Pages

Monday 1 June 2015

Ilmu Pengurusan Bisness: Siri Tiga

Pertama: Sebagai persiapan mental bagi tuan yang mahu membangunkan kumpulan syarikat, pasang niat mahu mempunyai 2 kumpulan profesional ini bekerja untuk tuan:

+ Pemegang ijazah bidang accounting. Mereka dilatih menjaga duit syarikat. Kalau syarikat ada duit, mereka akan jaga duit itu.

+ Pemegang ijazah bidang finance. Mereka dilatih mengembangkan kewangan syarikat. Kalau syarikat tidak ada duit, mereka dapat carikan duit itu!

Kedua: Banyak peniaga memang tidak menyangka wujudnya 2 cara kerja yang sangat berbeza:

1. Kerja-kerja membuka bisnes.
Ini kerja meneroka, membuka, dan menebas hutan. Banyak orang dapat melakukan kerja-kerja membuka bisnesnya.

Ini kerja individu yang memiliki bakat entrepreneur.

2. Kerja-kerja mengembangkan bisnes.

Ini kerja berkebun.

Ini kerja sangat lain daripada kerja membuka dan menebas hutan. Orang yang pandai membuka hutan belum tentu pandai berkebun. Begitu juga sebaliknya.

Ilmu-ilmu dan skill yang digunakan dalam proses mengembangkan bisnes adalah sangat lain daripada ilmu dan skill meneroka hutan.

Kerja-kerja berkebun adalah kerja individu yang memiliki bakat intrapreneur.

Banyak peniaga Melayu membuka bisnesnya. Kemudian dia juga yang mahu mengembangkan bisnesnya.

Dia tidak mahu menyerahkan kerja-kerja mengembangkan bisnesnya kepada orang lain, baik kepada rakan-kongsinya ataupun kepada staffnya.

Hasilnya, bisnesnya kembang, kuncup, kembang, kuncup….

Ketiga: Jangan ambil orang yang sangat dipercayai kejujurannya sebagai pengurus duit syarikat kita!

Orang itu mungkin adik beradik kita sendiri, kaum kerabat sendiri, kawan baik sendiri, malah mungkin juga isteri sendiri.

Apabila kita melantik orang kepercayaan menjaga duit syarikat, akibatnya kita berasa tidak perlu menggunakan SOP-SOP kawalan keselamatan duit syarikat.

Tanpa SOP-SOP itu, kita membuka pintu kepada berlakunya risiko ketirisan dan kebocoran duit syarikat.

Keempat: Kesan positif budaya pengurusan jimat-cermat:

+ Duit yang terbatas memberi tamparan kepada otak yang selesa supaya berfikir di luar kotak.

+ Budaya jimat-cermat memaksa para pengurus supaya meningkatkan skill-skill mengurus dan membelanjakan duit para pelabur dengan cara-cara yang amat berkesan.

+ Tanpa mempunyai duit yang banyak, staff lebih terdorong supaya bekerja dalam mood saling bantu membantu dan secara berpasukan.

Kelima: Bagaimana Mula Menyediakan Sistem dan SOP

+ Mula-mula tulis senarai fungsi-fungsi yang dijalankan dalam bisnes kita.

+ Pilih fungsi-fungsi yang dapat disistemkan sahaja. Contohnya: Cara menjawab telefon, cara membuat panggilan mengutip hutang invois, cara penghantaran stok dll.

+ Pilih fungsi mana yang paling penting disistemkan lebih dahulu, mana yang boleh disistemkan kemudian.

+ Duduk dengan staff yang menjalankan kerja itu. Sama-sama buat SOP kerjanya.

+ Buat SOP untuk jam pertama setiap hari, untuk staff peringkat pengurusan. Apa mereka mesti buat pada jam pertama, tiap-tiap hari.

Sistem dan SOP sangat penting dari 2 sudut:

1. Dengan adanya SOP, apabila berlaku masalah, masalah itu dapat dikenalpasti dengan lebih cepat, dan lebih tepat. Masalah itu dapat diselesaikan dengan efisien.

2. Apabila muncul peluang-peluang baru, kita dapat mengambil peluang-peluang itu dengan lebih pantas.

Keenam: Mengapa staff yang berbakat tidak lama bekerja dengan kita:

1. Mereka tidak seronok menjalankan tugas-tugas harian mereka. Tidak ada perkara baru yang mereka pelajari. Tidak ada cabaran baru. Tidak ada masalah baru.

2. Mereka tidak nampak pendapatan mereka dapat meningkat sebagaimana yang dimahukan.

3. Mereka berasa bakat mereka tidak berkembang.

4. Mereka berasa syarikat tidak akan pergi jauh.

 
Ketujuh: Bukan DUIT melainkan AKSES kepada duit.

+ Duit. <--- Ini lain. Banyak orang muda fikir dia perlukan duit bagi memulakan bisnesnya. Ini tidak betul.

+ Akses kepada duit. <--- Ini lain. Ini lebih penting daripada duit!

