Pages

Saturday 2 May 2015

Bagaimana mendapatkan duit modal daripada pelabur....

Ada 4 sumber duit modal bisnes:
1. Duit tabungan kita sendiri
2. Duit loan dari bank
3. Duit dari pelabur
4. Duit dari saham rakan-kongsi

Apabila kita hendak mendapatkan orang di sekeliling kita supaya mahu melabur dalam bisnes kita, jaga perkara-perkara di bawah ini:
1. Jaga akhlak-bisnes kita
Biarpun idea bisnes kita bagus, tetapi yang lebih penting lagi adalah akhlak-bisnes kita mesti sangat bagus. Akhlak agama kita mungkin sangat bagus, solat 5 waktu tidak tinggal, pergi kerja pun memakai serban.

Tetapi akhlak-bisnes kita mungkin sangat buruk.
Sebagai contoh, kita meminjam duit syarikat untuk urusan peribadi. Dalam Akta Syarikat 1965, adalah jenayah apabila kita sebagai salah seorang ALP syarikat meminjam duit syarikat!
Apabila orang tengok kita melakukan kesalahan seperti itu, mereka jadi takut, hilang kepercayaan, lalu mereka akan tarik balik duit pelaburan mereka.
 
2. Jaga projek bisnes kita betul-betul.
Urus bisnes kita dengan betul dan sistematik. Sediakan SOP dan sistem. Semua rekod-rekod bisnes disimpan dengan betul.
Biarpun akhlak-bisnes kita bagus, solat 5 waktu tak tinggal, jikalau bisnes kita tidak diurus dengan bagus, orang takkan mahu melabur pada bisnes kita.
 
3. Wajib serahkan laporan berkala kepada pelabur.

Laporan mingguan, bulanan, suku tahunan, tahunan. Ini sangat-sangat penting dilakukan. Lebih-lebih lagi laporan kewangan.
Pelabur hilang kepercayaan apabila tidak menerima laporan. Mereka akan minta balik duit mereka.

Rujukan: Puan Ainon Mohd, PTS Group