Cadangan aktiviti semasa menginap di PD Tiara Bay Apart. (Waterpark) / Cocobay Resort Batu 9 ( 2 kolam renang dewasa dan kanak-kanak ) / Ocean View Resort Batu 9 (kolam renang dewasa dan kanak-kanak yang besar dan luas) mengadap Pantai Purnama - Pantai Kent, kawasan hiking hutan simpan dan bersiar melalui lereng bukit, jejantas dan pantai, berhadapan Rumah Terbalik, PD Ostrich Farm Show, bersebelahan Kompleks Cerapan Baitul Hilal.
Melawat Taman Tema Wild West Cowboy / Muzium Lukut / PD Waterfront (bersiar-siar sepanjang pantai dan kawasan-kawasan perniagaan) / Muzium Tentera Darat (percuma) / Pulau
Burung (berada di Pantai Cahaya Negeri: bawa makanan berbungkus tempat sesuai untuk makan tengahari atau sarapan
pagi) / Pusat Ikan Hiasan Telok Kemang (percuma) / mandi manda dan aktiviti-aktiviti
permainan air di pantai telok kemang / pantai purnama / (Ocean View
Resort : mandi kolam renang dewasa yang besar dan panjang & kanak-kanak dan Cocobay Resort: mandi 2 kolam renang dewasa & kanak-kanak / bersiar-siar sepanjang pantai, bukit dan hutan simpan) / pantai blue lagoon.
Makan malam sambil menikmati
pemandangan sunset dan memancing di jeti sekitar;
- Restoran Redd Place, Kg
Telok Pelandok (berhampiran PD Tiara Bay Apart. / Ehsan Water Park)
- Medan
Ikan Bakar Pasir Panjang, PD atau Restoran Hidayah Ikan Bakar dll disekitar Batu
9.
- Sementara menunggu lena tidur, malamnya melayan berbelas-belas siaran tv dan
radio siaran NJOI.
Hari kedua
Sarapan pagi dan makan tengahari di Ehsan Bistro
dengan berbagai menu disediakan dan harga yang berpatutan serta mesra rakyat.
-
mandi manda tanpa ada kerisauan keselamatan di Ehsan Water Park dibuka setiap hari, dan pada setiap hari Sabtu dan Ahad jam 12.30 tgh dan 2.30 ptg ada persembahan badut di didepan kawasan kolam air terjun...dah puas di kolam, sambung lagi
mandi air hujan dalam bilik pula. Tekanan kelajuan air adalah kuat dan baik.
Jika nak merasa kemeriahan membeli belah pasar malam (sabtu) bolehlah ke pantai
saujana atau sekitar pusat perniagaan di Batu 6 (terdapat fun fair)
Hari ketiga
Pagi-pagi hari boleh fun walk atau berjoging sekitar resort / mendaki (jalan tar) dalam 30
minit ke (Menara Rumah Api / Bukit Batu Putih / Monkey Bay), Tanjung Tuan sambil
menikmati kehijauan alam, mendengar nyanyian burung-burung yang berterbangan dan menghayati keindahan laut dari aras bukit batu putih atau menara rumah api.
Selamat bercuti...