Pages

Friday, 27 March 2015

Skrip pitching yang syariah-compliant...

Pada masa ini banyak pihak menjalankan aktiviti pitching untuk menjual idea-idea bisnes mereka kepada target pembeli, pelabur, pemodal, agent, partners, dan juga calon pembeli lesen dan calon francaisee. Dari segi muamalat, ada skrip pitching yang syariah-compliant, dan ada yang tidak syariah-compliant.

Banyak peniaga yang tidak tahu bahawa dalam mualamat, seseorang pitcher tidak boleh menggunakan skrip yang menjual HASIL yang belum wujud.
Contohnya, skrip pitching yang menjual angka-angka HASIL yang belum wujud adalah tidak syariah-compliant. Wakil-wakil syarikat francais adalah contoh golongan pitchers yang banyak menggunakan angka-angka HASIL yang belum wujud bagi memujuk target supaya mengambil francais mereka.
.
Contoh HASIL yang belum wujud:
+ "KALAU awak boleh jual 1000 unit seminggu, awak boleh buat RM30k profit seminggu."
Angka '1000' dan '30k' itu adalah HASIL yang belum wujud.
.
Contoh HASIL yang belum wujud:
+ "Kalau awak sapu krim ini, kulit muka awak akan jadi putih dalam masa 3 hari."
Kata-kata "...jadi putih dalam masa 3 hari" adalah HASIL.
.
Contoh HASIL yang belum wujud:
Judul program kem motivasi: "Kem Anak Soleh", "Kem Pelajar Cemerlang Akademik", "Kem Isteri Solehah"
'Anak Soleh' adalah HASIL.
'Cemerlang Akademik' adalah HASIL
'Isteri Solehah' adalah HASIL
Promote kem motivasi dengan menerangkan isi kandungan kem itu. Terangkan satu persatu apa yang akan diajarkan kepada peserta.
.
Tajuk buku, tajuk artikel, tajuk kursus, tajuk program juga termasuk dalam perkara-perkara yang perlu syariah-compliant.
Contoh judul buku: "Rahsia Menjadi Kaya dalam Masa 10 Hari". Menjadi 'kaya' adalah HASIL.
Malah nama-nama produk pun tidak boleh menjual HASIL. Contoh: "Kurma Soleh" ataupun "Pil Genius".

Skim-skim cepat kaya dan skim sontot menggunakan angka-angka yang belum wujud.
Angka-angka yang menunjukkan pendapatan dan keuntungan pada masa depan adalah HASIL yang belum wujud.
.
Skrip pitching yang menunjukkan angka-angka jualan dan keuntungan yang belum berlaku, yang diada-adakan, yang direka-reka, adalah skrip menjual HASIL yang belum wujud.
Ciri-ciri ayat skrip pitching yang menggunakan perkataan-perkataan 'kalau', 'jika', 'jikalau', 'seandainya', 'katakanlah' adalah ciri-ciri utama skrip menjual HASIL.
Skrip pitching mesti menerangkan dengan tepat risiko-risiko kerugian ataupun risiko kesihatan, yang mungkin berlaku.

Rujukan: Puan Ainon Mohd, PTS Group