Pages

Wednesday, 11 March 2015

Jangan gunakan formula 50-50 apabila berkongsi keuntungan

Jangan gunakan formula 50-50 apabila berkongsi keuntungan
+ Lazimnya formuIa 50-50 adalah tidak adil.
+ Ia mencipta perasaan sangat tidak puas hati.
+ Pihak yang menanggung perasaan tidak puas hati akan memutuskan kerjasama dan dia keluar daripada persepakatan. Dia berasa sia-sia sahaja jika dia tidak keluar dari persepakatan itu.

Pembahagian keuntungan hendaklah berdasarkan modal yang disumbangkan.
Modal bukan sahaja dalam bentuk duit.
Ada banyak jenis-jenis modal. Setiap jenis modal layak menerima imbuhan yang berbeza.
Contoh jenis-jenis modal bukan-duit yang menyumbang kepada keuntungan projek:
+ Kerja kuat, titik peluh, daya usaha, pengorbanan
+ Bakat
+ Kelulusan profesional
+ Pengalaman kerja
+ Nama baik
+ Networking
+ Usia
+ Rupa paras dan personaliti
+ Status sosial
+ Track record

 Rujukan: Puan Ainon Mohd, PTS Group.