Saturday, 17 January 2015

Hot Air Balloon Fiesta Putrajaya @ 12-15 March 2015

Hotel terbaru...merancakkan industri pelancongan Port Dickson sebagai Pantai Peranginan Negara



Sarapan Pagi @ Kelab Tasik Putrajaya

Senarai Penipuan Syarikat Telco Didedahkan PPIM

Bermula dari khidmat perayauan antarabangsa, sehinggalah kepada kehilangan baki kredit tanpa sebab yang munasabah, ianya didedahkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam sidang media berkaitan isu caj-caj melampau di ibu negara.

Tindakan syarikat telekomunikasi yang dilihat tidak telus dalam urusan perkhidmatan data internet disifatkan satu penipuan yang harus ditangani segera oleh kerajaan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai berkenaan hal berkenaan dan ia dilihat semakin berleluasa.

Telco juga mengamalkan bentuk perniagaan yang tidak sihat dalam pelan perniagaan data yang ditawarkan mereka.

Menurut beliau lagi, apa yang dialami para pengguna kini merupakan satu bentuk penipuan telco dan ada kes juga di mana pelanggan melanggan data tetapi langsung tidak menerima perkhidmatan seperti yang dijanjikan.

“Itu penipuan lah tu, patutnya jika pelanggan melanggan 3 gigabyte (GB) patutnya tiga, dapatnya 1.5GB kadang-kadang tidak dapat langsung, orang pun marah pilih syarikat telekomunikasi lain tetapi perlu menandatangani kontrak selama dua tahun.

“Jika ada pengguna tidak bayar, tiap-tiap bulan dikenakan penalti pula setiap bulan RM50… Akhirnya ada pengguna sampai perlu membayar RM20,000 lebih bermula daripada hanya RM200 yang tidak dibayar,” katanya.

Berikut antara penipuan syarikat TELCO yang didedahkan Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan.
Perayauan Antarabangsa (Roaming) - Caj sehingga mencecah RM80,000 selepas berada di luar negara tanpa mengetahui wujudnya perkhidmatan berkenaan, bila dibuat aduan kepada syarikat telekomunikasi (TELCO), pihak TELCO mendakwa perkhidmatan itu memang sudah tersedia di dalam langganan.
Kehilangan Kredit Pra-Bayar - Syarikat TELCO mengambil sejumlah kredit daripada akaun pengguna atas sebab perkhidmatan data internet harian padahal, pelanggan itu sudahpun membuat langganan untuk data internet secara bulanan, selepas membuat aduan, barulah jumlah kredit berkenaan dikembalikan semula, jika tidak dibuat aduan, kredit berkenaan akan hilang. Bayangkan berapa banyak kes kehilangan kredit sebegitu tidak yang tidak dibuat aduan.
Pelan Data Internet - Pelanggan yang memohon langganan 3 Gigabyte (3GB) contohnya, tetapi hanya mendapat 1.5GB dan ada aduan yang diterima PPIM, tidak menerima apa-apa langsung langganan.
Kesahihan Baki Data Internet - Pakej data internet yang dilanggan 3GB didakwa sudah habis digunakan oleh syarikat TELCO biarpun selepas hanya beberapa hari dilanggan, untuk terus menggunakan data internet.
Penalti Bayaran Lewat - Ada aduan diterima PPIM, pelanggan syarikat TELCO terpaksa membayar sehingga RM20,000 akibat penalti RM50 sebulan yang dikenakan syarikat TELCO bermula daripada jumlah RM200 yang tidak dibayar.
Panggilan Tidak Berjawab - Panggilan pelanggan syarikat TELCO jika tidak dijawab, ianya tetap akan dicaj biarpun tidak sampai satu saat.
Caj Melampau Tidak Munasabah TELCO - Caj untuk mendengar pesanan suara (voicemail), caj untuk menerima bil dicetak dan caj untuk mendapatkan bil terperinci.
Mesej Berbayar Yang Tidak Dilanggan - Tambahan kepada penipuan syarikat TELCO di Malaysia seperti yang dialami oleh SP sendiri, kredit sebanyak RM1 akan dipotong selepas membuka mesej yang dihantar oleh penyedia rangkaian sedangkan tiada langganan pernah dilakukan. Kejadian hanya disedari selepas berbulan-bulan menerima mesej beberapa kali seminggu. Sial punya selkom..
Siapa Pantau Kesahihan Penggunaan Data?
Mudah untuk syarikat telekomunikasi (Telco) sekadar menghantar SMS memberitahu kita sudah habis guna dan sila beli lagi kalau nak guna lagi. Nampak macam kaedah marketing untuk perah duit pelanggan sendiri.
Kalau perkiraan data yang dirakam dalam telefon bimbit dikatakan tidak sama dengan jumlah yang dikira syarikat telekomunikasi (Telco), maka siapa yang harus dipercayai untuk memastikan pengguna mendapat jumlah data yang tepat seperti yang dijanjikan?
Di mana pengguna hendak periksa dengan tepat dan dipercayai jumlah yang telah mereka gunakan?
Untuk berlaku adil kepada kedua-dua pihak yakni pengguna dan telco agar tidak wujud sebarang syak wasangka atau curiga, maka satu mekanisme pemantauan bebas perlu diwujudkan.
Pelanggan harus ada cara untuk mengetahui jumlah sebenar penggunaan dan bukannya bergantung kepada kata-kata telco semata-mata."
Bukan kita dah lama cakap ke bende ni semua dalam ONEXOX ...
Mcm ni la tak payah la nak buruk burukkan perniagaan orang lain ( kekekekeke) Jom bersama kami di ONEXOX
Anda pasti tidak akan tertipu dgn iklan iklan merapu , anda pasti merasakan penjimatan yg ketara , anda pasti dpt menggunakan INTERNET BERKELAJUAN TINGGI tanpa sekatan , Anda boleh memeriksa baki data anda , Anda tidak akan kehilangan kredit ... Tapi nak bagi semua ni kita tak mampu nak keluar tv dan billboard ..membazir je tu ..boleh hubungi DEALER DEALER kami yg semakin besar jumlahnya di MALAYSIA ...

Selamat Berjimat
 
Rujukan: CEO ONEXOX, ARIE SYAM