdapat dalam 2 laporan itu.
Laporan adalah alat yang digunakan oleh
pelabur profesional bagi memantau bagaimana kita membelanjakan duit mereka.
+ Pelabur profesional bukan mahukan
profit dan dividen.
+ Pelabur mahu tengok duit mereka
dibelanjakan dengan cara-cara yang betul.
Disebabkan pelabur mahukan laporan
bulanan yang tepat, faktor ini sangat membantu bisnes kita sentiasa berada di
atas landasan yang betul
Banyak orang muda tidak suka dipantau.
Mereka mahu bebas menjalankan bisnes mereka.
Kelebihan meminjam duit bank:
+ Apabila kita meminjam duit bank, bank
tidak akan pantau bisnes kita. Kita bebas. Kita tidak perlu menjawab kepada
sesiapa.
+ Bank tidak kisah apa kita buat dengan
duit pinjaman itu. Kita boleh berbelanja ikut suka hati kita. Tiada siapa
persoal kita.
+ Bank tidak peduli apakah kita survive
ataupun kita lingkup. Kita tidak perlu memberi sebarang penjelasan kepada
sesiapa.
Tiap-tiap bulan bank mahu kita bayar
ansuran hutangnya. Yang lain, bank tidak mahu tahu.
Kalau lambat sehari, bank naikkan faedah
pinjamannya. Lama-lama jumlah faedah boleh menjadi lebih besar daripada hutang
pokok!
Di manakah bahayanya duit LOAN?
+ Duit loan adalah duit cash yang
diberikan kepada peminjam. Duit itu selepuk diserahkan kepada orang yang tidak
ada duit! Di sinilah bahayanya.
+ Orang muda belum biasa tengok duit
banyak. Apatah lagi memegang duit banyak. Mudah jadi gelap mata dibuatnya!
+ Kepada orang yang tidak ada duit,
apabila dia tiba-tiba dapat duit banyak, dia boleh menjadi kurang siuman!
+ Jangankan orang muda, orang tua pun
boleh hilang siuman apabila dapat duit banyak!
Hutang pokok RM20k. Selepas bisnes
bungkus, kita tidak mampu men-servis hutang.
Faedah yang tertunggak sudah menjadi
pokok. Sehingga jumlah faedahnya menjadi RM32k.
Jumlah hutang tertunggak RM52k.
Dengan statistik menunjukkan 93% bisnes bungkus dalam tempoh 3 tahun selepas beroperasi, risiko kita terjerumus adalah sangat tinggi.
Ramlee sudah 20 tahun dalam sektor
training. Syarikatnya, DOREMI Consulting PLT menjadi training provider kepada
banyak kementerian, jabatan kerajaan, GLC dan korporat swasta.
Hj. Bakhil mempunyai syarikat yang
memerlukan staffnya supaya belajar membangunkan mobile app untuk bisesnya.
Dia melantik DOREMI Consulting PLT
sebagai kontraktor bagi melatih stafnya dengan yuran servis RM20k.
DOREMI Consulting melantik pula jutera
Ajis sebagai trainer dan sub-kontraktor untuk job itu. Yuran Ajis adalah RM5k.
Semasa menjalankan latihan, Ajis sempat
berkenalan dengan Training Manager Hj. Bakhil. Dia menawarkan, untuk kumpulan
lain, dia sanggup menjalankan training dengan yuran RM10k sahaja. Tidak perlu
melalui DOREMI Consulting.
Ajis tidak tahu bahawa Training Manager
Hj. Bakhil itu dan Ramlee sudah lama berkenalan.
Ramlee dapat tahu dari Training Manager
itu akan percubaan Ajis men-sailang bisnesnya.
Itulah kali terakhir Ajis dapat job dari
DOREMI Consulting.
Padahal DOREMI Consulting sudah lama
dalam pasaran. Senarai kliennya sudah banyak. Kalau dia tidak buat sailang,
memang banyak job sudah menunggu untuknya
Kelapan: Usia bisnes enterprise.
Apakah tuan menjalankan bisnes
menggunakan apa yang selalu disebut sebagai 'syarikat enterprise'?
Dari sudut undang-undang, apa yang
disebut 'syarikat enterprise' itu sebenarnya BUKAN syarikat. Ia adalah suatu
perniagaan yang didaftarkan.
Apakah implikasi berniaga menggunakan
sijil pendaftaran 'enterprise'?
+ Disebabkan 'enterprise' itu BUKAN syarikat, usia pendaftarannya adalah sama panjang dengan usia pemilik pendaftaran itu.
+ Apabila si pemilik perniagaan itu meninggal dunia, tamatlah usia 'enterprise' itu. Sijil enterprise itu tidak boleh digunakan lagi.
+ Apabila pemilik enterprise meninggal
dunia, bank akan bekukan akaun banknya.
Berpuluh-puluh ribu ringgit duit dalam
akaun tak dapat dikeluarkan.