Perbezaan 2 perkara ini yang banyak orang muda tidak tahu.

Apabila mereka mencari modal bisnes, mereka mencari duit. Lalu di hujung jalan, mereka pergi ke bank. Kerana bank adalah tempat mendapatkan duit.

Dalam bisnes, yang lebih diperlukan berbanding duit adalah AKSES kepada duit.

Akses kepada duit tiada kaitan dengan bank!

+ Apabila kita menjadi menantu orang kaya, kita mempunyai akses kepada duit orang kaya itu.

+ Apabila kita berpartner dengan rakan-kongsi yang kaya, kita mendapat akses kepada duit rakan-kongsi itu.

+ Apabila kita membuka anak syarikat di bawah syarikat holding yang kaya, kita mempunyai akses kepada duit syarikat holding itu.

 
Kelapan:Tip menjadi Boss 101...

"Permudahkan staff menjalankan kerjanya."

Kesembilan: 2 model menetapkan harga:

Model 1. Buat produknya dahulu. Kemudian kira berapa kosnya. Kemudian tetapkan berapa margin yang kita mahu. Barulah ditetapkan harga jualannya. Kalau mahal kos pengeluarannya, mahallah harga jualannya.

Model 2. Sebelum apa-apa, fikirkan berapa harga yang pembeli sanggup bayar. Jadikan itu harga jualan. Kemudian baru dibuat produknya. Cari jalan supaya kos pengeluaran dapat diturunkan.

 

Kesepuluh: Menyelesaikan masalah:

+ Panggil 2 atau 3 orang staff penting. Ajak mereka sama-sama berfikir sambil minum kopi.

+ Minta mereka cari jalan bagaimana masalah itu dapat diselesaikan dengan tidak memerlukan tambahan perbelanjaan.

 
Kesebelas: Jason Jennings dalam bukunya 'The Reinventors' memberikan tip cara mudah bagaimana ketua-ketua dapat mendorong inovasi dalam kalangan staff.

Selalulah ulang-ulang berkata begini kepada staff:

+ "Apa bagusnya kita buat cara kerja sekarang ini?"

+ "Apa untungnya kita belanjakan duit untuk perkara ini?"

Keduabelas: Dalam hasil kajiannya yang dilaporkan dalam bukunya 'Think Big, Act Small', Jason Jennings mendapati syarikat-syarikat (di US) yang mengamalkan budaya pengurusan jimat-cermat menghasilkan lebih banyak inovasi.

Ketigabelas: Dengan wujudnya teknologi digital, orang bisnes tidak dapat duduk senang. Tidak ada bisnes yang tidak dipantau oleh orang-orang lain, termasuk bisnes kita sendiri.

Orang-orang lain mahukan duit kita juga!

Semuanya berlaku dengan begitu pantas. Sebaik-baik hidung mereka dapat menghidu kita sedang buat banyak duit, mereka percaya mereka pun boleh dapat duit yang sama banyak, ataupun lebih banyak lagi.

Lalu mereka berebut-rebut melakukan apa yang kita lakukan.

Internet membolehkan sesiapa sahaja menghidu duit kita!

KEEMPAT BELAS: ILMU MARKETING

Saya pernah menulis berkenaan bagaimana American Express dapat mengenalpasti pasti dengan tepat pemegang kadnya yang sudah berkahwin dan sedang menyimpan affair dengan perempuan lain.

Malah, American Express dapat meramalkan dengan hampir tepat siapa-siapa dalam kalangan pemegang kadnya yang akan membuat permohonan perceraian dalam tempoh 12 bulan akan datang!

Ramalan American Express itu adalah berdasarkan rekod-rekod pembayaran yang dibuat oleh pemegang kadnya.

Kelima belas : Kayu Golf dan Strategi Marketing

Menjalankan marketing ada persamaan dengan orang bermain golf. Mereka mempunyai banyak jenis club pemukul bola golf. Mereka belajar menggunakan tiap-tiap club.

Mereka tukar-tukar dan pilih club mengikut keadaan padang di mana bola itu dipukul.

Tidak ada pemain golf yang bermain dengan satu club sahaja.

Strategi marketing adalah alat kerja. Kita perlu belajar secara umum pelbagai jenis strategi marketing.

Jangan hanya belajar 1 jenis strategi. Ini tidak betul. Pilih strategi yang sesuai dengan bisnes kita.

Tidak ada 1 strategi bisnes yang sesuai digunakan untuk semua jenis bisnes, dalam semua situasi.

Banyak orang muda keliru berkenaan perkara ini.

Tiap-tiap guru marketing mengajarkan strategi marketing yang mereka pilih.

Kita perlu membaca banyak buku marketing, supaya kita belajar banyak jenis strategi marketing.

Ini sama dengan pemain golf membeli banyak club golf. Mana ada pemain golf yang belajar bermain dengan 1 batang club sahaja....

Keenam belas: Bab hutang. Tuan Syaiful Lizan menulis....
"Biar bergaduh, duit kita ada di tangan kita.... Jangan bergaduh, duit kita ada di tangan orang."