Pages

Saturday, 7 March 2015

Sopan santun sesama orang bisnes....

Apakah yang dikatakan 'sopan-santun sesama orang bisnes'?
Sopan-santun adalah peraturan pergaulan. Sendainya kita langgar peraturan sopan-santun, ia bukanlah benda 'haram'. Ia sekadar 'tidak manis'.
Kata orang Perancis, kita tidak mempunyai ciri 'finesse'.
Contoh perbuatan yang melanggar sopan-santun dalam berbisnes:
+ Puan Eton menjual tudung labuh di kedai online. Kita pun hendak menjual tudung labuh juga.
Lalu kita menulis surat PM kepada Puan Eton yang berbunyi: "Bolehkah puan tolong beritahu saya di mana puan dapatkan stok tudung labuh puan itu? Saya pun hendak mencari pembekal tudung labuh yang harganya berpatutan."
Penyelesaian:
+ Carilah sendiri sampai jumpa pembekal tudung labuh itu.
+ Tanyalah sesiapa sahaja yang mungkin mempunyai maklumat itu.
+ Janganlah bertanya kepada peniaga lain yang mempunyai kepentingan menjaga rahsia bisnesnya.

Rujukan; Puan Ainon Mohd, Group PTS.