+ Duit dalam akaun itu akan diserahkan
kepada Amanah Raya!
+ Sijil 'enterprise' itu tidak boleh
diwarisi.+ Bisnes yang dijalankan menggunakan sijil 'enterprise' itu tidak boleh diwasiatkan. Kalau diwasiatkan juga, wasiat itu dapat dicabar di mahkamah
+ Syarikat keluarga. Disebut juga sebagai
family-business.
Syarikat jenis ini dimiliki 100% oleh
sesuatu keluarga. Pengurusan harian syarikat juga dijalankan oleh anggota
keluarga itu. Syarikat jenis ini amat sukar bertahan lama dalam pasaran. Pergaduhan dalam keluarga adalah musuh utama survival syarikat jenis ini.
Dalam syarikat jenis ini, majoriti saham dimiliki oleh anggota sesuatu keluarga. Tetapi keluarga itu tidak menguasai pengurusan syarikat.
Mereka melantik barisan pengurus
profesional.
Syarikat jenis ini berpeluang dapat
survive lama dalam pasaran. Malah ia dapat bekembang sehingga menjadi korporat
gergasi.
Kesepuluh: Marketing
Marketing bukan hanya dilakukan oleh
syarikat besar. Semua syarikat perlu melakukan kerja-kerja marketing.
Syarikat yang sudah wujud lama memang
mampu menyisihkan duit khusus untuk aktiviti marketing.
Bagi peniaga yang baru hendak memulakan
bisnes pertama, modal mereka sangat kecil. Mereka start-up yang ikat perut.
Cara-cara marketing untuk start-up tidak
boleh sama dan serupa dengan marketing syarikat yang sudah kukuh.
Kesebelas: Bak kata Steve Jobs
"Memang tak masuk akal apabila kita
ambil orang pandai bekerja, kemudian kita beritahu dia apa dia patut buat.
Sepatutnya, kita ambil orang pandai bekerja supaya dia beritahu kita apa kita
patut buat!"
Tidak semestinya! Banyak orang yang sebelum dia membuka syarikat dan memulakan bisnes, dia mempunyai banyak wang simpanan dan harta.
Selepas dia membuka syarikat dan bisnes,
wang simpanannya habis, hartanya pun terjual dan tergadai."
Ketiga belas; Kesan negatif kehadiran
kaum kerabat ataupun kawan baik dalam syarikat....
ABS tidak menggalakkan langkah mengambil
kaum kerabat dan kawan-kawan baik sebagai rakan-kongsi ataupun sebagai staff
penting dalam syarikat.
Ia bukan suatu perkara yang 'haram'. Ia
setakat 'tidak ideal'. Sesuatu yang tidak ideal pastilah lebih banyak
mudaratnya daripada baiknya.
Antara kesan-kesan negatif mengambil kaum
kerabat dan kawan baik adalah:
+ Kita cenderung mempunyai kepercayaan
palsu bahawa mereka takkan melakukan kesalahan, khususnya kesalahan yang
menyebabkan kerugian kepada syarikat.
+ Disebabkan kepercayaan palsu itu, kita tidak menyegerakan implementasi SOP-SOP kawalan keselamatan kewangan dan inventori.
+ Tanpa implementasi ketat SOP-SOP kawalan kewangan dan inventori, itulah faktor utama yang memudahkan ketirisan dan kebocoran berlaku..
Keempat belas: Fenomena mahu untung sedikit,
tetapi kemudian rugi banyak....
Fenomena ini banyak dialami oleh trader
kecil, khususnya yang belum lama menjalankan bisnesnya. Ia adalah kesilapan
yang banyak berlaku.
Beginilah proses bagaimana ia berlaku....
Hj. Bakhil adalah pengedar yang mengedarkan
banyak produk keluaran syarikat-syarikat lain.
Salah satu produk yang diedarkan oleh Hj.
Bakhil adalah kopi segera buatan Melayu dengan nama "Kopi Duda"
keluaran kilang Ramlee.
Sudin adalah trader kecil. Dia menjadi
pemborong Kopi Duda dari Hj. Bakhil. Sebagai pemborong Sudin menerima 25%
diskaun dari Hj. Bakhil.
Kemudian permintaan untuk Kopi Duda naik
melambung-lambung. Ia sangat laku.
Sudin pun pergi berjumpa Ramlee dan
membeli Kopi Duda terus dari kilang Ramlee. Dia menerima 35% diskaun dari
Ramlee. Di situ Sudin sudah untung 10% diskaun.
Kemudian, Sudin mahu menambah
produk-produk tradingnya. Dia tidak dapat cover semua kos operasinya kalau cuma
mengedarkan Kopi Duda sahaja.
Dia perlu naikkan bisnesnya. Dia perlu
menjual banyak produk-produk lain.
Di manakah Sudin mahu mendapatkan
produk-produk lain?
