Thursday, 2 April 2015

Jangan menyuruh-nyuruh staff....

Tidak ada orang yang menikmati kepuasan rasa bekerja apabila dirinya disuruh-suruh.
Contoh ayat-ayat suruhan:
"Tolong buat itu!"
"Tolong buat ini!"
"Buatkan ini, boleh tak?"
"Sekejap lagi, pergi sana."
"Jangan lupa, ambil yang itu."
"Ini kenapa tak siap lagi?"
"Jangan gantung di situ. Gantung di sana!"
"Tanya orang tu, dia hendak apa?"
"Siapa suruh?"
"Ke tepi sikit, biar orang lalu."
"Lain kali, cakap dulu."

Gaya bercakap di rumah hanya boleh digunakan di rumah.
Jangan sekali-kali kita bercakap di tempat kerja menggunakan gaya bercakap di rumah!
Bahasa di rumah, lain.
Bahasa di tempat kerja, lain.

Skill bekerja dengan staff....
Orang bisnes perlukan banyak skill. Antara skill yang sangat penting adalah skill bekerja dengan staff.
Staff kita adalah mesin ATM kita. Kita kena belajar skill bekerja dengan mesin-mesin ATM kita.
Sebagai towkay:
+ Jika staff tidak pandai bekerja dengan kita, tidak apa. Kita masih dapat mencari staff yang pandai bekerja dengan kita.
+ Towkay kena pandai bekerja dengan staff. Selagi kita tidak belajar skill ini, selagi itu staff asyik keluar-masuk.

Banyak towkay tidak pandai bekerja dengan staff. Inilah faktor utama staff lari meninggalkan kita terkontang-kanteng.

Rujukan: Puan Ainon Mohd, PTS Group