Pages

Friday 13 March 2015

Apakah perbezaan antara 'ilmu persyarikatan' dengan 'ilmu mengurus syarikat"?

Tanya: Apakah perbezaan antara 'ilmu persyarikatan' dengan 'ilmu mengurus syarikat"?
Jawab: Sangat besar bezanya....
+ Ilmu persyarikatan adalah ilmu tentang hal-ehwal daripada prosedur mendaftarkan syarikat sampailah prosedur membubarkan syarikat.
Ilmu ini ada dalam kepala individu-individu yang bertugas dalam syarikat company secretary.
.
+ Ilmu mengurus syarikat adalah ilmu bagaimana menggunakan syarikat sebagai alat kerja membangunkan kekayaan.
Ilmu ini ada dalam kepala-kepala para entrepreneur dan businessman yang berjaya.

Jadi, company secretary yang terbaik sekalipun, dia belum tentu tahu macam mana hendak menjalankan bisnes sesebuah syarikat.

Begitu juga, entrepreneur yang sangat berjaya tetap memerlukan khidmat nasihat company secretary yang baik, supaya dia tidak ditarik ke mahkamah kerana melanggar Akta Syarikat.

Rujukan: Puan Ainon Mohd, PTS Group.