Hj. Bakhil mempunyai banyak produk-produk
lain. Tetapi, Sudin tidak dapat hendak pergi berjumpa Hj. Bakhil lagi.
Kelima belas: Tentang strategi bisnes....
Strategi adalah alat kerja. Pilih
strategi yang sesuai dengan bisnes kita.
Tidak ada 1 strategi bisnes yang sesuai digunakan untuk semua jenis bisnes. Banyak orang muda keliru berkenaan perkara ini.
Keenam belas: Jangan sekali-kali kita menyewakan ataupun meminjamkan kepada sesiapa pun perkara-perkara di bawah ini:
+ Nama kita dan kad pengenalan kita
+
Nama dan cop syarikat kita + Lesen
+ Permit
+ Sijil
Risikonya sangat serius! .
Apabila jarak emosi terlalu rapat, kita
mencipta hubungan mesra.
Hubungan mesra boleh menyukarkan hubungan
bisnes.
Kita menjadi serba-salah apabila mahu
menyampaikan pandangan dan pendapat bisnes kita, atas nama menjaga hati orang
itu.
+ Hubungan baik. <— Inilah hubungan yang diutamakan dalam dunia bisnes dan dunia profesional.
+ Hubungan mesra. <— Ini hanya untuk kaum keluarga dan sahabat karib.
Kelapan belas : Budaya kerja tetap wujud
di tempat kerja. Sama ada kita suka ataupun tidak.
Asal sahaja ada 2 orang ataupun lebih
bekerja berama, budaya kerja akan tercipta dengan sendirinya.
Di gerai pun ada budaya kerja. Di
restoran pun budaya kerja.
Sebagai entrepreneur, kita perlu rancang
budaya kerja yang macam mana yang kita mahu diamalkan di tempat kerja kita.
Di ABS, budaya kerja yang dipilih adalah
budaya inovasi, agiliti, perubahan dan growth.
Kesembilan belas : Introvert adalah
pemalu, tidak berani bercakap di depan khalayak. Mereka lebih suka duduk dalam
dunianya sendiri.
Mereka hanya selesa berada dengan
orang-orang yang sudah sedia rapat dengan mereka
Dalam dunia bisnes, banyak entrepreneur
yang sangat berjaya adalah introvert.
Otak bisnes mereka tajam. Mereka nampak peluang, dan bijak membuat pilihan serta keputusan.
Yang paling penting, mereka pandai
memilih orang-orang yang memiliki bakat diperlukan apabila membangunkan pasukan
bisnes mereka.
Inilah kelebihan entrepreneur introvert.
Kedua puluh: Idea Bisnes lawan Tim Bisnes
Sebagai orang bisnes, biasalah kalau kita
mempunyai banyak idea-idea bisnes yang bagus-bagus, yang berpotensi membawa
keuntungan.
Orang bisnes memang banyak idea!
Idea-idea bisnes yang bagus adalah modal bisnes yang sangat berharga.
Namun, yang lebih berharga daripada idea
adalah Tim Bisnes kita.
Dengan mempunyai Tim Bisnes yang bagus,
idea bisnes yang biasa-biasa pun dapat menghasilkan banyak keuntungan.
Kedua puluh satu: Apa itu di sebalik
syarikat yang bernama 'ABS Ainon Holdings Sdn Bhd', yang lebih dikenali sebagai
'ABS Holdings' sahaja.
Syarikat ABS Holdings adalah sebuah
syarikat yang berfungsi sebagai 'syarikat Abu Talib'.
Apakah itu 'syarikat Abu Talib'?
Kita kembali kepada sejarah di mana MM
belajar ilmu-ilmu bisnes di sebuah 'sekolah bisnes'.
Di sekolah bisnes itu, businessman yang bernama Abu Talib menjadi mentor-cum-guru bisnes kepada MM yang remaja.
MM belajar di 'Sekolah Bisnes Abu Talib'
itu selama 6 tahun, sejak usia 12 hingga 18 tahun.
'Sekolah Bisnes Abu Talib' adalah sebuah
'syarikat' dan ia juga sebuah 'sekolah bisnes'.
'Sekolah Bisnes Abu Talib' di mana MM
menjadi pelajarnya itu adalah sebuah 'syarikat bergerak'. Sekolah itu bergerak
membawa barang-barang dagangan.
Di sekolah itulah MM belajar teori dan
praktis bisnes dalam sektor commerce, trading, distribusi, serta ekport dan
import.
'Sekolah Bisnes Abu Talib' tidak
memisahkan 2 fasa iaitu:
(a) Fasa belajar ilmu-ilmu bisnes dari
segi teorinya, dan
(b) Fasa menjalankan kerja-kerja bisnes
yang real.Selama 6 tahun MM menuntut di 'Sekolah Bisnes Abu Talib' itu beliau belajar bisnes secara praktikal.
ABS sebagai sebuah sekolah bisnes cuba menghidupkan semula konsep 'Sekolah Bisnes Abu Talib' itu.
