Pages

Wednesday 3 April 2013

Gegar Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson 12-14 April 2013

TINGGAL seminggu lagi sebelum ia bermula, kebanyakan artis yang terlibat cukup teruja untuk beraksi di hadapan peminat-peminat yang akan membanjiri Pantai Cahaya Negeri, Batu 4, Port Dickson, Negeri Sembilan malam Sabtu depan.
Konsert Pancaindera yang akan membuka gelanggang pada malam Sabtu, 30 April dijangka menerima kunjungan hampir 100,000 peminat yang sudahpun berkampung sempena Pesta Air Malaysia Port Dickson 2011, hujung minggu depan.
Pada malam tersebut, barisan artis-artis popular tanah air beraksi bagi menghiburkan penonton.
Acara yang dianjurkan Pejabat Pelancongan Malaysia Negeri Sembilan turut disokong oleh Kerajaan Negeri Sembilan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).
Antara artis yang telah mengesahkan tempat untuk beraksi pada Konsert Pancaindera termasuklah Aizat, Marsha, Mohd Mentor, Daus AF, Ani Mayuni dan gandingan mantap Didie Alias dan Shy8 (Usop Wilcha) sebagai pengacara majlis.
Dalam konsert kali ini juga, akan menerima kehadiran pelakon filem Kongsi yang turun padang untuk mempromosikan filem terbaru keluaran MIG pada pertengahan bulan Mei nanti.
Paling dinanti-nantikan sudah pasti kehadiran Shaheizy Sam dan Yana Samsudin yang akan menggamatkan pentas konsert pada malam tersebut.
Daus yang pertama kali menyertai Konsert Pancaindera cukup berbesar hati apatah lagi ini merupakan kemunculan yang cukup dinanti-nantikan sejak mula menjadi anak seni.
“Sudah pasti ini merupakan kenangan yang cukup indah kerana saya dapat beraksi dalam konsert sebesar ini. Mungkin khalayak di Port Dickson masih lagi belum mengenali saya secara dekat dan saya pasti akan meninggalkan kenangan terindah buat peminat semua.
“Rasa gementar itu ada cuma perasaan tak sabar mengatasi segala-galanya. Insya-Allah saya mengharapkan sokongan daripada semua peminat agar konsert ini berjaya dan mendapat sambutan yang hangat,” luah Daus.
Bagi Mohd yang juga merupakan protege kepada Ziana Zain musim lalu, dia cukup teruja untuk mempersembahkan lagu barunya memandangkan ini merupakan platform terbaik buat orang baru sepertinya.
“Bukan senang nak dapat peluang macam ni. Saya yakin ia sebenarnya cukup baik untuk merapatkan lagi jurang antara saya dan peminat yang tak pernah jemu menyokong kerjaya saya.
“Bila dapat turun padang begini, suasananya lain. Mungkin saya dapat membina jaringan baru dengan semua peminat seterusnya memberikan yang terbaik kepada pembaca setia akhbar Mingguan Malaysia,” jelasnya.
Ani Mayuni yang sudah lama menyepikan diri cukup kagum dengan kesungguhan Mingguan Malaysia menghargai sokongan pembaca setia dengan acara sebegini.
“Mungkin sumbangan ini masih terlalu kecil jika mahu dibandingkan dengan sokongan peminat terhadap akhbar dan golongan artis. Bila ada kesempatan begini sudah pasti ia tidak harus dilepaskan.
“Saya juga gembira kerana dapat menghiburkan orang-orang yang hadir sempena Pesta Air Malaysia Port Dickson kali ini. Semoga ia akan menggembirakan semua yang hadir nanti,” jelas Ani lagi.
Paling ditunggu-tunggu pastinya kemeriahan 30 acara sukan air yang dipertandingkan sepanjang tempoh tersebut.
Sebanyak RM70,000 ditawarkan dalam pelbagai acara yang disediakan termasuklah Pesta Pancing Port Dickson 2 kategori (sampan dan pantai), sukaneka pantai dan pertandingan mewarna bersama keluarga.
Selain itu, pengunjung juga boleh beriadah selain menyaksikan acara pertandingan sukan pantai antaranya bolasepak pantai rembat Kosmo!, tarik tali, bola tampar dan bola jaring yang melibatkan penyertaan 200 peserta.
Acara lain seperti mini zoo, persembahan kebudayaan, perasmian pesta, raja dan ratu kanak-kanak pantai, karaoke, pertunjukkan layang-layang, jet ski, para motor, inflatable games, badut, pertandingan makan pizza, makan KFC dan goyang A&W bersama para penaja, uji bakat bersama RTM Negeri, Wellnes Fun And Run dan banyak lagi.
Terdapat juga konsert anjuranRadio RTM, Negeri FM yang akan artis-artis popular seperti Bunkface dan Datuk Jeffrydin ditempat yang sama pada malam berikutnya.
Jutaan terima kasih juga kepada Golden Straits Villa Port Dickson yang menaja makanan dan minuman artis sepanjang program ini berlangsung.
Bagi mereka yang berminat untuk turut mengadakan promosi dan pameran jualan di Port Dickson masih boleh berbuat demikian dengan menghubungi Pejabat Kementerian Malaysia Negeri Sembilan di talian 019-6609862 dan 012-2846811 atau layari http://pestaair2011.blogspot.com.
Untuk konsert RTM pada 1 Mei tersebut, pembaca boleh menghubungi 019-7055518 untuk maklumat lanjut

Untuk tempahan penginapan, klik disini ,http://nasabibnuhazim.blogspot.com/p/promosi_19.html sila hubungi ibnu hazim atau Puan Marina ditalian 019-323 3848 untuk 3 hari 2 malam hanya RM250.00.