Pages

Saturday 2 May 2015

Tip Jadi Chairman & memilih timbalan dan staff

Tip memilih staff: Bukan yang 'baik', tetapi yang 'betul'.

Ini kesilapan yang sangat banyak dilakukan oleh peniaga amatur apabila mereka memilih staff.

+ Mereka pilih staff yang 'baik'.
+ Bisnes memerlukan staff yang 'betul'.

Dalam bisnes, pilih staff yang mempuyai kelayakan menjalankan fungsi-fungsi bisnes dengan 'betul' dan cekap.

+ Calon yang 'baik', belum tentu calon yang 'betul'.
+ Orangnya mungkin 'baik' tetapi kerjanya tidak 'betul'

Ciri seorang timbalan yang bagus....

Dalam suatu survey pendapat yang pernah dijalankan oleh majalah FORTUNE International, 500 CEO syarikat korporat terbesar di USA diminta menyenaraikan 3 ciri yang wajib ada pada calon timbalan mereka.

Inilah 3 ciri yang paling tinggi dalam senarai yang diberikan:

No. 1 - Orang itu wajib pandai mendorong orang-orang lain.
No. 2 - Orang itu wajib pandai berkomunikasi.
No. 3 - Orang itu wajib tahu kerja-kerja teknikalnya.

Tip menjadi Chairman kumpulan syarikat...
+ Apabila kita mempunyai keperluan mahu bercakap dengan staff, jangan panggil staff datang ke meja kita.
+ Kita yang pergi ke meja staff.
+ Kalau staff berdiri sebab dia mahu hormat kita, suruh dia duduk semula.
+ Biar kita yang berdiri.

Mendisiplinkan Staff Corot

Staff 'corot' adalah staff yang melakukan pelbagai kesalahan di tempat kerja.

sebagai contoh, staff itu bertugas sebagai designer. Hasil kerjanya memang bagus, tetapi beliau kerap datang lambat ke pejabat, sehingga hal itu menyebabkan dua tiga orang staff lain ikut mula datang lambat.

Beginilah cara mendisiplinkan staff corot:

+ Terangkan kepada staff corot itu peraturan pejabat berkaitan waktu kerja. Terangkan peraturan itu dalam 1 ayat sahaja.
+ Jangan kritik kesalahannya.
+ Jangan nasihati dia supaya memperbaiki perangainya.
+ Jangan ugut dia dengan hukuman yang boleh dikenakan ke atasnya.

Tip untuk Perempuan yang Menjadi Ketua Kepada Lelaki
+ Jangan mengajar-ajar staff lelaki apa yang kita rasa kita lebih tahu dan kita lebih pandai. Apabila mereka tanya baru beritahu. Jika mereka tidak tanya, diam sahaja.
+ Jangan sekali-kali memberi nasihat kepada staff lelaki tentang baik-buruk sesuatu perkara. Ini pantang besar!
+ Apabila staff lelaki mengaku dia sudah tersilap, jangan cakap apa-apa. Senyum sahaja!
+ Jangan volunteer nak tolong staff lelaki menyiapkan kerjanya. Kita buat sahaja kerja kita sendiri..

Apakah tuan memiliki ijazah profesional, banyak membaca buku, pandai bercakap dan menyuarakan pendapat?
 
Jika iya, ertinya tuan seorang orang pandai.

Banyak orang pandai tidak pandai bekerjasama dengan sesama orang pandai. Mereka mudah berkonflik pendapat. Sesama rakan-kongsi pun mereka berkonflik, lalu berpecah.

Ikut tip-tip ini, insyaAllah orang-orang pandai suka berurusan dengan kita:

+ Orang pandai sangat konfiden mereka pandai.
Jadi, apabila bersama dengan orang-orang pandai, kita jangan 'tunjuk pandai'. Dengan cara itu, mereka akan suka berurusan dengan kita.

+ Orang pandai sangat suka mendengar pendapat mereka sendiri.
Jadi, apabila orang pandai bercakap, kita diam sahaja. Biar orang pandai itu yang banyak bercakap. Biarkan dia rasa puas hati dengan percakapannya, nanti dia suka bercakap-cakap dengan kita!

+ Orang pandai pantang dibuktikan pendapat mereka salah.
Jadi, meskipun sah-sah pendapat orang pandai itu salah, kita diam sahaja. Biar orang lain yang membuktikan dia salah. Kita jaga hubungan baik. Dengan sikap berdiam, orang pandai itu akan terus suka bercakap-cakap dengan kita.
 
Tip pengurusan gaya Nabi....
Salah satu ciri orang-orang Nabi adalah mereka itu mempunyai enthusiasm yang amat tinggi.
Pantang sahaja Nabi memberitahu sesuatu, terus mereka lakukannya, tak payah disuruh-suruh!
Kita sebagai majikan, dapat menjadikan staff kita macam orang-orang Nabi. Penuh entusiasme.
Perkara-perkara yang membunuh entusiasme....
1. Nasihat yang tidak diminta
2. Teguran
3. Peringatan
4. Kritikan
5. Siasatan
6. Ungkitan
7. Ramalan negatif
8. Denda, hukuman

Perkara-perkara yang mencipta entusiasme....
1. Pujian ke atas sikap yang baik
2. Pujian ke atas daya usaha
3. Pujian ke atas hasil kerja
4. Pujian ke atas prestasi
5. Pujian serta-merta
6. Pujian yang diucapkan di hadapan orang
7. Pujian ke atas pencapaian kecil
8. Pujian di belakang
9. Sangka baik
 
Tip menjadi ketua yang tidak dibenci oleh orang bawahan....

1. Gunakan teknik-teknik yang betul apabila menurunkan kerja kepada orang bawahan.
2. Apabila menurunkan kerja, turunkan juga kuasa.
3. Jangan 'suruh'. Manusia tidak suka disuruh-suruh.
4. Jangan 'pantau'. Manusia tidak suka dipantau-pantau.

Rujukan: Puan Ainon Mohd, PTS Group