'ABS Ainon Holdings Sdn Bhd' adalah
bayangan 'Sekolah Bisnes Abu Talib'. Ia sebuah syarikat yang juga berfungsi sebagai
sebuah sekolah bisnes. Dengan izin Allah.
Kedua puluh dua: Siapakah yang mendukung
bisnes kita?
Orang bisnes yang berjaya, mereka bukan
berjaya atas kekuatan bakat, ilmu, dan semangatnya sendiri, sebagaimana yang
selalu menjadi sangkaan dalam kalangan orang yang tidak berniaga
Peniaga-peniaga yang berjaya adalah
mereka yang mempunyai senarai panjang peniaga-peniaga lain yang mendukung
bisnes mereka.
Disebabkan mereka didukung oleh
peniaga-peniaga lain, mereka ibarat pokok yang mempunyai akar tunjang, sangat
sukar ditumbangkan.
Bisnes mereka bukan hanya sukar tumbang,
malah mudah membesar.
Dalam dunia bisnes, supaya berjaya kita
perlu memiliki strategi dan taktik bagaimana mendapatkan sebanyak-banyak
peniaga lain supaya mereka mahu mendukung bisnes kita.
Sebagai peniaga, kita mungkin kenal
banyak orang, tetapi mereka belum tentu mahu mendukung bisnes kita.
Mereka bukan musuh kita, tetapi meskipun bukan musuh namun mereka tidak mahu mendukung bisnes kita.
Apabila kita memerlukan kerjasama mereka,
mereka tidak berminat membantu.
Jangan sekali-kali kita buat tidak elok
kepada peniaga lain. Kita tidak tahu bila masanya kita akan terpaksa meminta
kerjasama mereka.
Apabila kita buat tak elok kepada peniaga
lain, ia ibarat perbuatan kita mencantas kaki sendiri!
Kedua puluh tiga: Hutang Janda
Businessman
Banyak peniaga Melayu membuka syarikat
enterprise dan menjalankan bisnes menggunakan nama syarikat enterprise itu
dengan tidak mengetahui implikasi undang-undangnya.
+ Kos menubuhkan syarikat enterprise
sangat murah. Hanya RM100 sahaja.
+ Proses mendaftarkan syarikat enterprise
juga sangat mudah dan cepat. 1 hari sahaja.NOTA: Syarikat enterprise bukan syarikat. Ia cuma lesen-berniaga
Di manakah risiko berniaga dengan menggunakan nama syarikat enterprise?
Risikonya adalah dalam kes HUTANG.
+ Dari segi undang-undang, hutang
syarikat enterprise tidak diasingkan daripada hutang peribadi. Hutang syarikat
enterprise adalah hutang peribadi. Di sinilah risikonya.
+ Jika kita SATU orang sahaja yang
memiliki syarikat enterprise itu, kita seorang sahaja yang menanggung
hutang-hutang yang kita ambil atas nama syarikat enterprise itu.
+ Jika kita mempunyai RAKAN-KONGSI dalam syarikat enterprise itu, risikonya sangat berat.
+ Katakanlah kita berkongsi 50-50 modal
membuka bisnes syarikat enterprise itu. Kalau rakan-kongsi kita itu tidak mahu
sama-sama membayar hutang syarikat, maka 100% hutang itu menjadi hutang
peribadi kita.
+ Ah Long, ceti, syarikat finance tidak
peduli siapa yang mengambil pinjaman itu bagi pihak syarikat enterprise. Mereka
berhak menagih hutang itu dari rakan-kongsinya.
Contoh: Isteri dan suami membuka syarikat
enterprise. Suami mengambil hutang atas nama syarikat. Kemudian mereka
bercerai. Suami tidak mahu membayar hutang. Jandanya yang dikejar oleh ah long,
ceti dan bank!
Kedua puluh tiga: Apa tanggungjawab seorang CEO sebuah startup?
2. Tubuhkan pasukan pengurusan yang
terdiri daripada individu-individu yang berbakat, berkebolehan, ber-komitmen.
Kegagalan teruk dalam bisnes tidak
diceritakan.
Balik kepada fakta dan statistik:
+ 93% bisnes ditutup dalam tempoh 3 tahun
selepas mula beroperasi.
+ 80% bisnes yang dibuka dengan
menggunakan modal pinjaman bank dan grant kerajaan berakhir gulung tikar.
Calon pilot pesawat Airbus A380 boleh
belajar menerbangkan pesawat itu di dalam bilik flight simulator dibimbing oleh
seorang jurulatih.
Dalam bisnes, bilik simulator-nya adalah dengan berkuli dalam syarikat sebenar. Bukan dalam dewan kuliah, kursus dan seminar
Kedua puluh enam: Pandai Berniaga lawan Pandai Bersyarikat
Bagi menerangkan perbezaan antara ‘pandai
berniaga’ dan ‘pandai bersyarikat’, kita gunakan contoh ini:
Sudin pandai membuat satay. Lalu dia pun mengeluarkan modal RM200 sehari membuat satay.
