Pages

Friday 10 December 2021

PD TIARA BAY APARTMENT - STUDIO PROMOSI HANYA $200 3 HARI 2 MALAM






Harga biasa $150/2 hari 1 malam. Untuk lebih jimat dan puas hati ambil pakej 3 hari 2 malam hanya $200 sahaja. Sekali sekala kenalah bagi penghargaan untuk badan sendiri yang telah penat bekerja. Unit ini terhad ditepi lif, nak jaga kesihatan, boleh naik tangga hanya aras satu mengadap kolam kanak-kanak. Apabila sebut studio, maka kita kana faham ianya pasti lebih luas daripada kebiasaan bilik hotel biasa.
Untuk lebih jimat kami sediakan dapur elektrik untuk memasak sendiri. Pinggan mangkuk bawa lah sendiri.
Hari pertama sampai boleh melawat Muzium Lukut / Muzium Tentera Darat / PD Waterfront / mandi manda di pantai telok kemang atau blue lagoon, dah lapar, makan malam dekat Medan Ikan Bakar Pasir Panjang, PD atau Restoran Hidayah Ikan Bakar dll disekitar Batu 9 dekat sahaja dengan PD Tiara Bay. Apabila balik bilik, malamnya melayan berbelas-belas siaran tv dan radio siaran NJOI.
Hari kedua, sarapan pagi dulu Ehsan Bistro, berbagai menu disediakan dgn dgn harga yang berpatutan dan mesra rakyat, dah kenyang, mandi pula di Water Park, sambung lagi mandi air hujan dalam bilik pula. Tekanan kelajuan air kuat memang terbaik. Jika nak merasa kemeriahan membeli belah pasar malam (sabtu) bolehlah ke pantai saujana atau sekitar pusat perniagaan di Batu 6.
Hari ketiga, pagi-pagi hari boleh fun walk atau berjoging sekitar resort sambil menikmati kehijauan alam dan mendengar nyanyian burung-burung merpati yang berterbangan.
Jangan segan jangan malu, hubungi Pn. Marina ditalian 014-6683848 untuk tempahan penginapan. InsyaAllah akan akan dilayan dengan baik. Kita jumpa disana.