Friday, 27 February 2015

Panduan membakar duit modal

Oleh Puan Ainon Mohd
Mulakan bisnes pertama dengan modal yang ada dalam tangan kita.
Jangan kita membakar duit pinjaman, baik pinjaman bank, keluarga, ataupun kawan baik
Seandainya kita menggunakan duit sendiri sebagai modal, bagaimana?
Kita boleh bakar duit kita sendiri.
Ini panduannya:
+ Bakar sebanyak mana yang kita mampu bakar.
+ Jangan bakar jumlah yang menyebabkan kesan buruk ke atas ekonomi masa depan kita dan masa depan famili kita.
+ Maksimum, bakar sepertiga daripada duit kita yang ada. Jangan lebih!