Pages

Saturday 28 December 2013

Putrajaya Lighting Festival 31 Disember 2013

 
Penginapan, hubungi Puan Marina ditalian 014-668 3848 / 019-323 3848.

Anugerah Ikon Ummah 2013

Menerima Anugerah Ikon Ummah Sempena Hari Inovasi 2013, Bahagian Pendidikan Islam, KPM daripada YBhg. Dato' Haji Sufa'at bin Tumin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Sektor Operasi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Anugerah ini diberi atas penglibatan aktif dalam NGO.


Monday 16 December 2013

Kids Movie Screening @ Pavilion Stage Prima Inland Sea Resort




Kuah kari Deen menyengat


Aromanya saja sudah membuatkan perut yang berkeroncong semakin kuat bunyinya. Inikan pula menu yang dinanti-nanti itu sudah terhidang di atas meja.
Tidak ada apa lagi yang perlu ditunggu selain menjamah hidangan yang cukup popular di Port Dickson, Negeri Sembilan itu hingga menjilat jari.
Menyajikan hidangan kari kepala ikan yang cukup popular dan menjadi kegemaran pengunjungnya sejak 17 tahun lalu, senjata utama menu ini ialah kuah kari­nya.

Pemilik Restoran Deen Berjaya, Alaudeen Samad berkata, sepanjang 17 tahun berniaga, kuah kari kepala ikan menjadi tarikan dan digemari pengunjung.
Foto
PENGGUNAAN rempah dan cara memasak tersendiri menjadikan kari kepala ikan Deen cukup menyengat.
Foto
HIDANGAN ringkas tapi menyelerakan.
Foto
RASAI keenakan kari kepala ikan Deen yang terkenal di Negeri Sembilan.

“Sesiapa saja boleh memasak kari kepala ikan ini tetapi dalam setiap hida­ngan itu, kuah kari adalah kekuatannya, sekali gus menjadikan ia hida­ngan kari kepala ikan terbaik.

“Keba­nyakan pelanggan tetap yang datang ke sini kerana sukakan kuah kari kepala ikan yang disediakan selain kepala ikan yang dihidangkan adalah segar dari laut,” katanya yang pernah berniaga di Bangsar, Kuala Lumpur sebelum berpindah ke Port Dickson.

Menceritakan sedikit rahsia penyediaan kari kepala ikan Deen yang terbaik di negeri ini, kata Alaudeen, rempah ratus yang digunakan adalah ramuannya sendiri.

“Rempah yang digunakan untuk menyediakan kuah kari ini adalah rempah yang dibancuh sendiri.

“Ia kemudian dihantar ke kilang menggiling rempah supaya rempah itu sebati dan digunakan setiap hari untuk memasak hida­ngan ini,” katanya.

Selain itu, tambah Alaudeen, cara memasaknya juga memainkan peranan utama dalam penyediaan hidangan yang lazat ini.

“Untuk menghasilkan apa juga hidangan yang lazat, cara memasak sesuatu menu sangat penting.

“Itu juga yang diterapkan di sini di mana kami mempunyai cara tersendiri dalam memasak kari kepala ikan yang terbaik dan tidak sama dengan hidangan kari kepala ikan yang lain­,” katanya.

Restoran Deen Berjaya ini dibuka dari jam 7 pagi hingga 5 petang tetapi hidangan kari kepala ikan ini dihidangkan bermula jam 11.30 pagi hingga 4 petang.

Kari Kepala Ikan Deen ini biasanya menggunakan kepala ikan jenahak, ikan merah dan ikan kerapu yang segar dari laut.

Setiap hari sebanyak lebih kurang 30 kepala ikan disajikan kepada pengunjung dan harganya ditentukan menerusi saiz kepala ikan.

Selain kari kepala ikan, hidangan lain seperti ayam madu, sotong goreng, ikan dan banyak lain yang menanti pengunjung di Restoran Deen Berjaya Port Dickson ini.

Anda penggemar kari kepala ikan atau bercuti di Port Dickson dan mencari lokasi menjamu selera yang terbaik?

Kunjungan anda ke Restoran Deen Berjaya yang terletak bersebelahan Balai Polis Besar Port Dickson ini pastinya tidak mengecewakan.

Thursday 12 December 2013

Jom Menjejak Juraian Meteor Geminids Port Dickson

Penginapan, hubungi Puan Marina ditalian 014-668 3848 / 019-323 3848

Famili Junior 3 Katil: Prima Inland Sea Resort: Aras 1, Dengan Pemandangan Kids Pool

 Pemandangan sebenar Kids Pool dari jendela unit
Unit Famili Junior : kemudahan 3 katil, berada diaras 1 dengan pemandangan kids pool. Hanya RM200 (tanpa gelang tangan) dan hanya RM300 (dengan 4 gelang tangan). Hubungi Puan Marina ditalian 014-668 3848 / 019-323 3848 / Facebook: Rumah Percutian Ibnu Hazim / Emel: darulmukmin@yahoo.com.my
 
Untuk tempahan lain-lain unit dengan harga serendah RM130.00 boleh rujuk ruangan "Rujukan" - Homestay Prima Inland Sea Resort Port Dickson. 

Saturday 7 December 2013

Ulul Albab ke seluruh negara

 

Ulul Albab  ke seluruh negara 
Najib dan Muhyiddin bergambar bersama Perwakilan Kelab UMNO Luar Negara sempena Perhimpunan Agung UMNO Ke-67 di PWTC, Kuala Lumpur, semalam.
 