Malam-malam dia sendiri membakar satay dan menjual satay. Tiap-tiap malam sataynya habis terjual.
Keuntungan kasar setiap malam adalah
RM120.00
Besok pagi dia membeli daging dan ayam
lagi, mencucuk satay lagi, malam-malam dia membakar satay lagi.
Begitulah Sudin berniaga satay. Sudah 3
tahun dia berniaga.
Sudin adalah contoh orang yang pandai
berniaga satay. Tetapi sudah 3 tahun bisnes sataynya masih macam itu juga. Dia
tidak pandai berniaga dengan cara bersyarikat.
Rangkaian restoran Satay Kajang Hj.
Samuri adalah contoh peniaga satay yang pandai berniaga dengan cara
bersyarikat.
Banyak peniaga Melayu, apabila dia
memulakan bisnes, dia tidak mahu membeli orang. Tetapi dia membeli kenderaan!
Tanpa mahu membeli orang, dia sanggup
membuat semua kerja bisnesnya sendiri. Bekerja sorang-sorang, teruk-teruk,
mengalahkan kerbau yang bekerja di bendang.
Beginilah cara dia berfikir: Selagi dia
dapat membuat semua kerja, dia akan buat semua kerja. Jadi, dia dapat jimatkan
kos. Kos yang dijimatkan itu menjadi sumber keuntungan.
Dalam perancangannya, dia mahu kumpulkan duit dahulu, kemudian apabila kerja sudah banyak sampai tak terbuat sendiri, dan duit pun sudah banyak untuk membayar gaji, barulah dia mahu ambil pekerja.
Dapatkah kita menjalankan bisnes jika
kita tidak mahu membeli orang? Orang adalah modal bisnes yang sangat penting.
Jangan terus beli graduate. Graduate mahal. Beli lepasan diploma. Beli lepasan SPM pun boleh.
Jangan terus mahu beli orang yang sudah
ada pengalaman. Mereka mahal. Beli yang tidak ada pengalaman pun boleh.
Kedua puluh lapan: Pandai Berkawan lawan
Pandai Bekerjasama
Tip: Apabila memilih rakan-kongsi dan
staff, pilih calon yang sangat pandai bekerjasama. Tidak mengapa jika bakat
teknikalnya rendah sedikit.
Pandai bekerjasama lebih penting daripada
pandai bekerja.
Dua skill sosial ini berbeza. Individu
yang amat pandai berkawan-kawan belum tentu dia pandai bekerjasama, khususnya
bekerjasama sebagai anggota kumpulan yang panjang hayatnya.
Contoh kumpulan yang panjang hayatnya:
+ Tim kerja di tempat kerja
+ Tim parti politik+ Tim persatuan
Lebih banyak orang memiliki skill
berkawan-kawan daripada skill bekerjasama dalam kumpulan yang panjang hayatnya.
+ Mereka popular. Mereka cepat mesra.
Baru kenal sekejap, sudah berasa macam kenal lama.
+ Mereka banyak kenalan. Ke mana mereka pergi, ada sahaja orang yang kenal mereka.
+ Orang-orang lain suka duduk minum-minum
di meja kopi dengan mereka sambil berbual-bual dan berketawa.
Tetapi di tempat kerja dan dalam
persatuan dan parti, mereka tidak diterima oleh kumpulan.
Skill bekerjasama dalam kumpulan sangat
berkait rapat dengan kejayaan dalam kerjaya profesional, dan dalam bisnes.
Banyak individu yang rendah skill
bekerjasamanya tidak tahan bekerja di bawah seliaan ketua.
+ Mereka tidak pandai menjadi orang
bawah.
+ Mereka banyak berkonflik pendapat
dengan ketua.
Kemudian mereka berhenti kerja dan
membuka bisnes sendiri.
Dalam menjalankan bisnesnya sendiri,
mereka mengalami banyak masalah hubungan kerja dengan staff.
Banyak individu yang berjaya sebenarnya mereka itu tidak berapa pandai berkawan-kawan. Kawan mereka tidak banyak.
+ Mereka introvert.
+ Mereka pemalu.
Tetapi mereka sangat pandai bekerjasama.
Ke mana-mana mereka pergi, orang lain suka bekerja dengan mereka.
Apabila mereka membuka bisnes, staff
mereka suka bekerja dalam syarikatnya
Kedua puluh Sembilan: Membangunkan TEAM
Bisnes
Apabila kita membuka syarikat dan
membangunkan bisnes, secara automatik kita adalah CEO syarikat kita.
Sebagai CEO syarikat kita sendiri, kita
mesti mempunyai TEAM.
Siapakah yang layak dianggap sebagai TEAM
kita?
