+ Kita mesti support apa yang diusahakan
oleh Gen-Y dalam menjalankan kerjanya.
Kalau dia buat silap sekalipun, kita
tutup mata, pura-pura macam tak nampak. Terus support apa yang diusahakannya.
.
+ Sentiasa berikan kerjasama kepada
kumpulan Gen-Y.
Asal sahaja mereka perlukan bantuan,
terus kita bantu. Nanti mereka akan terikut-ikut sikap kita itu. Mereka pun
akan suka bekerjasama dalam saling bantu-membantu sesama mereka.
.
+ Dorong Gen-Y supaya jangan takut mecuba
projek baru, cara kerja baru.
Jika apa yang mereka usahakan itu tidak
berapa menjadi, malah mungkin langsung tak jadi, sampai menghasilkan kerugian,
kita tutup mata. Jalan terus.
.
+ Galakkan Gen-Y supaya jangan berat hati
hendak berkongsi dengan orang-orang lain apa-apa isu teknikal yang menyukarkan
kerja mereka.
Hasilnya, nanti proses menyelesaikan
masalah secara berkumpulan menjadi budaya mereka.
Rujukan; Puan Ainon Mohd, PTS Group