Monday, 23 February 2015

Ciri-ciri bisnes barang kehendak....

Oleh Puan Ainon Mohd, PTS Group
+ Barang kehendak boleh dijual dengan margin yang lebar. Kos yang rendah dapat menghasilkan keuntungan berganda-ganda.
+ Lazimnya barang kehendak dibeli sesekali, tidak dibeli berkali-kali. Tanpa jualan berulang-ulang, kita sukar meramalkan peningkatan jualan.
+ Barang kehendak dibeli bagi memenuhi citarasa dan keinginan pengguna.
+ Citarasa dan keinginan adalah sesuatu yang tidak logikal, oleh itu sukar diteka. Ini menjadikan kerja-kerja product-planning sukar dibuat dengan efektif.
+ Citarasa juga cepat berubah-ubah. Ia menyebabkan kita sukar meramalkan GROWTH.
+ Pasaran barang kehendak sangat trending sifatnya. Oleh itu hayat pasarannya singkat.
+ Barang kehendak yang meletup jualannya mengundang copy-cats masuk pasaran yang merosakkan pasaran.