TEAM kita adalah individu-individu dalam
syarikat kita yang sentiasa kita bawa berunding, yang pendapatnya kita minta,
sebelum kita membuat sesuatu keputusan bisnes.
+ Pilih anggota Team kita sejak awal-awal
kita memulakan bisnes. Semakin cepat kita melantik Team, semakin bagus.
+ Pilih Team kita selepas satu, satu. Jangan pilih semua serentak.
+ Anggota Team kita boleh terdiri
daripada rakan-kongsi, boleh juga dari kalangan staff.
+ Pilih orang yang memiliki kelebihan
yang tidak ada pada diri kita. Seandainya kita tidak pandai marketing, ambil
orang yang pandai marketing.
+ Jangan pilih orang yang lebih pandai daripada kita dalam perkara yang kita sendiri sudah pandai.
Seandainya kita pandai menjual, jangan
ambil orang yang lebih pandai menjual dibandingkan dengan kita sendiri.
+ Jangan ambil orang yang sangat pandai
bekerja, melainkan orang itu juga pandai bekerjasama dengan orang-orang lain.
Banyak orang yang sangat pandai bekerja
tetapi dia banyak bergaduh dengan rakan-rakan sekerjanya. Jangan ambil orang
macam itu.
+ Jangan ambil eksekutif yang sangat
berjaya dalam syarikat gergasi. Mereka tidak pandai bekerja dalam syarikat
kecil.
+ Cari orang-orang yang pandai
mengembangkan bisnes kecil kita, dan mereka pandai membesarkan syarikat kecil
kita.
Ketiga puluh : Model Bisnes Canvas (BMC) Model
bisnes adalah ibarat tasik dan kolam.
+ Ada model bisnes yang umpama tasik besar.
+ Ada model bisnes yang umpama kolam
kecil.
Ada business model yang memang dari
semula saiznya kecil. Dan saiznya akan kekal kecil. Saiz bisnes itu tidak dapat
dikembangkan.
Sebagai contoh: Kita membuka bisnes booth
burger di mana kita juga yang menjadi operatornya.
Jika itulah model bisnes kita, maka
begitulah bisnesnya. Kita takkan dapat membesarkan bisnes burger kita.
Dalam model bisnes itu, kita adalah
pengusaha, kita juga menjadi operator booth.
Apakah kita terperangkap dalam model
bisnes yang saiznya memang kecil?
Sudah sampai masanya kita duduk di bawah
pokok dan berfikir…. Sampai bila kita mahu terperangkap dalam model bisnes
sekarang
Ketiga puluh satu: Kita berniaga sebab
mahukan kebebasan. Jangan kita menjadi hamba kepada duit orang lain.
Itulah yang akan berlaku apabila kita
mengambil duit modal dari pemodal yang amatur. Kita jadi hamba kepada duit
orang.
Pemodal amatur adalah orang yang
mempunyai duit tunai, dan mereka mahu membuat keuntungan cepat.
Ada pemodal amatur yang meminta dividen
tiap-tiap hujung bulan!
Dalam Akta Syarikat, dividen dibayarkan kepada pemegang saham setahun sekali.
Bertanyalah kepada mereka yang pernah
melakukan kesilapan menerima duit dari pemodal amatur.
Betapa tertekannya jiwa mereka dibuat oleh perangai pemodal amatur yang tidak tahu bagaimana realiti dunia bisnes beroperasi.
Ketiga puluh dua : Fenomena anak muda
termakan cakap buaya yang mengajak dia terjun masuk sungai....
Di luar sana, banyak orang memberikan
nasihat-nasihat percuma kepada anak-anak muda tentang cara-cara buat bisnes
yang cepat untung dan untungnya sangat besar pula.
Anak-anak muda itu baru lepas belajar di
IPT. Mereka memang masih fakir-ilmu-bisnes. Nasihat buaya pun mereka percaya
sebagai nasihat yang betul.
Mendengar nasihat percuma si buaya, lalu
mereka terjun ke dalam sungai. Kenyanglah si buaya!
TANYA: Siapa-siapakah 'buaya-buaya' itu?
JAWAB: Sesiapa yang mendapatkan
keuntungan kewangan daripada orang-orang yang menerima nasihat bisnes yang
diberikannya secara percuma itu.
Contoh buaya:
+ Wakil syarikat francaisor yang memberi
nasihat percuma kepada anak-anak muda supaya membuka bisnes francais.
+ Wakil kilang OEM yang memberi nasihat percuma kepada anak-anak muda supaya mengeluarkan sendiri produk kesihatan, kelangsingan, kecantikan secara OEM.
+ Kontraktor bangunan rumah burung walit
yang memberi nasihat percuma kepada anak muda supaya membuka bisnes pengeluaran
sarang burung.
+ Pemilik traktor back-hoe yang memberi
nasihat percuma kepada anak muda supaya membuka bisnes pengeluaran ikan keli,
ikan talipia, udang, menggunakan kolam-kolam.
