Bisnes yang PROFIT-nya tinggi hari ini,
belum tentu survive tahun hadapan.
Contoh:
+ Kedai cuci gambar yang dulu untung,
sekarang semua sudah bungkus.
+ Bisnes kad-kad ucapan yang untung pada
suatu masa dahulu, sekarang sudah lenyap dari pasaran.
+ Jualan 'inner' tudung yang sebelum ini
laku keras, sekarang merudum apabila jualan shawl naik.
.
Memikirkan PROFIT adalah sangat mudah.
Orang biasa-biasa pun boleh memikirkan profit.
+ Turunkan kos —> profit naik
Berapa banyak kos dapat diturunkan? Ia
sangat terhad.
Belum apa-apa, kos sudah mustahil
diturunkan lagi!
Kalau diturunkan juga, kualiti jatuh,
barang tak laku, pelanggan tak datang lagi.
.
+ Jual lebih banyak —> profit naik
Jual lebih banyak tidak bermakna profit
boleh naik sama banyak.
Ada masanya, kita jual lebih banyak,
tetapi kos naik lebih banyak! Bukannya kita semakin untung, malah semakin rugi!
.
Dalam menjalankan bisnes, jangan fikir
PROFIT.
Apabila kita cuma fikirkan PROFIT, nanti
kita terlupa kos operasi semakin tahun semakin naik.
Gaji naik. Sewa naik. Bil api naik. Alat
kerja rosak, kena repair, kena beli baru.
Kos makin naik, ia memakan profit. Makin
tahun profit makin jatuh!
.
Fikirkan GROWTH!
+ Tidak semua orang dapat mencari jalan
memikirkan growth.
+ Memikirkan GROWTH bermakna memikirkan
idea-idea baru.
+ Dalam syarikat kita, siapakah yang
dipertanggungjawabkan bagi memikirkan strategi GROWTH bisnes kita?
Rujukan: Puan Ainon Mohd, PTS Group