+ Pemegang ijazah bidang accounting.
Mereka dilatih menjaga duit syarikat. Kalau syarikat ada duit, mereka akan jaga
duit itu.
+ Pemegang ijazah bidang finance. Mereka
dilatih mengembangkan kewangan syarikat. Kalau syarikat tidak ada duit, mereka
dapat carikan duit itu!
Kedua: Banyak peniaga memang tidak
menyangka wujudnya 2 cara kerja yang sangat berbeza:
1. Kerja-kerja membuka bisnes.
Ini kerja meneroka, membuka, dan menebas
hutan. Banyak orang dapat melakukan kerja-kerja membuka bisnesnya.
Ini kerja individu yang memiliki bakat
entrepreneur.
2. Kerja-kerja mengembangkan bisnes.
Ini kerja berkebun.
Ini kerja sangat lain daripada kerja
membuka dan menebas hutan. Orang yang pandai membuka hutan belum tentu pandai
berkebun. Begitu juga sebaliknya.
Ilmu-ilmu dan skill yang digunakan dalam
proses mengembangkan bisnes adalah sangat lain daripada ilmu dan skill meneroka
hutan.
Kerja-kerja berkebun adalah kerja
individu yang memiliki bakat intrapreneur.
Banyak peniaga Melayu membuka bisnesnya.
Kemudian dia juga yang mahu mengembangkan bisnesnya.
Dia tidak mahu menyerahkan kerja-kerja
mengembangkan bisnesnya kepada orang lain, baik kepada rakan-kongsinya ataupun
kepada staffnya.
Hasilnya, bisnesnya kembang, kuncup,
kembang, kuncup….
Ketiga: Jangan ambil orang yang sangat
dipercayai kejujurannya sebagai pengurus duit syarikat kita!
Orang itu mungkin adik beradik kita
sendiri, kaum kerabat sendiri, kawan baik sendiri, malah mungkin juga isteri
sendiri.
Apabila kita melantik orang kepercayaan
menjaga duit syarikat, akibatnya kita berasa tidak perlu menggunakan SOP-SOP
kawalan keselamatan duit syarikat.
Tanpa SOP-SOP itu, kita membuka pintu
kepada berlakunya risiko ketirisan dan kebocoran duit syarikat.
Keempat: Kesan positif budaya pengurusan jimat-cermat:
+ Duit yang terbatas memberi tamparan
kepada otak yang selesa supaya berfikir di luar kotak.
+ Budaya jimat-cermat memaksa para pengurus supaya meningkatkan skill-skill mengurus dan membelanjakan duit para pelabur dengan cara-cara yang amat berkesan.
+ Tanpa mempunyai duit yang banyak, staff
lebih terdorong supaya bekerja dalam mood saling bantu membantu dan secara
berpasukan.
Kelima: Bagaimana Mula Menyediakan Sistem
dan SOP
+ Mula-mula tulis senarai fungsi-fungsi yang dijalankan dalam bisnes kita.
+ Pilih fungsi-fungsi yang dapat
disistemkan sahaja. Contohnya: Cara menjawab telefon, cara membuat panggilan
mengutip hutang invois, cara penghantaran stok dll.
+ Pilih fungsi mana yang paling penting
disistemkan lebih dahulu, mana yang boleh disistemkan kemudian.
+ Duduk dengan staff yang menjalankan
kerja itu. Sama-sama buat SOP kerjanya.
+ Buat SOP untuk jam pertama setiap hari,
untuk staff peringkat pengurusan. Apa mereka mesti buat pada jam pertama,
tiap-tiap hari.
Sistem dan SOP sangat penting dari 2
sudut:
1. Dengan adanya SOP, apabila berlaku
masalah, masalah itu dapat dikenalpasti dengan lebih cepat, dan lebih tepat.
Masalah itu dapat diselesaikan dengan efisien.
2. Apabila muncul peluang-peluang baru,
kita dapat mengambil peluang-peluang itu dengan lebih pantas.
Keenam: Mengapa staff yang berbakat tidak
lama bekerja dengan kita:
1. Mereka tidak seronok menjalankan
tugas-tugas harian mereka. Tidak ada perkara baru yang mereka pelajari. Tidak
ada cabaran baru. Tidak ada masalah baru.
2. Mereka tidak nampak pendapatan mereka
dapat meningkat sebagaimana yang dimahukan.
3. Mereka berasa bakat mereka tidak
berkembang.
4. Mereka berasa syarikat tidak akan pergi jauh.
+ Duit. <--- Ini lain. Banyak orang
muda fikir dia perlukan duit bagi memulakan bisnesnya. Ini tidak betul.
+ Akses kepada duit. <--- Ini lain.
Ini lebih penting daripada duit!
Perbezaan 2 perkara ini yang banyak orang
muda tidak tahu.