+ Kontraktor pembinaan kandang ternakan
yang memberi nasihat percuma kepada anak muda supaya membuka bisnes menjual
susu kambing segar.
NOTA tambahan: Orang pencen, orang
pesara, orang VSS pun dalam kategori yang sama dengan anak-anak muda.
Dunia bisnes memang 'tidak adil'. Ada orang yang menikmati kelebihan-kelebihan yang tidak diberikan kepada orang-orang lain. Ini sangat tidak adil.
Contoh-contoh 'unfair advantage' dalam
dunia bisnes:
+ Ada anak muda yang dilahirkan dalam
keluarga bisnes turun-temurun.
Setiap hari dia mendengar wacana bisnes
di rumahnya. Dari kecil mereka sudah dididik supaya memahami logik-logik
bisnes.
Manakala banyak anak muda dilahirkan
dalam keluarga makan gaji ataupun petani dan nelayan.
+ Ada orang muda yang mendapat
rakan-kongsi yang sudah kukuh bisnesnya.
Manakala banyak anak muda berpartner
sesama mereka yang sama-sama miskin dalam modal wang, dan fakir dalam modal
ilmu bisnes.
> ABS cuba mencipta 'unfair advantage'
untuk anak-anak muda yang berkuli di ABS dengan memperkenalkan Skim SBSB (skim
berkuli sampai berpartner).
+ Ada anak-anak muda yang terselamat daripada membayar cukai kebodohan. Seringgit pun mereka tidak membayar cukai kebodohan itu.
Manakala banyak anak muda harus membayar cukai kebodohan sampai ratusan ribu ringgit.
> ABS cuba mencipta 'unfair advantage' untuk anak-anak muda yang diambil sebagai junior partner dengan tidak mengizinkan mereka meminjam dari bank, sebaliknya menyediakan modal dari pelabur-Khadijah ABS.
Ketiga puluh empat: Apa itu marketing?
+ Jika kita membuka kedai gunting,
marketing adalah memberitahu orang yang mempunyai rambut di kepala mereka
bahawa kedai gunting kita wujud. Supaya lain kali, apabila mereka mahu memotong
rambut, mereka sudah tahu di mana kedai gunting kita.
+ Jika kita menjual sambal hitam Rompin
dalam internet, marketing adalah memberitahu pengguna internet yang mencari
sambal hitam Rompin bahawa kita ada menjual sambal hitam Rompin. Mereka boleh
beli sambal dari kita.
+ Jika kita menjalankan bisnes servis
menghapus anai-anai, marketing adalah memberitahu penduduk dalam zon pasaran
kita bahawa kita wujud dan kita dapat menyelesaikan masalah anai-anai mereka.
Ketiga puluuh lima: Risiko menjadi
penjamin pinjaman bank.
Apabila syarikat sendirian berhad memohon
pinjaman bank, semua ALP syarikat itu akan dipaksa oleh bank supaya menandatangani
dokumen persetujuan menjadi penjamin ke atas pinjaman itu.
Jaminan itu adalah secara
jointly-and-severally. Ini memang ditulis begitu dalam dokumen perjanjian.
Senang cakap, maksud penjamin
jointly-and-severally adalah begini….
+ Kalau bisnes syarikat itu lingkup, lalu
syarikat gagal membayar hutang bank, maka semua ALP sama-sama bertanggungjawab
membayar hutang itu.
+ Kalau ada ALP yang cabut lari dan
pindah rumah sampai sukar dikesan oleh bank, ataupun pindah ke luar negara, sebab
dia tidak mahu membayar hutang bank itu, maka ALP-ALP yang lain akan
bertanggungjawab membayar semua hutang itu.
+ Kalau semua ALP cabut lari, pindah
rumah, pindah ke bandar lain, tinggal kita seorang sahaja ALP yang dapat
dikesan oleh bank, maka bank akan paksa kita seorang diri membayar semua hutang
itu.
Ketiga puluh enam: Bergilir-gilir
mengalah....
Apabila kita berniaga secara bersyarikat,
kita tidak boleh ada perangai macam towkay. Towkay adalah orang yang suka
menang.
Dalam budaya bersyarikat, kita berniaga secara
berpasukan.
Dalam budaya berpasukan, pasukan mesti
menang. Kita kalah, tidak apa-apa.
Supaya pasukan kukuh dan stabil, skill
yang sangat diperlukan adalah skill bergilir-gilir mengalah.
+ Lain kali Sudin pula mengalah, biar
idea Ajis diterima oleh semua ALP.
+ Lain kali lagi, Ajis pula yang
mengalah, biar idea Ramlee yang dirasakannya idea itu idea yang comot, diterima
oleh semua ALP.
Memberi peluang kepada semua orang berasa
dia menang adalah lebih penting daripada memilih idea yang terbaik.
Terima dulu idea yang comot itu, besok
lusa, idea itu boleh dibaiki, ataupun dimesyuaratkan semula, dan digantikan
dengan idea yang lebih cantik.
