Pages

Thursday 22 August 2013

Fireworks And Muzikal Extranza By The Lake Putrajaya 2013

Penginapan; http://nasabibnuhazim.blogspot.com/p/promosi_19.html


Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya 2013 anjuran Perbadanan Putrajaya (PPj) bersama rakan penganjur Duago Corporation Sdn Bhd akan diadakan di Pusat Maritim, Presint 5 Putrajaya pada 30 & 31 Ogos, 13, 14 & 15 September dan 2 Oktober 2013 dengan persembahan bertaraf antarabangsa untuk tatapan pengunjung ke Putrajaya.
Pelancaran pertandingan ini akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 30 Ogos 2013 sempena Majlis Sambutan Ambang Merdeka. Sebanyak 6 negara akan bertanding iaitu China, United Arab Emirates (UAE), Amerika Syarikat, Korea, Perancis dan Malaysia dengan setiap persembahan bunga api adalah selama 25 minit tanpa henti.

Pengunjung akan disajikan dengan pelbagai corak persembahan yang melambangkan budaya dan keunikan setiap Negara yang bertanding. Setiap persembahan digubah oleh pakar-pakar choreographer bunga api. Kesemua persembahan ini menggunakan microwave wireless dan fully synchronized music.
Orang ramai dapat melihat persembahan bunga api dengan lebih jelas di sepanjang sisiran tasik Putrajaya. Selain itu juga boleh menempah pakej Cruise Tasik untuk menyaksikan persembahan bunga api dari bot-bot yang akan berlabuh di tasik semasa pertunjukan atau berada di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Selain dari itu, beberapa acara sampingan turut diadakan seperti mini konsert, bazaar, Karnival dan street food. Bagi kemudahan pengunjung, tempat letak kereta yang berhampiran pertandingan dan khidmat shuttle bus bagi mengangkut pengunjung ke tapak pertandingan ada disediakan