Pages

Monday 15 September 2014

Mengapa ONEXOX bila dah habis kuota langsung tak boleh buka dah

Assalamualaikum w.b.t
Nak tanya soalan dari pihak customer onexox. Aduannya,bila guna internet laju tu mang laju tapi kuota internet cepat sangat habis.. berbanding dengan DG hanya rm18 sebulan @lain-lain telco, biar habis kuota masih boleh buka facebook, wechat, whatsapp sehingga sebulan. ONEXOX pula bila bila dah habis kuota langsung tak boleh buka dah. Mohon penjelasan..
JAWAPAN :
Waalaikumussalam w.b.t
Kuota cepat habis bergantung kepada banyak faktor, faktor utama ialah peranti yang digunakan. Jika android lain sebab dia, ios lain sebab dia, blackberry lain.. kalau bukan smartphone memang takde sebab ..
Kalau guna Android pelanggan boleh check di bahagian setting di data usage, disitu kita akan disediakan maklumat penggunaan data lebih lengkap.
Software Update.. kadang kadang bila kita tukar simkad peranti akan kembali kepada mode asal dan selalunya update software akan terletak kepada ‘all’.. iaitu apabila peranti mengesan perkhidmatan data tersedia.
Lagi satu pasal apa bila data habis kita tak boleh menggunakan aplikasi seperti wechat dan whatsapp kerana perkhidmatan ONEXOX tidak ada throtlle speed control.. apa dia throtlle speed ni... dia mcm ni kita langgan data RM38 utk 1 GB.. (speed memang merapu kejap laju kejap lemau) bila data 1 GB habis pelanggan masih boleh pakai whatsapp ..sebab selepas 1 gb speed internet akan diperlahankan kepada 64 kbps ..kenapa telco besar boleh buat pekara ini ? sebab mereka ada berjuta juta pelanggan dan mereka telah mengambil untung awal dari penjualan 1 GB (1024MB) RM38 (contoh sahaja)... lagi satu cara telco besar boleh memberi data 64kbps ialah dengan mengenakan caj panggilan yang mahal.. jadi mereka boleh compensate keuntungan kepada data tahap rendah kepada pelangga... validity juga memainkan peranan penting apabila anda topup 10 ringgit anda hanya dapat 7 hari untuk menggunakan perkhidmatan ....
Permainan data berkelajuan tinggi selalu diperlahankan oleh telco besar apabila tahap penggunaan mecapai tahap maksimum di dalam bandwith mereka.. apabila ini berlaku spped internet mereka akan automatik turun dari 3.6 mbps kepada kdg kdg sampai 500 kbps walaupun pada waktu itu kuota anda masih banyak..

Rujukan: CEO ONEXOX, Ariesyam