Pages

Saturday, 21 March 2015

Memiliki 'simbolnya'. Tiada memiliki 'bendanya'

Fenomena yang sangat berbahaya kepada nyawa bisnes. Ferrari adalah 'simbol orang yang berduit'. Kita memandu Ferrari. Orang tengok Ferrari kita, mereka sangka kita seorang yang banyak duit.

Ada simbol-duit yang genuin. Menjalankan bisnes di dalam premis yang dibeli sendiri adalah simbol-duit yang genuine.  Ada simbol-duit yang palsu. Memiliki Ferrari yang dibeli dengan menggunakan duit pinjaman bisnes menjadikan Ferrari itu simbol-duit yang palsu.

Banyak peniaga Melayu berbelanja sampai lingkup bisnesnya demi membeli simbol-duit yang palsu. Mereka memiliki simbol-simbolnya sahaja. Mereka tidak memiliki bendanya.


Rujukan: Puan Ainon Mohd, PTS Group