Pages

Wednesday 16 October 2013

Best Western di i-City Tahun 2014

 

BWI bertindak selaku pemegang jenama serta mengoperasikan hotel tersebut yang dijangka dibuka pada September 2014. - Gambar hiasan
 
SHAH ALAM 16 Okt. - Pemaju Utama i-City, I-Berhad, menjalin kerjasama strategik dengan rangkaian perhotelan antarabangsa, Best Western International (BWI) untuk membangunkan hotel pertama di pusat rekreasi keluarga itu.
Hotel berstatus tiga bintang yang sedang dibina itu, bakal menyediakan 216 bilik untuk memenuhi keperluan pengunjung yang datang ke i-City.
BWI bertindak selaku pemegang jenama serta mengoperasikan hotel tersebut yang dijangka dibuka pada September 2014.
Timbalan Pengerusi I-Berhad, Datuk Eu Hong Chew berkata, hotel tersebut merupakan satu keperluan kepada projek syarikatnya terutama bagi memudahkan pengunjung luar Lembah Klang.
"Ini merupakan satu lagi pelaburan yang dilakukan. Sehingga kini, kami telah melabur lebih RM70 juta untuk membangunkan i-City," katanya pada majlis menandatangani perjanjian antara I-Berhad dan BWI di sini hari ini.
Yang turut hadir Pengerusi Eksekutif I-Berhad, Tan Sri Lim Kim Hong, Naib Presiden BWI (Asia dan Timur Tengah) Glenn de Souza dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Nilai pembangunan kasar (GDV) untuk hotel sahaja ialah RM50 juta.
Kos pembinaan hotel itu dilaburkan oleh I-Berhad, sementara BWI hanya menyediakan jenama serta mengoperasikan hotel itu.
Kerjasama itu adalah untuk tempoh lima tahun dan boleh disambung.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20131017/ko_01/Best-Western-di-i-City#ixzz2hx7Yc7OC
© Utusan Melayu (M) Bhd