Pages

Saturday 25 April 2015

Berbaloikah menyaman?

Tanya: Pernahkah buku PTS yang laku keras dicetak-rompak? Adakah PTS pernah mengambil langkah menyaman pencetak-rompak?

Jawab: Buku-buku PTS (termasuk karya saya sendiri) pernah dicetak-rompak. PTS hanya hantar surat peguam sahaja dengan amaran supaya berhenti dan jangan buat lagi.

+ Kos guaman dalam kes saman adalah sangat mahal. Tidak berbaloi mengeluarkan yuran peguam sehingga lebih RM100k.

+ Kos guaman lebih tinggi daripada kerugian akibat cetak-rompak.

+ Kalau menang saman sekalipun, si pencetak-rompak itu belum tentu mampu membayar saman kita.

+ Duit yang dibakar sia-sia bagi membayar yuran guaman itu lebih baik digunakan untuk menerbitkan buku-buku baru. Jualan buku-buku baru itu boleh dapat banyak untung!

Rujukan; Puan Ainon Mohd, PTS Group