Pages

Wednesday 6 February 2013

Best Western buka pusat peranginan di Port Dickson



BEST Western menjadi antara hotel terbaharu yang akan dibuka di Port Dickson.
 
KUALA LUMPUR 6 Feb. - Rangkaian pengendali hotel terbesar dunia, Best Western International (Best Western) akan melancarkan pusat peranginan baharu di Malaysia pada tahun ini.
Pusat peranginan itu dinamakan Best Western Prima Inland Sea Resort yang terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Best Western dalam kenyataan di sini menyatakan, Best Western Prima Inland Sea Resort menawarkan pilihan baharu untuk pelancong untuk bersantai dan kumpulan-kumpulan korporat.
"Pusat peranginan itu berada di kawasan terpencil seluas 9.2 hektar dengan 300 buah bilik dan mempunyai pantai buatan manusia,'' kata kenyataan tersebut.
Best Western Prima Inland Sea Resort mempunyai persekitaran tropika yang menarik, kolam renang berbentuk lagun lengkap dengan papan luncur, kapal lanun, air terjun dan banyak lagi.
Selain itu, pusat peranginan berkenaan turut menawarkan kemudahan santai termasuk bilik pemanas, perkhidmatan mengurut, pusat kecergasan, kelab kanak-kanak, bilik karaoke, penyewaan basikal, bilik permainan, ruang teater terbuka untuk persembahan secara langsung.
Pusat peranginan itu turut mempunyai 16 buah bilik acara pelbagai guna dan dewan besar yang mampu memuatkan 1,500 tetamu pada satu masa.
Sementara itu, Naib Presiden Operasi Antarabangsa Best Western International Asia dan Asia Barat, Glenn de Souza berkata, pusat peranginan tersebut merupakan destinasi yang sempurna untuk sekeluarga dan tempat berehat untuk kumpulan korporat.
Tahun lalu, Best Western telah muncul di ibu kota dengan pelancaran hotel mewah Best Western Premier.
Syarikat itu juga merancang untuk untuk menambah enam lagi hotel mewah termasuk sebuah lagi di ibu kota, Ipoh di Perak, Melaka, Shah Alam, Petaling Jaya dan Pelabuhan Klang di Selangor

KLIK disini http://nasabibnuhazim.blogspot.com/p/promosi_19.html
untuk tempahan bilik pada kadar menjimatkan hanya RM130.00.