Apabila mereka mencari modal bisnes,
mereka mencari duit. Lalu di hujung jalan, mereka pergi ke bank. Kerana bank
adalah tempat mendapatkan duit.
Dalam bisnes, yang lebih diperlukan
berbanding duit adalah AKSES kepada duit.
Akses kepada duit tiada kaitan dengan
bank!
+ Apabila kita menjadi menantu orang
kaya, kita mempunyai akses kepada duit orang kaya itu.
+ Apabila kita berpartner dengan
rakan-kongsi yang kaya, kita mendapat akses kepada duit rakan-kongsi itu.
+ Apabila kita membuka anak syarikat di
bawah syarikat holding yang kaya, kita mempunyai akses kepada duit syarikat
holding itu.
"Permudahkan staff menjalankan
kerjanya."
Kesembilan: 2 model menetapkan harga:
Model 1. Buat produknya dahulu. Kemudian kira berapa kosnya. Kemudian tetapkan berapa margin yang kita mahu. Barulah ditetapkan harga jualannya. Kalau mahal kos pengeluarannya, mahallah harga jualannya.
Model 2. Sebelum apa-apa, fikirkan berapa
harga yang pembeli sanggup bayar. Jadikan itu harga jualan. Kemudian baru dibuat
produknya. Cari jalan supaya kos pengeluaran dapat diturunkan.
Kesepuluh: Menyelesaikan masalah:
+ Panggil 2 atau 3 orang staff penting.
Ajak mereka sama-sama berfikir sambil minum kopi.
+ Minta mereka cari jalan bagaimana masalah itu dapat diselesaikan dengan tidak memerlukan tambahan perbelanjaan.
Selalulah ulang-ulang berkata begini
kepada staff:
+ "Apa bagusnya kita buat cara kerja
sekarang ini?"
+ "Apa untungnya kita belanjakan
duit untuk perkara ini?"
Keduabelas: Dalam hasil kajiannya yang dilaporkan dalam
bukunya 'Think Big, Act Small', Jason Jennings mendapati syarikat-syarikat (di
US) yang mengamalkan budaya pengurusan jimat-cermat menghasilkan lebih banyak
inovasi.
Ketigabelas: Dengan wujudnya teknologi
digital, orang bisnes tidak dapat duduk senang. Tidak ada bisnes yang tidak
dipantau oleh orang-orang lain, termasuk bisnes kita sendiri.
Orang-orang lain mahukan duit kita juga!
Semuanya berlaku dengan begitu pantas.
Sebaik-baik hidung mereka dapat menghidu kita sedang buat banyak duit, mereka
percaya mereka pun boleh dapat duit yang sama banyak, ataupun lebih banyak
lagi.
Lalu mereka berebut-rebut melakukan apa
yang kita lakukan.
Internet membolehkan sesiapa sahaja
menghidu duit kita!
KEEMPAT BELAS: ILMU MARKETING
Saya pernah menulis berkenaan bagaimana
American Express dapat mengenalpasti pasti dengan tepat pemegang kadnya yang
sudah berkahwin dan sedang menyimpan affair dengan perempuan lain.
Malah, American Express dapat meramalkan
dengan hampir tepat siapa-siapa dalam kalangan pemegang kadnya yang akan
membuat permohonan perceraian dalam tempoh 12 bulan akan datang!
Ramalan American Express itu adalah
berdasarkan rekod-rekod pembayaran yang dibuat oleh pemegang kadnya.
Kelima belas : Kayu Golf dan Strategi
Marketing
Menjalankan marketing ada persamaan dengan orang bermain golf. Mereka mempunyai banyak jenis club pemukul bola golf. Mereka belajar menggunakan tiap-tiap club.
Mereka tukar-tukar dan pilih club
mengikut keadaan padang di mana bola itu dipukul.
Tidak ada pemain golf yang bermain dengan satu club sahaja.
Strategi marketing adalah alat kerja.
Kita perlu belajar secara umum pelbagai jenis strategi marketing.
Jangan hanya belajar 1 jenis strategi.
Ini tidak betul. Pilih strategi yang sesuai dengan bisnes kita.
Tidak ada 1 strategi bisnes yang sesuai
digunakan untuk semua jenis bisnes, dalam semua situasi.
Banyak orang muda keliru berkenaan
perkara ini.
Tiap-tiap guru marketing mengajarkan
strategi marketing yang mereka pilih.
Kita perlu membaca banyak buku marketing,
supaya kita belajar banyak jenis strategi marketing.
Ini sama dengan pemain golf membeli
banyak club golf. Mana ada pemain golf yang belajar bermain dengan 1 batang
club sahaja....
Keenam belas: Bab hutang. Tuan Syaiful
Lizan menulis....
"Biar bergaduh, duit kita ada di
tangan kita.... Jangan bergaduh, duit kita ada di tangan orang."