Setiap negeri laksana model pendidikan Islam mulai tahun depan

Kuala Lumpur: Model pendidikan Islam, Ulul Albab, akan diperluaskan ke seluruh negara tahun depan dengan sasaran awal sebuah sekolah di setiap negeri.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata empat sekolah agama bantuan kerajaan di Terengganu, sudah diangkat sebagai model perintis bagi tujuan itu.
Sistem yang menekankan keseimbangan antara pengajian akademik dan pendidikan Islam itu, katanya, mensyaratkan semua pelajar menamatkan hafazan al-Quran, sebelum menamatkan persekolahan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Ini tuntutan sebahagian besar masyarakat Islam negara kita.

Bentuk pelajar cemerlang

“Diharapkan, sistem pendidikan ini dapat membentuk pelajar cemerlang dari konteks akademik serta memiliki pengetahuan dan penghayatan agama Islam yang tinggi," katanya dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO, semalam.
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, keampuhan pendidikan Islam sebagai asas dan teras dalam kehidupan akan memberi pengaruh serta kesan yang amat besar pada keseluruhan umat Islam.

Mengulas lanjut beliau menyarankan, pendidikan Islam sepanjang hayat wajar menjadi wadah utama untuk ilmu dan kefahaman agama itu disebarkan secara meluas.

“Dalam perbincangan saya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kita akan meluaskan peranan 85 Kolej Komuniti yang ada sekarang. Bukan saja Kolej Komuniti Islam, tetapi kolej komuniti sedia ada akan diintegrasikan dalam program khas untuk dilaksanakan secara menyeluruh,” katanya.

Kerajaan tegasnya, tidak pernah berdolak dalik dalam melaksanakan semua perakuan yang dibuat dalam Pelan Pendidikan Malaysia demi manfaat semua rakyat.

“Tujuan dan matlamat yang digariskan dalam pelan, angkat martabat masyarakat ke satu kedudukan tinggi menerusi sistem pendidikan kita,” katanya.

Sementara itu, katanya, kerajaan akan memperhalusi cadangan supaya mahasiswa Bumiputera yang tidak memperoleh ijazah kelas pertama turut diberi insentif pemotongan pinjaman atau biasiswa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Katanya, kerajaan sentiasa melakukan proses penambahbaikan PTPTN secara berterusan supaya bertambah lestari dan berkekalan untuk jangka masa panjang.

Muhyiddin berkata, Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dijangka dilaksanakan secara lebih berkesan pada April tahun depan bagi mengelak ia menjadi bebanan kepada guru.

“Apa yang jadi masalah bukan dasar tetapi pelaksanaannya menjadi bebanan kepada guru. Saya yakin perkara ini akan diteliti kita atasi dengan sebaiknya. Saya sudah arahkan kementerian supaya membaiki sistem akses maklumat berkenaan,” katanya.
Berita Harian 2013/12/08

Sunday 1 December 2013

Alami Keriangan Percutian Pada Harga Terendah


Jaminan harga terbaik terendah terjimat terhangat termurah ter…...
Tetamu adalah tertakluk dengan dengan peraturan pihak pengurusan hotel / resort. Harga yang ditawarkan tidak termasuk gelang tangan/tiket (Prima Inland Sea Resort Water Theme Park), makan minum, sabun dan syampo.

PORT DICKSON
Prima Inland Sea Resort
(Water Theme Park) berhadapan Spring Extreme Park dan berhampiran Pantai Blue Lagoon.
(Harga sama samada pool view / country view)

1 Studio – RM130.00
1 Studio 3 katil / 4 katil – RM150.00
1 Studio dengan astro - RM150.00
2 Studio bersebelahan / berhadapan – RM300.00

Apart. 2 Bilik – RM200.00
1 Studio berhadapan / bersebelahan Apart. 2 Bilik (Gabungan 3 bilik) – RM350.00
Apart. 2 Bilik berhadapan / bersebelahan Satu Sama Lain (Gabungan 4 bilik) – RM400.00

Ocean View Resort
(Berhadapan dengan PD Ostrich, politeknik dan hanya 5 minit berjalan kaki ke pantai)

1 Studio mengadap kolam – RM130.00
2 Studio bersebelahan / berhadapan – RM280.00
1 Studio berhampiran  Apart. 2 Bilik (Gabungan 3 bilik) – RM380.00
1 Apart. 2 bilik – RM220.00
1 Apart. 2 bilik mengadap laut – RM260.00

Cocobay Resort 
(Berhadapan dengan PD Ostrich, politeknik dan hanya 5 minit berjalan kaki ke pantai)
Apart. 3 bilik – RM300.00

Marina  Bayview Resort 
Apart. 3 bilik – RM280.00

PUTRAJAYA
(Bersebelahan Pusat Konvensyen Putrajaya PICC)

Rumah Semi – D 2 bilik  – RM150.00
Rumah Teres 3 Bilik – RM180.00
Rumah Teres 3 bilik Lot Tepi – RM250.00
Apartment. 3 bilik – RM150.00

BAGAN LALANG BEACH, SEPANG
(bersebelahan go-kart- palm tree resort dan hanya 5 minit berjalan kaki ke pantai)

Rumah Semi – D 3 bilik – RM250.00
Hubungi Puan Marina ditalian 014-668 3848 / 019-323 3848 / 03-8213 0282
e-mel:darulmukmin@yahoo.com.my / Facebook: Rumah Percutian Ibnu Hazim    

 

Program @ Putrajaya Sepanjang Disember 2013

Penginapan di Putrajaya, hubungi Puan Marina ditalian 014-668 3848

D' OASIS RESTAURANT


Fraser Hill