Saturday, 2 May 2015

Apa itu 'bell curve'?

Konsep bell-curve dapat menerangkan fenomena 'Siti Norhaliza' dalam industri hiburan. Beribu-ribu individu yang menjadi penyanyi, tetapi sangat kecil bilangan yang berjaya menjadi kaya seperti Siti Norhaliza.
Istilah 'kurva loceng' adalah dalam bidang statistik. Bell-curve sudah dianggap 'hukum' alam. Dalam apa juga kelompok, angka mereka yang berada pada kelompok 'sangat berjaya' adalah kecil.  Begitu juga angka mereka yang 'sangat gagal' juga kecil. Majoriti berada dalam kelompok yang di tengah-tengah, kelompok 'normal'.

Bell-curve berlaku dalam semua bidang, dalam semua kelompok. Bidang bisnes pun tertakluk pada hukum statistik itu, ia tidak terkecuali. Mereka yang ekstrem-berjaya dan ekstrem-gagal adalah sangat kecil.  Majoriti berada dalam kelompok 'biasa'. Logik dalam cakap-cakap "Kalau Siti boleh, kita pun boleh." adalah logik yang dibuat-buat. Demikian juga dengan cakap-cakap "Kalau Syed Bukhari boleh, kita pun boleh." Logik "kalau dia boleh, semua orang pun boleh" adalah logik palsu yang menolak 'hukum statistik'.
Rujukan; Puan Ainon Mohd, PTS Group