Donald John Trump atau lebih dikenali sebagai Donald
Trump merupakan jutawan hartanah dan memiliki harta yang berjumlah berbilion.
Beliau adalah pemilik kepada Trump Plaza serta hos kepada rancangan tv realiti
NBC iaitu The Celebrity Apprentice.
Nama
: Donald Trump
Pekerjaan
: Pemaju Hartanah, Usahawan, Penulis Buku Selebriti TV
Tarikh Lahir
:14 Jun 1946
Asal
: Queens, New york
Pendidikan
: Fordham University, New York Military Academy, Wharton School of
Finance
Zodiak
: Gemini
Ringkasan Hidup
Donald John Trump dilahirkan pada 14 Jun 1946 di Queens,
New York. Beliau merupakan anak kepada perkahwinan Frederick C. dan Mary
Macleod Trump, Donald Trump adalah anak keempat dari lima adik beradik. Ayahnya
Frederick adalah seorang pembina dan pemaju hartanah yang pakar dalam pembinaan
serta pengendalian rumah pangsapuri berpendapatan sederhana di Queens, Staten
Island dan Brooklyn. Pada umur 13 tahun, akibat daripada sikap tegas dan aktif,
Donald Trump telah dimasukkan ke sekolah ‘New York Military Academy’ oleh
ibubapanya, dengan harapan sekolah berkenaan berjaya menyalurkan tenaga aktif
beliau dengan lebih positif serta memupuk sikap disiplin diri. Di akademi,
Trump telah berjaya dengan baik dari segi akademik dan juga kehidupan sosial.
Beliau merupakan seorang pemimpin pelajar dan juga seorang bintang atlet di
dalam sukan. Tahun 1964, Trump menamatkan pengajian di New York Military
Academy. Beliau memasuki Fordham University dan kemudiannya berpindah ke
Wharton School of Finance di University of Pennsylvania. Beliau telah berjaya
menamatkan pengajian ijazah di dalam bidang ekonomi pada tahun 1968.
Pemaju Hartanah
Bak kata pepatah “bapa borek, anak rintik”, Trump
mengambil keputusan untuk menjadikan bidang hartanah sebagai industri
perniagaannya. Setelah tamat dari pengajian, beliau telah menyertai syarikat
ayahnya iaitu ‘Trump Organization’ dengan bermatlamat lebih besar dari ayahnya.
Beliau berjaya menyakinkan ayahnya untuk bersikap liberal terhadap pinjaman
bank, dengan ekuiti yang ada di dalam Trump Apartment Complexes beliau berjaya
mendapat pinjaman dan mampu membiayai pengembangan pegangan syarikatnya. Akibat
persaingan sengit di dalam bisnes, pada tahun 1971, Trump berpindah ke
Manhattan. Di sini beliau berjaya menawan hati orang ramai dengan menggunakan
reka bentuk seni bina yang menarik sehinggakan beliau memenangi pengiktirafan
awam. Beliau juga terlibat dengan projek-projek pembanggunan besar yang
menawarkan keuntungan yang tinggi. Bermulanya empayar Trump mengembang sehingga
pembangunan ke hari ini.
Petua Bisnes Terdapat 29 Petua Bisnes yang sering
digunakan sebagai panduan oleh Donald Trump.
Petua ini merupakan asas kepada kejayaan bisnes dan
kehidupan beliau.
1) Letakkan diri anda sama seperti keadaan pelanggan
anda.
2) Peka terhadap pinjaman - Meminjam wang apabila anda
boleh atau mampu, dan TIDAK apabila anda perlu.
3) Jangan bimbang tentang kontrak – Jika anda berurusan
dengan orang yang tidak baik - tidak ada kontrak akan melindungi anda!
4) Ikut gerak hati anda.
5) Hanya keputusan penting – jangan keliru antara usaha
dengan keputusan!
6) Percaya tetapi sahkannya terlebih dahulu.
7) Resipi untuk kejayaan – Teruskan usaha, berdamping
dengan orang yang berjaya di sekeliling anda untuk melakukan apa yang anda
tidak boleh dan memberi tumpuan kepada impian anda!
8) Menyumbang kepada komuniti.
9) Sentiasa bersedia menghadapi kejayaan dan kejatuhan.
10) Lebih keras anda bekerja – lebih bernasib baik anda
akan terima.
11) Membuat kesilapan – Jangan takut untuk membuat
kesilapan - anda boleh membaikinya. Apa yang penting adalah untuk mendapatkan
fakta-fakta kesilapan dan kemudian membuat keputusan terbaik darinya.
12) Tidak ada pengganti lain untuk kerja keras.
13) Menyelaraskan kerja anda dengan nilai-nilai diri
anda.
14) Kekalkan momentum diri.
15) Meniru orang yang anda kagumi.
16) Berhati-hati dengan siapa anda bekerjasama.
17) Yakin kepada orang ramai (pelanggan) dan bukannya
100% pada strategi.
18) Letakkan keputusan anda melalui penyelidikan yang
rapi.
19) Mengimbangi Akaun anda - JANGAN berbelanja lebih
daripada anda ada.
20) Menjaga barisan pekerja atasan – secara automatik
barisan pekerja bahagian bawah akan mengikuti.
21) Berkomunikasi dengan baik dan aktif.
22) Berikan yang terbaik sewaktu bekerja dan ketika
bersama rakan-rakan anda.
23) Berfikiran Luas – Think Big
24) Menjangkaui keputusan - melakukan sesuatu perkara
lebih daripada apa yang ditetapkan oleh anda.
25) Bertindak luar biasa dari orang lain.
26) Jadikan pasaran semasa sebagai panduan kerja – jangan
bergantung kepada pasaran lama.
27) Jangan berdendam – perbuatan yang tidak masuk akal.
28) Ingat kepada matlamat serta impian anda.
29) Kekal dengan ilmu yang anda tahu - Trump pakar dengan
Hartanah dan fokus terhadap bidang ini sehingga dia menjadi bilionwan.
Rujukan; Azizan Osman