Pages

Thursday 26 September 2013

Resort rumah air terbesar Malaysia dijangka siap pada November 2014

Pelaburan resort alternatif http://nasabibnuhazim.blogspot.com/2013/09/menginap-miliki-sendiri-prima-inland.html

PORT DICKSON 26 Sept. - Pembangunan resort rumah air terbesar di Malaysia, The Hibiscus, dekat sini, dijangka siap pada November 2014.
Projek itu yang merangkumi kawasan seluas 17.40 hektar di tepi pantai kini sudah 60 peratus siap.
Projek resort ikonik ini yang terdiri daripada 642 rumah air dibina atas kaki bajang (tiang) di permukaan laut, merupakan usaha sama antara Kuala Lumpur Metro Group (KL Metro) dan cabang pelaburan kerajaan Negeri Sembilan, Menteri Besar Negeri Sembilan (Incorporation).
Pengarah Urusan KL Metro, Datuk Low Tak Fatt berkata, The Hibiscus direka bentuk oleh arkitek terkenal dunia, Broadway Malyan of London, yang telah mereka bentuk pelbagai projek ikonik di seluruh dunia.

"Keseluruhan reka bentuk projek itu menyerupai bunga kebangsaan kita, Bunga Raya. Tema The Hibiscus berdasarkan kepada konsep moden. Setiap unit mempunyai reka bentuk luas dan bergaya yang menyediakan suasana tenang dan damai.

"Setiap unit memiliki kolam renang persendirian sendiri, bilik sauna dan mempunyai pemandangan laut yang menarik menghadap Selat Melaka. Selain itu, terdapat panel kaca telus di ruang bilik tidur bagi melihat pemandangan di bawah air laut," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, projek itu juga banyak menggabungkan konsep hijau seperti tingkap kaca ketinggian lantai ke siling dalam bilik tidur, bilik mandi dan kawasan dek kolam renang yang membolehkan penembusan cahaya matahari semula jadi yang sekali gus menjimatkan elektrik.

"Di samping itu, struktur bumbung bulat akan mengalihkan banyak haba matahari," katanya. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20130927/ko_01/Resort-rumah-air-terbesar-Malaysia-dijangka-siap-pada-November-2014#ixzz2g3eU7ZJV
© Utusan Melayu (M) Bhd