Pages

Sunday 14 November 2021

TEROWONG PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM) PORT DICKSON

Tahukah anda di Muzium Tentera Darat terdapat satu terowong bawah tanah yang terletak di Blok B Muzium Tentera Darat?

Terowong sepanjang 142 meter ini bermula dari bangunan Blok B dan berakhir di pesawat Caribou. Suasana di dalam terowong ini akan memberi kenangan dan kesan yang mendalam kepada setiap pengunjung kerana susunaturnya yang menggunakan artifak-artifak asal kepunyaan PKM.
Terowong ini juga dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) bagi tujuan pemantauan dan keselamatan terowong serta pengunjung yang datang.