Chairman ALP perlu bercakap begini:
"Baiklah! Kita terima cadangan Tuan Sudin. Kita cuba jalankan idea beliau.
Kita tengok kemajuannya. Jika bagus, kita teruskan. Jika ada yang kekurangan,
kita baiki."
Yang lebih penting, semua ALP terus
bersemangat dan sanggup bekerja keras mahu mengembangkan bisnes dan membesarkan
syarikat!
Ketiga puluh tujuh : Apakah itu yang
dikatakan 'menurunkan kuasa'?
Banyak peniaga mahu menurunkan kuasa
kepada staff, tetapi mereka tidak berani. Mereka takut nanti staff akan
menyalah-gunakan kuasa.
Cara menurunkan kuasa adalah dengan
menggunakan SOP-SOP. Serahkan kuasa kepada staff bersama-sama dengan SOP-SOP
kerja.
Jangan turunkan kuasa dengan cakap mulut
sahaja. Itu macam kita serahkan blank cheque kepada staf!
Ketiga puluh lapan: Bergaduh,
berpecah-belah, dan bercerai-berai antara sesama rakan-kongsi syarikat bukan
perkara yang jarang berlaku.
Peniaga yang pandai berniaga secara solo,
dengan gaya towkay, belum tentu pandai berniaga secara rakan-kongsi.
Apabila berniaga secara solo, kita bebas
membuat semua keputusan. Kita tidak perlu berpakat dengan sesiapa. Kita bebas
ikut suka kepala kita.
Apabila kita berniaga secara bersyarikat,
Akta Syarikat 1965 mengawal cara-cara kita membuat keputusan!
Jika kita tidak ikut prosedur membuat
keputusan sebagaimana yang ditetapkan di bawah Akta Syarikat, keputusan itu
tidak sah.
Keputusan yang dibuat dengan tidak ikut
prosedur Akta Syarikat 1965 memang berisiko akan menyebabkan sesama
rakan-kongsi bergaduh, berpecah-belah, bercerai-berai dan mungkin bermusuh.
Ketiga puluh Sembilan: Apa itu ‘sunk
cost’?
Sesuatu bisnes menjadi ‘bad investment’
apabila kita mula menanggung ‘sunk cost’, yakni ‘kos karam’.
Kapal itu memang akan karam. Semua
tanda-tanda yang ada menunjukkan kapal akan karam, tetapi kita masih cuba
menyelamatkan kapal itu.
+ Kita ambil loan baru. Loan sudah bertambah banyak. Loan lama pun tidak dapat diservis, sekarang kita tambah loan lagi.
+ Duit loan itu digunakan bagi meneruskan
bisnes yang menuju era lingkup.
Hasilnya, apabila bisnes itu lingkup
juga, diri kita menanggung banyak hutang. Kita pun muflis.
Lazimnya, dorongan mahu menyelamatkan
kapal yang akan karam itu adalah dorongan emosional.Kita meletakkan nilai emosi yang sangat kuat terhadap bisnes itu, sehingga sukar bagi kita hendak membubarkan sahaja bisnes yang pastinya akan bungkus juga.
Dalam bisnes, jangan gunakan emosi.
Bahaya!
Keempat puluh: Syarikat enterprise.
<—- Kaya tetapi tidak kaya-raya.
Ambil senario ini….
Tuan menjalankan bisnes menggunakan
‘syarikat enterprise’.
Bisnes tuan dalam keadaan bagus. Produk laku.
Jualan setiap bulan melebihi RM50k.
Dalam akaun bank ‘syarikat enterprise’
tuan, jumlah wang tunai melebihi RM300k.
Tuan mahu membeli rumah kedai 4 tingkat
di Selayang yang berharga RM2.1j.
Apakah bank akan memberi pinjaman kepada ‘syarikat enterprise’ tuan bagi membeli rumah kedai itu?
Sebelum meluluskan permohonan pinjaman tuan itu, bank mahukan 3 dokumen ini:
1. Akaun bank selama 6 bulan terakhir.
Syarikat enterprise boleh menunjukkan akaun bank selama 6 bulan terakhir. No problem! Akaun bank tuan memang setiap bulan menunjukkan jumlah positif.
2. Laporan kewangan teraudit selama 3
tahun terakhir.
Tuan tersangkut di sini! Syarikat enterprise tidak mempunyai laporan kewangan teraudit!
3. Dokumen persetujuan ahli lembaga
pengarah (ALP) menjadi penjamin peribadi kepada pinjaman syarikat.
Tuan tersangkut di sini. Syarikat
enterprise tidak mempunyai ALP.
NOTA: Apa yang selalu disebut 'syarikat
enterprise' itu bukan syarikat. Ia cuma lesen-niaga. Ia adalah sijil
pendaftaran perniagaan.
Rujukan: Ainon Mohd, PTS Group
25 Mei 2015