Pages

Wednesday 8 April 2015

Berniaga dengan cara bersyarikat....

Apabila kita berniaga dengan cara mendaftarkan syarikat sendirian berhad, inilah perkara-perkara yang akan berlaku:
1. Kita akan mengeluarkan duit modal. Duit itu dibayarkan kepada syarikat sebagai saham. Syarikat akan menggunakan duit itu untuk membuat pembayaran operasi syarikat.
2. Kita akan menjadi ahli lembaga pengarah. Sebagai ALP, syarikat akan membayar elaun-elaun yang layak dibayar kepada ALP. Kita ada income pertama di sini.
3. Kita akan berkerja sebagai staff syarikat. Sebagai contoh, kita menjadi CEO syarikat. Syarikat akan membayar gaji bulanan kepada kita. Kita akan ada income kedua di sini.
4. Apabila syarikat mengeluarkan bayaran ghanimah, sebagai CEO kita juga menerima ghanimah. Ini income ketiga kita.
5. Apabila syarikat membayar bonus tahunan, sebagai CEO kita juga menerima bonus tahunan. Ini income keempat kita.
6. Apabila syarikat membayar dividen kepada pemegang saham, kita juga menerima dividen dari saham kita. Ini income kelima kita.
7. Syarikat yang besar mampu memberi kepada ALPnya pelbagai perks, seperti kereta rasmi, insurans hospital, percutian berbayar dan lain-lain.
8. Apabila syarikat itu membuka anak syarikat, kita menjadi Chairman pula kepada syarikat induk.
NOTA: Sebagai usahawan, kita mesti membangunkan syarikat yang besar. Syarikat yang besar adalah umpama pokok durian Musang King yang besar, barulah dahannya banyak dan buahnya banyak, barulah penghasilan ladang kita besar.
Peniaga Melayu mesti belajar ilmu-ilmu persyarikatan.
Rujukan; Puan Ainon Mohd, PTS Group